E    D    I    S    I        8
 Feqah


 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Rukun Sembahyang Mayat
    RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH ADA TUJUH 
      
    a) Niat 
    Lafaz niat, ertinya: " Sahaja aku sembahyang atas mayat ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Ta'ala." 
          atau 
    kalau mayat perempuan, " Sahaja aku sembahyang atas mayat perempuan ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Ta'ala. "  
      
    b) Berdiri bagi yang berkuasa 
      
    c) Takbir empat kali takbir 
      
    d) Membaca fatihah selepas takbir yang pertama. 
      
    e) Selawat ke atas nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. 
      
    f) Berdoa keatas mayat 
      
    g) Salam 
      
    CARA / KAIFIYAT SEMBAHYANG MAYAT 
      
    Jenazah hendaklah diletakkan dihadapan kemudian imam berdiri dihadapan, sekiranya jenazah itu perempuan maka imam berdiri dekat pinggangnya dan sekiranya jenazah lelaki imam berdiri dekat dengan bahunya. 
      
    Mula-mula sekali hendaklah takbir serta berniat sebagaimana yang telah diterangkan. 
      
    Kemudian membaca Al-Fatihah sampai habis. 
      
    Takbir yang kedua. 
      
    Membaca selawat ke atas nabi dan sekurang-kurangnya Allahumma solli ‘ala Muhammad. 
      
    Takbir semula yang ketiga. Dan membaca doa yang maksudnya, “Ya Allah! Ampunilah baginya rahmatilah, afiatkanlah, maafkanlah akannya, muliakanlah tarafnya, luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) mandikanlah dia dengan air salji, kesejukan, sucikanlah dia dari kekotoran, gantilah rumah yang paling baik dari rumahnya, kaluarga yang lebih baik dari keluarganya, isteri yang lebih baik bagi isterinya, masukkanlah ia ke dalam syurga, lindungilah dia dari azab kubur, fitnahnya dan dari azab api neraka”. 
      
    Kemudian diikuti dengan takbir yang keempat. Dan membaca doa yang maksudnya, “Ya Allah! Janganlah Engkau halangi kami dari mendapat pahalanya, jangan engkau fitnah kami sesudahnya, ampunilah kami dan simati dan juga saudara-saudara kami yang telah pergi dahulu dengan membawa iman, wahai tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha lembut lagi Maha penyayang.” 
      
    Salam ke kanan dan ke kiri.