E    D    I    S    I        8
 Fokus

 
 

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cinta Waalidain
 
           Bila kita membicarakan soal cinta, ramai mamat-mamat dan minah-minah kita terlalu memfokuskan pemikiran kepada cinta antara dua makhluk yang berlainan creation. Dan kita lupa salah satu dari tuntutan Islam sendiri akan kecintaan kepada waalidain. Ape tu? Haaa... Kalau tak tahu belajar. 
           Heh...heh...heh.. gurau aje. Waalidain ni sebenarnya bahasa arab...sesaje aje buat gempak. Kang kalau nengok tajuk tak interesting tak bace plak artikel ni ye dak? 
           Okaylah aku nak bawak cerita kat sini tentang kewajipan kita taat dan patuh kepada ibu bapa kita. Cuba kita renungkan keadaan umat Islam sekarang ni terutamanya diri kita. Ada sesetengah daripada kita, mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab dan ada pula yang sebaliknya. Tetapi persoalannya, apakah ajaran Islam tentang kewajipan mentaati kedua ibu bapa? Adakah kita hormat kepada ibu bapa kerana mereka mengasuh kita sejak kecil? Atau kerana mereka mendidik kita? Kalau macam tu, bagaimana pula mereka yang tidak mendapat didikan yang sempurna dari kedua ibu bapa? 
           Walau apa keadaan sekalipun mereka tetap ibu bapa kita dan Islam memberikan pengajaran bahawa setiap anak berkewajipan untuk menghormati dan mentaai ibu bapa melainkan sekiranya suruhan mereka bertentangan dengan syara’. Ini kerana ia merupakan salah satu perintah Allah kepada kita seperti yang diceritakan oleh Allah dalam banyak ayat Al-Quran, contohnya dalam suratul Luqman dimana seorang lelaki bernama Luqmanul Hakim memesan kepada anaknya agar jangan mengeluarkan perkataan yang hina kepada parents kita dan senantiasa menghormati mereka walau bagaimana jahilnya mereka sekalipun...Sampaikan ada seorang sahabat nabi yang baru masuk Islam dan bertanya kepada nabi akan hal kedua ibu bapanya. Perlukah dia menghormati mereka kerana mereka tidak Islam? Nabi mengarahkan kepada sahabat tersebut agar sentiasa berlaku baik kepada mereka dalam apa jua keadaan sekalipun. 
           Cuba kita renungkan keindahan ajaran Islam itu sendiri... subhanallah...tiada yang lebih baik dari itu. Seorang ibu yang tidak Islam pun perlu dikasihi sebagaimana seorang ibu yang Islam...apatah lagi kalau ibu dan ayah kita itu masih lagi seakidah dengan kita.