SINAR
ONLINE
|| Fokus
|| Feqah
|| Muslimah
|| Sains
|| Santapan
Rohani || Sirah
|| Tauhid
||
Tauhid
Perkara-perkara
Yang Membatalkan Iman
Iman ialah Tasdiq (membenarkan). I’tikad
di dalam hati kepada apa yang di ketahui daripada Deen Islam yang di bawa
oleh nabi Muhammad Sallallahualaihi-wasallam serta ikrar dengan lidah dan
amal. Tasdiq itu mestilah menerima dengan redha dengan semuanya, tidak
ada engkar dan perasaan ragu serta tidak menjuzuk-juzukkan(memecah-mecahkan)
kepercayaannya.
Firman Allah, maksudnya:
" Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman (pada
hakikatnya) sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang
mereka berselisih di kalangan mereka, kemudian mereka tidak merasa di dalam
hati mereka sesuatu keraguan terhadap apa-apa keputusan yang kamu berikan
dan mereka menerima sepenuhnya. "
(Surah An Nisa’:Ayat 65)
Iman itu mungkin tercabut dengan beberapa sebab
yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad
Sallallahualaihi-wasallam. Diantaranya yang ditegaskan oleh Al-Imam At-Tohawi
Rahimahullah di dalam kitabnya. Perkara yang boleh membatalkan iman ialah:
Mengingkari sifat Rububiyah atau mencelanya :
-
Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatnya
-
Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah.
-
Mengingkari atau mencela Rasulullah Sallallahualaihiwasallam.
Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan I’tiqad,
perkataan dan perbuatan di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya
dan keluar dari agama Islam dan syahadahnya tidak sah wal’iyazubillah.
Bagi menjelaskannya :
1. Mengingkari Sifat Rububiyyah atau mencelanya
-
Tauhid Rububiyyah ialah mengakui bahawa Dialah tuhan yang Maha Pencipta,
mentadbir, memilikinya, memberi rezeki segala-galanya dibawah pengetahuannya,
kehendak dan kebijaksanaanya yang tidak terhingga.
-
Maka setiap I’tikad, perkataan dan tindak tanduk yang menunjukkan keingkarannya
menjadi kafir dan riddah .
2. Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan Sifat-sifatNya.
-
Allah dan Rasul telah mensabitkan baginya beberapa nama dan sifat dan menafikan
beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan yang demikian itu, maka dia
menjadi kafir.
-
Mengkafirkan sifat-sifat Asma Allah itu dengan dua cara iaitu kafir Nafi
dan kafir Isbat
-
Kafir Nafi itu ialah menidakkan mana-mana sifat Allah atau mentakwilkan
dengan takwil yang kurang atau menghadkan kesempurnaan Allah atau
menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk.
-
Kafir Isbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau
sifat mustahil bagi Allah seperti Allah ada anak, isteri, Dia tidur, mati
dan lain-lain.
3. Mengingkari atau mencela Sifat Uluhiyyah.
-
Iaitu perkataan atau perbuatan atau I’tikad yang mengingkari bahawa Allah
sahaja yang wajib disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadanya tidak
berhak di sembah.
-
Banyak manusia yang secara sedar atau tidak sedar telah mengingkari sifat
Allah ini.
-
Sesungguhnya kebanyakkan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui
tauhid Rububiyyah, tetapi mereka mengingkari di dalam I’tikad, perkataan
dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain
daripada Allah, mengakui hukum dan undang-undang yang lain lebih baik dari
syariat Allah dengan hati dan lidah
4. Mengingkari Atau Mencela Rasulullah Sallallahualaihiwasallam
Atau Kerasulannya
-
Iaitu perkataan atau perbuatan I’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan
atau keperibadian Rasulullah sallallahualaihiwasallam dan mengingkari pengkhabaran
yang dibawa oleh nabi sallallahualaihiwasallam.
-
Digolongkan juga di kalangan orang yang batal imannya jika mengingkari
Al Quran kerana Al Quran itu di sampaikan oleh nabi. Begitu juga jika mengingkari
hukum menurut nas Al Quran dan Al Hadis seperti wajibnya solat, zakat,
haji, halal, haram, bab nikah kahwin, hudud dan sebagainya.
-
Berkata Al Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullah ketika menafsirkan ayat Allah
:
Maksudnya :
“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah ,maka mereka orang-orang yang kafir”
(Surah Al Maidah:Ayat 44)
Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tiqad
wajiblah berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah adalah menjadi
kafir. Sesungguhnya setiap ummat Islam itu mesti memerintah dengan adil
. Kadang-kadang keadilan menurut hukum mereka ialah yang dipandang oleh
pembesar-pembesar mereka. Bahkan banyak sekali orang yang mengaku Islam
berhukum dengan adat yang tidak diturunkan oleh Allah seperti orang Badwi
di zaman dahulu di mana mereka berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan,
bukannya Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya.
|| Fokus
|| Feqah
|| Muslimah
|| Sains
|| Santapan
Rohani || Sirah
|| Tauhid
|| Koleksi Sinar
||