Sinar Online
 
|| Fokus || Feqah || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Renungan ||
 

Sembang-sembang
 
        Pagi-pagi lagi Peah dah bangun. Sudah menjadi kebiasaan Peah bangun awal-awal pagi macam ni. Sekarang ni, waktu solat subuh bermula agak awal lebih kurang pukul lima pagi, habis pun awal jugak. Matahari terbit pukul 6.30 pagi. Peah bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh. Adalah empat-lima orang ahli jamaah solat subuh pagi tuh. Peah dah biasa dah. Pagi nih dah kira ramai dah nih. Kalau tak tu tinggal peah dan tok imam yang juga merangkap tok bilal dan tok siak surau tempat dia solat. Hajat di hati hendak jugak Peah tolong azan pagi-pagi subuh nih… tapi nak buat macamana... suara peah lain benar dari suara tok imam, tok siak dan tok bilal…malah lain sekali bunyinya dari para jamaah yang lain. Hasrat Peah di simpan dalam-dalam. Biarlah… Peah tidak minta dilahirkan ke dunia ini bersuara sebegitu… Peah pasrah dengan ketentuan Tuhan yang maha adil. Memang banyak hikmahnya suara Peah sedemikian.

        Kadang-kadang Peah hairan jugak… kenapalah bila solat subuh nih ramai yang tak ada? Sedangkan tempat tinggal Peah nih ramai penghuninya. Selalu jugak peah tengok penghuni-penghuni rumah besar ini di ruang tamu. Terutamanya waktu makan malam. Ada nak dekat dua puluh orang. Ada yang makan, ada pulak tuh menonton T.V. Itu belum lagi yang campur yang lain-lain penghuni yang setia berada di dalam kamar masing-masing. Bukan di ruang tamu pada waktu makan sahaja Peah tengok ramai yang berjamaah, tapi jugak di padang bola seberang jalan tu pun ramai jugak yang berjamaah bermain bolalah, basket ball lah…dan macam-macam lagi permainan penghuni rumah nih yang Peah tak pernah joint… macamana Peah nak joint… Law permainan pun Peah tak tau… lagipun sudah kejadian Peah sebegini yang menghalang Peah bermain secara aktif di padang bola bersama-sama. Sekali lagi Peah pasrah terhadap rupa bentuk kejadiannya itu. “Tuhan maha adil” bisiknya lagi.

        Agaknya waktu subuh awal sangat kot… itu yang membuatkan penghuni–penghuni rumah nih tak bangun lagi nak bersolat bersama-sama. Tapi kalau nak di fikir-fikirkan pada waktu musim sejuk…bila waktu subuh bermula agak lewat lebih kurang pukul enam pagi… bilangan ahli jamaah subuh pun tak ramai jugak. Adalah tiga empat lima orang. Ada jugak Peah terdengar alasan mereka… “ Sejuklah …pagi-pagi nih… nak keluar dari selimut heeeeiiiii… dugaan besar tuh…”  Huh, kalau nak kira macam tuh memang lah, sampai bila-bila tak akan ramainya jamaah subuh sepanjang Peah duduk di rumah nih. Alasan memang banyak… biasalah manusia. Mustahil jugak… kalau nak difikirkan... macamana  dia orang nih tak boleh sedar… waktu subuh, kalau nak dikirakan... suara tok bilal tuh punya ler kuat… sampai kena komplain dek neighbour sebelah lagi… mustahil tak boleh sedar bila azan dikumandangkan... chewah. lepas tu kan… Dia orang nih tak tau ker… selimut yang menyeliputi orang yang masih tidur bila sedar dan mendengar azan subuh itu umpama kulit ba alif ba ya’… hai tak tau ler Peah nak bayangkan bergelumang dengan kulit binatang tuh.

        Ada tuh…yang bangun sampai matahari dah naik, solat subuh sudah tentu di luar waktu. Hai macamana tuh… pening jugak Peah nak meng “explain” kannya. “Dah tau kena extra tidur time, tidurlah awal-awal sikit..ini dak… sempatlah tengok T.V, bersembang kat telephone… main game sampai pukul satu-pukul dua tengah malam. Kalau study, buat assignment sampai lewat-lewat macam tuh ada jugak mahapnya… ini ke lain pulak peginya… emmmmm tak tau ler aku…” Peah membebel sesorang.

        Lama dah Peah mengelamun. Memikirkan masalah ummah, kata orang.  Jam pun dah pukul 6.30 pagi. Waktu breakfast nih. Tiba-tiba terdengar suara orang memanggilnya. Tok bilal subuh tadi. “Chit... chit…chit…, Peah… Peah meh makan meh…, makan lauk semalam je lah peah… itu jer yang ada untuk kau pagi nih”  Tapi  Peah tak kisah… itupun dah kira beruntung dah. Peah bersyukur. Alhamdulillah… “Errrgggg...” Peah kenyang.
 


 
|| Fokus || Feqah || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Renungan ||