Dalam meniti arus kehidupan ini, setiap insan
tidak akan terlepas dari mendaki tingkat-tingkat kehidupan sebagai syarat
bagi seorang anak Adam.
Tingkat dari seorang yang bergelar bayi, lalu
mendaki kepada kanak-kanak,remaja, dewasa dan seterusnya sebagai seorang
yang matang adalah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat.
Sedar atau tidak sedar, kalau kita renungkan
realiti terkini, rata-ratanya anak muda sering diperkatakan tentang mereka,
masalah sosial dan sebagainya.
Fokus kali ini menyingkap tirai-tirai kehidupan seseorang remaja yang
terbabit dalam
Penulis ingin membawa tumpuan pembaca sekalian
kepada beberapa kisah yang telah diringkaskan, sebagai renungan kita bersama
InsyaAllah. Kisah yang pertama ialah tentang kisah cinta yang begitu tragis
sekali yang membabitkan seorang gadis yang bernama Aisyah Bokhari yang
sanggup menggadaikan akidahnya yang paling berharga, semata-mata kerana
kekasihnya yang beragama Kristian. Ramai yang menitiskan air mata tatkala
mendengar kisah tersebut. Tidak kurang juga yang berkumpul, menunjuk perasaan
untuk membantah perbuatan tersebut tetapi apakan daya pihak yang berkuasa
lebih berkuasa...
Kisah kedua melibatkan seorang gadis India
Muslim, Hartina Kamaruddin yang sanggup menyaman bapanya sendiri dan menggadaikan
mahkota keimanannya lantaran...??? Kerana cinta yang mendalam kepada seorang
pemuda Hindu.
Sebenarnya terlalu banyak kisah yang seumpama
ini berlaku disekitar kita. Itu belum kita jangkaukan tumpuan kita
kepada pemuda-pemuda yang terus lupa kepada tanggungjawab sebagai seorang
anak setelah berkahwin dengan gadis idamannya.
Faktor-faktor dan penyelesaian
Terlalu banyak faktor yang mendorong kepada
berlakunya peristiwa yang dinyatakan di atas. Faktor-faktor ini bukanlah
suatu yang standard malah ianya banyak dipengaruhi dengan faktor sampinagn
yang lain yang tidak dapat penulis menghuraikan di sini.
1.Kurang didikan
Pendidikan bukan sekadar mencurahkan ilmu
malah pendidikan melibatkan asuhan, ajaran, disiplin dan sebagainya.Segala
tunjang kepada pendidikan ini adalah keharmonian institusi kekeluargaan.
Kadangkala suasana kekeluargaan yang tidak sesuai mendesak kepada pengabaian
anak-anak lalu menghasilkan anak-anak yang kurang didikan. Walaupun ada
dikalangan mereka lepasan sekolah agama, tetapi akibat suasana keluarga
yang tidak Islamik, memberi impak yang besar kepada remaja. Seandainya
kita melihat kepada sejarah nabi s.a.w, baginda pernah bersabda bahawa
suruhlah anak kamu solat bila berumur 7 tahun dan pukullah ia bila berumur
10 tahun. Perkara ini menunjukkan kepada kombinasi antara kekerasan dan
kelembutan dalam mendidik anak-anak mengikut tahap pemikiran mereka. Tidak
semestinya kelembutan menjadi kemestian dan bukanlah kekerasan menjadi
suruhan, malah kebijaksanaan dalam mendidik yang membentuk keteguhan anak-anak.
2.Pergaulan
Perkara ini merupakan aspek yang paling utama.
Dilemma remaja berlaku tatkala mereka salah memilih kawan dan seterusnya
mengakibatkan tergelincir dari landasan kebenaran. Dalam suasana kita di
Australia ini, perkara yang perlu kita mengambil perhatian ialah soal pergaulan.
Persoalan ini bukan sahaja terbatas kepada lelaki dan perempuan malah melibatkan
jantina yang sejenis.
Ramai dikalangan kita, sebagai contoh, yang
terasa tertekan apabila menjalani kehidupan mereka di sini. Ini berlaku
kerana faktor pergaulan. Mereka berasa bangga apabila dapat berkawan dengan
‘Mamat dan Minah-Ozzie’. Tetapi, mempunyai rasa malu apabila hendak mengamalkan
Islam apabila berhadapan dengan mereka. Contoh paling senang ialah bila
tiba waktu solat. Kita hendak solat tetapi diwaktu itu, ‘mereka’ bersama
kita. Apa yang kita beritahu kepada mereka? Hendak ke tandas? Hendak ke
Student Union? Itulah masalahnya. Penulis bukanlah menentang kita bergaul
dengan ‘mereka’ tetapi seandainya rasa diri itu tidak kuat untuk mempertahankan
iman kita, adalah baik kita tinggalkan mereka. Sedarlah bahawa iman merupakan
mahkota yang amat berharga kepada kita.
3.Undang-undang Islam
Kalau kita perhatikan seorang pencipta komputer.
Apa andaian kita kepada pencipta tersebut. Setiap orang pasti tidak akan
menyangkal kenyataan bahawa sang pencipta itu tahu kelemahan dan kelebihan
alat ciptaannya itu.
Begitulah juga dengan Al-Khaliq, pencipta
manusia. Lalu disediakan peraturanNya kepada makhluk ciptaanNya agar
mereka menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni.
Dan didalam Islam, perkara utama yang dipertahankan
ialah akidahnya. Dan bukan semua orang memiliki ‘ability’ yang sama. Sesetengah
orang boleh mengawal dirinya sendiri dan tidak kurang juga yang perlu pengawal
dari luar. Serupalah juga dengan disiplin yang ada di sekolah. Kenapa perlu
disiplin? Bukankah cukup dengan nasihat, ilmu, dan sebagainya? Ini adalah
kerana bukan semua orang berkemampuan untuk mengawal dirinya sendiri lalu
berkehendakkan kepada ‘pengawal’ dari luar.
Begitulah juga dengan agama, ia berkehendakkan
kepada pengawal agar terjaga disetiap zaman dan masa. Kalau kita hendak
perhatikan kepada kisah Aisyah Bukhari yang amat tragik itu, bukanlah dia
dari kalangan orang yang jahil. Malah pernah menuntut di sekolah
agama, menghafal surah As-Sajdah dan beberapa surah yang lain. Dan kalau
difikirkan adalah sesuatu yang mustahil seorang yang boleh digelar ‘ustazah’
bertindak sedemikian (walaupun kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku,
mungkin ada faktor luaran yang lebih mendesak?).
Dan sedarlah pembaca-pembaca sekalian, perkara
ini memerlukan kepada disiplin yang amat keras kerana ia merupakan kesalahan
jenayah yang amat berat dalam Islam.
Cubalah kita bayangkan seandainya perkara
ini berlaku kepada adik kita atau ibu kita yang kita kasihi. Apa tindakan
kita? Menangis? Merayu? Tunjuk perasaan?... Lupakan sahaja, ianya takkan
membuahkan hasil selagi mana manusia melupakan hukuman Allah.
Dalam Islam, seandainya kita dalami, seorang
yang murtad, hukumannya adalah bunuh. Ia adalah kerana murtad adalah jenayah
yang amat berat. Tetapi kita hendaklah sedar bahawa bukanlah hukuman Islam
itu untuk ‘menghukum mana-mana pesalah sesuka hati sahaja’. Bahkan Allah
dengan terang-terang menyatakan bahawa sesungguhnya hukuman Allah itu adalah
sebagai pencegahan.
Pernah suatu hari penulis berdialog dengan
seorang ‘mamat Ozzie’ tentang hukuman Islam ini. Dan sesungguhnya kalau
mereka faham dengan Islam dan mandapat hidayah Allah, pastinya mereka akan
memilih islam sebagai jalan hidup. Mengapa?
Kerana mereka kagum dengan hukuman Islam dan
perlaksanaannya. Begitulah juga dengan kita. Terdapat di kalangan kita
yang menentang hukuman Islam...paling kurang pun menyatakan pelbagai alasan
untuk menjalankan hukum Islam . Mengapa ini terjadi? Antara faktor utama
ialah kerana tidak faham Islam dengan sebenarnya.
Baiklah, berbalik kita kepada masalah murtad
tadi. Seperti yang dinyatakan oleh penulis, bukanlah maksud hukum Islam
ini untuk menghukum sesuka hati, malah untuk mencegah dari barah merebak
dan terus merebak. Seseorang yang didapati bersalah dalam masalah murtad,
akan disoal siasat tentang punca sebenar kemurtadan itu berlaku. Tidak
dinafikan bahawa banyak faktor lain yang mendesak berlakunya perkara sedemikian.
Mereka akan diberi tempoh 3 hari sekurang-kurangnya untuk menukar kembali
agamanya kepada Islam. Dan dalam tempoh itu, pesalah akan dinasihati dan
diberi penjelasan tentang Islam. Mungkin kemurtadannya disebabkan tidak
faham dengan Islam dan sebagainya.
Dan dalam tempoh itu mereka akan diberi pilihan
sama ada untuk kembali kepada Islam ataupun menjalani hukuman mati. Adalah
suatu yang bodoh jika mereka memilih mati dari kembali kepada Islam. Dan
sudah tentunya, secara logik akal manusia, mereka tidak akan sanggup mati
demi ‘agama’ mereka itu. Dan.... cuba kita renungkan bersama, keindahan
ajaran Islam ini.
Mungkin timbul persoalan, bagaimana dengan
penganut agama lain? Tidakkah ianya akan menimbulkan huru hara jika dilaksanakan?
Kalau begitu persoalannya, kita perlu menjawab kepada mereka, ‘Apa yang
perlu dirisaukan, kita hanya mahu manjaga orang Islam dari murtad, bukannya
kita nak memaksa semua orang bukan Islam masuk ke dalam agama Islam. Jadi
orang yang bukan Islam tak perlu risau dengan hukuman ini’.
Perkara ini samalah dengan perbuatan kita
mengenakan tindakan disiplin kepada anak kita yang melakukan kesalahan.
Perlukah orang lain masuk campur? Itu anak kita, kita punya sukalah. (selagi
mana tidak melangkaui batas agama). Jadi, Islam itu menganggap bahawa semua
Muslim itu bersaudara dan berkewajipan kepada setiap dari kita untuk menjalankan
hukuman Allah bagi memelihara kesucian Islam yang kita cintai.
Penutup
Setiap dari kita perlulah meletakkan seluruh
hidup kita diatas jalan yang sebenarnya iaitu Islam. Adalah suatu perkara
yang sia-sia seandainya kita mengabaikan Islam dalam kehidupan kita.
Kesyumulan Islam membezakan antara kita dengan
penganut agama lain sehinggakan persoalan cinta pun menjadi agenda untuk
dibincangkan dalam masalah agama kita.