Sinar Online
 
|| Fokus || Feqah || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Renungan ||
 

Sirah
Parit-parit Berapi (Uhdud)
 
        Shuaib r.a berkata : Bersabda s.a.w. :  Zaman dahulu ada seorang raja yang mempunyai ahli sihir, maka ketika telah tua, dia berkata kepada raja : Kini aku telah tua, kerana itu hantarkanlah kepadaku seorang pemuda yang dapat mempelajari ilmu sihir, supaya dapat menggantikan tempatku di sisi raja, setelah saya meninggalkan dunia nanti.

        Maka raja memilih seorang pemuda untuk belajar ilmu sihir lalu dihantarkan kepada ahli sihir itu. Kebetulan pula di jalan yang dilalui pemuda itu, ada seorang Rahib (pendeta), lalu dia tertarik kepada Rahib itu, maka dia duduk mendengar ajaran-ajarannya dan merasa puas pada ajaran rahib itu hingga terlambat datang ke tempat ahli sihir itu dan dipukul oleh ahli sihir. Akhirnya dia mengeluh pada Rahib. Berkata Rahib : Jika engkau takut dipukul Sahir, katakan :  Bahawa kau masih ditanam (disuruh) ibumu, dan jika kembali terlambat katakan : Ditahan oleh Ahli Sihir. Maka berjalanlah dia dengan baik keadaanya, sehingga terjadi pada suatu hari, ketika dia pergi tiba-tiba di tengah jalan ada binatang besar yang menyebabkan orang ramai terhenti, tidak berani berjalan. Di situlah pemuda itu berkata : Hari ini aku akan mengetahui sihirkah yang lebih baik ajarannya atau Rahib? Lalu dia mengambil batu sambil berkata : Ya allah ! Jika ajaran Rahib lebih Kau redhai daripada ajaran Sihir, maka bunuhlahn binatang buas ini, supaya orang ramai dapat berjalan.

        Kemudian dilemparkan binatang itu, serta-merta binatang itu mati sehigga orang ramai dapat berjalan dengan aman. Maka dia memberitahu kejadian itu kepada rahib. Berkata Rahib : anakku, engkau kini lebih utama daripadaku dan kau nanti akan mendapat ujian maka apabila engkau mendapat ujian, janganlah engkau tunjuk saya. Kemudian pemuda itu telah mendapat kurnia daripada Allah hingga dia dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang tidak dapat sembuh seperti buta, pekak dan lain-lain penyakit.

        Maka ada seorang pembesar raja sakit mata hingga buta dan telah berikrar menyembuhkan penyakitnya tetapi tidak juga sembuh. Kemudian datanglah dia kepada pemuda itu dengan membawa hadiah-hadiah yang sangat banyak sambil berkata : Jika kau dapat menyembuhkan penyakitku, maka saya akan memberikan segala apa yang kau hajatkan. Jawab pemuda itu : saya tidak dapat menyembuhkan tetapi Allah yang mnyembuhkan. Jika kau percaya kepada Allah, maka saya akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan kau. maka segeralah pembesr itu percayalah kepada Allah. kemudian didoakan oleh pemuda itu dan ketika itu juga pembesar itu dapat melihat semula.

        Kemudian penbesar tersebut pergi ke majlis raja, maka kagumlah Raja melihat dia telah sembuh, Raja bertanya : Siapakah yang menyembuhkan matamu itu? Jawabnya : Tuhanku. Raja bertanya kembali : Apakah kau percaya pada Tuhan selain aku? Jawabnya : Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah. Maka segera dia diseksa oleh Raja supaya kembali kepada agama raja itu, tetapi imannya tidak berubah sedikit pun dan Raja terus menyeksanya sehingga akhirnya menunjuk kepada pemuda itu. Lalu dipanggil pemuda itu dan ditanya oleh Raja : Hai anakku, sihirmu telah melampaui batas sehingga dapat menyembuhkan orang buta dan lain-lain penyakit? jawab pemuda itu : Sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan sesiapa pun. Hanya Allah yang menyembuhkan. Maka segera diseksa oleh raja hingga terpaksa dia menunjuk kepada Rahib.

        Kemudian dipanggil Rahib dan diperintahkan supaya meninggalkan agamanya. Tetapi Rahib tetap menolak perintah Raja lalu diambilkan gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji sehingga terbelah dua badannya. Kemudian tibalah giliran yang kedua iaitu pembesar raja itu. Maka diperintahkan juga untuk meniggalkan agama tuhan, dia pun menolak perintah Raja yang akhirnya dia juga menerima hukuman yang sama sperti rahib. Kemudian didatangkan pemuda itu dan diperintahkan untuk meninggalkan agama tuhan. Dia juga menolak perintah raja. Maka Raja memerintahkan kepada tenteranya membawa pemuda itu ke atas bukit dan di sana ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agama Allah dan kalau dia tetap menolak, maka dilemparkan dia dari atas bukit sehingga mati. Kemudia ketika telah sampai di puncak bukit, pemuda itu berdoa : Ya Allah, hindarkan aku daripada bahaya mereka ini sekehendakMu. Tiba-tiba ketika itu, bergeraklah bukit sehingga jatuhlah semua tentera Raja iu. kembalilah pemuda itu kepada Raja. Ditanya oleh Raja : Kemana tentera yang membawa kamu? Jawabnya : Allah telah menghindarkan saya dari mereka. Kemudia Raja memerintahkan beberapa tentera yang lain untuk membawa pemuda itu naik perahu dan apabila telah berada di tengah laut supaya ditawarkan lagi kepadanya untuk meninggalkan agamanya, dan apabila menolak akan dilemparkan pemuda itu ke dalam laut. Kemudian sesampainya di tengah laut, pemuda itu berdoa : Ya Allah, hindarkan aku dari bahaya mereka itu sekehendakMu. Maka terbaliklah perahu itu sehingga tenggelamlah semua tentera itu. Maka pergilah pemuda itu kepada Raja. Ditanya oleh Raja : Kemanakah tentera yang membawa kamu? Jawabnya : Allah telah menghindarkan aku daipada mereka. Maka pemuda iu berkata : Hai Raja kau tidak dapat membunuhku kecuali jika kau menurut perintahku. Bertanya raja : Apakah perintahmu? Jawab pemuda itu : Kumpulkan semua rakyat dalam suatu lapangan kemudian gantunglah saya pada sebatang tiang dan ambillah anak panahku dari tempatnya serta letakkan pada busarnya kemudian bacalah : Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini, lalu lepaskan anak panah itu ke arahku. Apabila kau lakukan begitu, nescaya kau dapat membunuhku. Segeralah Raja mengumpulkan semua rakyat di suatu lapangan kemudian digantung pemuda itu pada tiang dan diambilnya anak panah serta diletakkan pada busarnya dan membaca : Dengan nama Allah, tuhan pemuda ini, lalu dilepaskan anak panah itu kepada pemuda itu tepat mengenai pelipisnya. Kemudian pemuda itu meletakkan tangannya di atas luka yang kena panah itu sehigga mati. Maka serentak orang ramai yang menghadiri kejadian itu berkata : Kami percaya kepada Tuhan pemuda itu, sehingga kepercayaan kepada Allah merebak kepada semua lapisan rakyat. Kemudian disampaikan kepada Raja. Tahukah kau yang kau khuatirkan tadinya kini telah terjadi. Semua rakyat mu telah percaya kepada tuhan pemuda itu. Maka segera Raja memerintahkan parit besar dibuat pada tiap-tiap persimpagan jalan, kemudian dinyalakan api didalamnya dan siapa yang berjalan diperintahkan unutk meninggalkan agamanya serta kembali kepada agama raja, sedang yang menolak dibakar di dalam api. Setelah dilaksanakan hal tersebut, terjadilah di antara ramai orang yang diseksa itu ada seorang wanita yang membawa bayinya ketika ia diperintahkan untuk meninggalkan agamanya. Dia menolak. Kemudian, pada waktu bayinya ditarik utuk dimasukkan ke dalam api, tiba-tiba ibunya menyerah kerana tidak sampai hati melihat bayinya akan dibakar namun dengan tiba-tiba si bayi itu dapat berkata : Hai ibu sabarlah, sesungguhnya kamu dalam kebenaran.

(muslim)
 
" Belum pernah aku melihat seorang manusia pun yang mencintai temannya seperti sahabat-sahabat Muhammad mencintainya... "
~ Abu Sufyan (sebelum beliau memeluk Islam) ketika menyaksikan pengorbanan Zaid bin Datsanah di tangan pihak Quraisy demi membela dan mempertahankan Rasulullah. Di akhir hayatnya, Zaid berikrar akan tetap mempertahankan Rasulullah sekalipun ditawarkan untuk bebas dan kembali kepada isteri.
 
 

 
|| Fokus || Feqah || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Renungan || Koleksi Sinar ||