Sinar Online
 
|| Fokus || Feqah || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Renungan ||
 

Cabaran
 
        Allah Maha Pengatur. Hidup kita yang terumbang-ambing dalam kejahilan dan kelalian alam jahiliah yang ita tinggalkan tidak ubah seperti sehelai bulu yang diterbangkan angin. Iman kita tidak menentu, hidup mengikut nafsu, syaitan menjadai teman kita. hati nurani kita segelap malam yang tidak berbulan dan berbintang. Hati kita ketika itu tandus dan kering dilanda maksiat dna dosa yang kitacetuskan. seandainya maut menjuemput kita ketika itu, bersedialah ular, kala jengking, lipan dan ulat-ulat menjadi teman kita di dalam kubur. Di akhirat kelak, sisaannya berlipat kali ganda. namun, dengan rahmat Allah, kita dipimpin-Nya dan diberi-Nya hidayah agar datang ke daerah ini.

        Hati kita yang gelap pekat itu terpinga-pinga dan tercengang. Silau melihat terangnya suluhan hidayah daripada ilahi. Ketika itu kita tergamam seolah-olah mati akal untuk melakukan sesuatu. Kenangan pahit yang silam menjelma satu persatu. Kita merasakan ketika itu hambpir benar. Seolah-olah kiamat itu esok hari. Justeru itu kita bersungguh-sungguh dan bergegas beribadah kerana cuba mengejar hari-hari yang telah kita tiggalkan. Masih ingatkah waktu itu saban hari mata kita menagis menitiskan air mata penyesalan. Taubat kita ketika itu persis taubatnya Nabi Adam. Ketika itu ibadat kita juga menyerupai ibadah salafussoleh. Rasa-rasanya mahui sahaja kita kembali kepada Allah ketika itu juga. Alangkah indah dan manisnya saat kesedaran itu. Namun tempoh itu juga telah kita lalui.

        Masa beredar, hari berganti hari. Rupa-rupanya nasu yang selama ini tidur telah terjaga dan tersentak. Syaotan yang tidak pernah kecewwa itu mula meninjau-ninjau hati kita yang sedang melalui proses pembersihan itu. Kedua-dua nafsu dan syaitan menunggu peluang untuk menrik balik diri kita perlahan-lahan tetapi penuh strategi ke daerh gelap yang pernah kita tinggalkan dahulu. Saat itu barulah kita rasa betapa susahnya menempuh jalan Allah.

        Peringkat ini dinamakan peringkat mujahadah. Berlakulah pertembungan tarik menarik antara malaikat dan akal dengan nafsu dan syaitan. Beruntunglah kita kerana berjalan denan kafilah kebenran. Seketika kita keletihan, ada bahu yang membantu. Ketika kita jatuh, ada tangan yang menarik bahukita bangun. Ketika sakit, ada raka yang memberikan kita ubat. walaupun dalam kesusahan, perjalanan kita masih boleh diteruskan. Bayangkanlah, kita berjalan sendirian tanpa teman, walaupun dalam cahaya terang benderang, namun kita keciciran.

        Sepanjang berjalan, ujian yang datang tak kunjung padam. Setelah sekian lama berjalan barulah kita sedar perjuangan mencari jalan pulang kepada Allah sulit dan menyukarkan. Di depan mata kita, kita sendiri saksikan kiri dan kanan rakan kita tumbang dan rebah seorang demi seorang semasa dalam perjalanan. Melihat tregedi ini kitta sepatutnya berhati-hati. Nasib yang sama tidak mustahil menimpa diri kita. Sebab kelihatan kita semakin terlalai, mungkin kerana sudah lama berjalan di bawah cahaya maka tidak terasa lagi akan nikmatnya. Alangkah bersihnya, sucinya dan ikhlasnya hati kita diperingkat kesedaran dulu. Hati inilah yang perlu dibawa sepanjang perjalanan menuju tuhan kita. Jangan biarkan hati yang sudah dicuci itu kembali kelam dan kotor dengan maksit dan dosa yang baru.

        Kebanyakan kita mencemartkan kembali hati yang sudah bersih dahulu. lalu jadilah perjalanan kita menuju Allah tersangkut-sangkut bagai enjin kereta yang rosak. saat ini, sembahyang kita sudah tidak terasa manis seperti dahulu lagi. Bilangannya semakin berkurang, dan khusyuknya hanya tinggal kenangan. mata sudah kering bagaikan tidak berair lagi. hati perlhan-lahan menjadi kontang, hambar dan tandus. Hati yang dulunya bagaikan bumi yang menghijau penuh pohon-pohon iman yang rimbun lagi rendang, kini terbiar gersang diserang kemarau. Bilakah lagi akan turun hujan keimanan yang membasahi kembali bumi yang kering kontang itu? Kesungguhan kita dalam berjuang dan berkorban menegakkan hak-hak Allah dalam diri semakin malap. banyak suruhan-Nya yang mula kita abaikan. Sebaliknya, tidak kurang larangan-Nya kita langgar begitu sahaja.

        Kenanglah kembali saat-saat pahit dan getir berada dalam alam jahiliah dulu. Jangn lagi mahu ke situ. jangn berkhayal untuk tunggu berlaku suatu yang mencarik adat ke atas diri ita, baru kita mahu melakukan perubahan. Bisikan pada hati kita, "Aku perlu berubah sekarang!".

        Hati perlu dikikis dan digilapsemual dengan kesungguhan mujahadah melawan hawa nafsu dan syaitan yang tidak pernah jemu hendak menyesatkan kita. Bersungguh-sungguhlah membaiki keterlanjuran kita sepanjang berada dalam kafilah ini. Ingatlah, kafilah akan terus berjalan. Jika kita ingin terus mengikutnya berubahlah kita dari sekarang. masa-masa akan datang, perjalanan akan semakin sulit dan payah. Banyak musuh yang terpaksa dihadapi. Rintangan dan halangan usah dikira lagi. hanya hati yang bersih dan bersinar dengan ur Ilahi akan menyelamatkan kita untuk selamat sampai ke destinasi yang diidamkan. Marilah kita bermohon dengan penuh khusyuk dan air mata yang mengalir supaya Allah yang merencanakan perjalanan hidup kita sehingga sampai ke daerah ini memberikan rahmat-Nya terus membimbing kita dengan selamat dan sejahtera.
 

Sesungguhnya walau dikutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitmu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
 
 

 
|| Fokus || Feqah || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Renungan ||