E    D    I    S    I        8
 Fokus

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku Cinta Padamu...  
           Cinta merupakan suatu perkataan yang sering diungkapkan oleh generasi remaja tanpa batasan masa. Kadangkala, ianya adalah suatu perkara yang menghairankan apabila kata itu terungkap tanpa mengerti makna yang tersirat disebalik kata-kata tersebut. Andaikan sahaja ianya indah dibibir dan manis dimulut, maka aku adalah orang yang beruntung apabila perkataan tersebut menjadi agenda hidupku. 
           Sayang seribu kali sayang, tatkala kata-kata yang diungkapkan itu tidak difahami secara mendalam maka lahirlah kondisi-kondisi yang amat menyayat hati dan merobek jiwa. Kerana cinta, agama menjadi taruhan. Kerana cinta, diri hilang sifat kehambaan. Kerana cinta, Allah dilupakan. Begitulah keadaan individu yang tidak memahami konsep kecintaan. Mereka sanggup menggadaikan cinta Ilahi kerana kekasih. Halal dan haram dilanggar begitu sahaja kerana cintakan harta dan... pelbagai perkara lain yang tang sanggup ku ungkap lantaran sedih melihat ummat akhir zaman yang kucintai. 
           Ayuhlah!!! Sahabat seperjuangan, fokuskan minda, luaskan pemikiran agar bersama kita menuju ke syurga yang berkekalan. Muhammad SAW, nabi kita, cukup lengkap mengatur kehidupan untuk manusia menjadi ikutan. Bukankah kita cintakan diri sendiri??? lantaran itu, mengapa kerana kehidupan dunia yang sementara, syurga menjadi taruhan? Bukankah lebih baik dunia ini dipertaruhkan untuk merebut syurgaNya dan cintaNya yang tidak terhingga? Persoalan ini bukan untuk diri sesiapa, tetapi untuk diri kita, yang menginginkan hidup yang aman di dunia dan sejahtera di akhirat sana. 
           Marilah kita anjakkan pemikiran, langkaukan pemandangan, tetapkan visi, mantapkan misi, agar 'aku' dapat berkata, "Ya Allah... Aku cintakanMu... Sudikah Kau membalaskan cintaku?"