Bagi mereka yang ada kemampuan disembelih korban dan dengannya di bahagi-bahagikan terutama sekali kepda fakir miskin, sebagai tanda pengabdian yang tulus dan ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah.
Ibadah haji salah satu rukun
Islam yang wajib kepada mereka yang mampu sekali seumur hidup. Di dalamnya
banyak terkandung pelajaran, pendidikan dan pengalaman yang sangat berguna
bagi kita yang mengerjakannya, Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan serulah kepada manusia
untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan
kaki dan mengendarai unta yang kurus (kerana jauh perjalanan) yang datang
dari segenap penjuru yang jauh . Supaya mereka menyaksi berbagai-bagai
manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah anugerahkan kepada
mereka, berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan
berikanlah makan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
Dapat menanamkan rasa ukhuwwah Islamiyah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar dalam menghadapi segala kesukaran didalam mengerjakan sesuatu perkara, dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mempelajari adat istiadat dan keadaan bangsa-bangsa lainnya dari seluruh dunia.
Yang datang menunaikan ibadah haji itu terdiri dari ummat Islam dari berbagai-bagai bangsa dan suku dan dari berbagai-bagai tingkat. Walaupun demikian, dihadapan Allah, mereka sama-sama hamba Allah, sama-sama berpakaian ihram bagi lelaki, iaitu pakaian yang tidak berjahit serba putih yang sehelai disarungkan dan sehelai yang lainnya diselempangkan menutupi sebahagian tubuh.
Padang Arafah merupakan tempat
mereka berkumpul, kaya dan miskin,pegawai tinggi ataupun rendah, semuanya
bersaudara, merupakan satu ummat yang bersatu padu di bawah kalimah ‘Lailaahaillallah,
Muhammadurrasulullah.”
Alangkah gembiranya hati
jika memandang betapa banyaknya mereka yang datang ke tanah suci, semuanya
memohon kepada Ilahi Rabbi semoga dilimpahi kurnia menurut apa yang mereka
hajatkan. Dikala itu, berkumandanglah ucapan zikir, talbiah, tasbih, tahlil,
tahmid, doa dan sebagainya.
Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya Aidilaldhamerupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.
Sewaktu Ismail telah dewasa
dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua
sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,
“Ketika anak itu pandai
berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat
dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?”
Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah
ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan
anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya
kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi
balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar
suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan
yang besar.”
Akan tetapi Allah tidaklah seekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.
Semoga dalam menyambut Aidiladha dapatah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.
Semoga kita semua sedia untuk
berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan
Islam dan ummatnya.