G.Q. Bil :1 Edisi :2 Zulhijjah 1417/April 1997
ALLAH, MANUSIA DAN ..
Alhamdulillah , firstly marilah bersama-sama kita mengucapkan kesyukuran
kehadrat Allah subhanahu wataala kerana kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga
kepada kita , alhamdulillah. Sebelum Ahmad memulakan point penting yang
Ahmad nak cakapkan pada ruangan ini Ahmad ingin membawakan satu fakta sains
yang baru aje Ahmad baca sebentar tadi.Dia kata; Mass of Universe :1 X
1052 Mass of Sun :2X10 30 Mass of Earth :6X10 24 Mass of Moon :7X10 22
Mass of Human :70 Ahmad bukannya nak buat lecture Physics pulak hari nie
tapi yang Ahmad nak korang semua fikirkan ialah cubalah 'compare'kan jisim
kita dengan jisim ciptaan Allah yang lain…… cuba tengok kat atas tu balik……
Makhluk Allah yang lain tuh, MasyaAllah punyelah besarnya, pening tengok
berpuluh-puluh dia punye sifar kalau nak di bandingkan dengan mass of human……
Allah….Allah maha hebat. Dan yang nak Ahmad bawakan ialah dalam banyak-banyak
makhluk Allah yang dahsyat-dahsyat tuh manusialah yang paling Allah muliakan…….Allah……Allah
maha hebat. Kalau tak caye cubalah sahabat-sahabat sekalian rujuk ayat
Allah dalam surah Israk ayat 70; surah At Taghaabun, ayat 3; surah At Tiin
ayat 4-6.Wa caya sama lu….. Semuanye ceritakan pasal manusia yang dilebihkan
tarafnya daripada makhluk lain dengan rupa yang elok dan menarik; memiliki
bentuk tubuh yang sebaik- baiknye dan… Haaa kalau nak tau lagi tengoklah
sendiri dalam ayat-ayat di atas. Aik ? Macam lecturer bagi assignment pulak.
Jadi, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sepatutnyalah kita
mengucapkan syukur kehadrat Allah yang telah memberikan segala-galanya
kepada kita. Cubalah renungkan nikmat Allah kepada kita sejak kita lahir
sampai sekarang nie… Berapa banyak dah Allah tolong kita? Berapa banyak
dah nikmat yang kita dapat? Satu sen pun Allah tak pernah mintak kat kita……yang
Allah mintak kat kita tak lebih dari beriman kepadanya,ikut kata nabi dan
tinggalkan ape yang nabi larang……Itupun payah kita nak ikut.Janganlah kita
nie ingat kita dah terer dah….Hei sahabat-sahabat aku sekalian, Allah lagi
terer. Okaylah, sahabat-sahabat yang dihormati rohiimakumulloh,berbalik
kita pada yang asal tadi,, kalau kita lihatlah kejadian bumi kita ini,
ada ahli sains yang berpendapat bahawa bumi yang kita duduk ini terjadi
dengan 'sendirinya' melalui proses Big Bang kononnya. Ahmad dengan sekeras-kerasnya
menolak pendapat ini sebab dia seolah-olah menafikan peranan Allah subhanahu
wataala dalam hal ini. Kalaulah benar ini berlaku mungkinkah planet-planet
yang lahir melalui proses ini tersusun dengan sendirinya, kemudian mereka
bergerak di atas paksi masing-masing dengan lancarnya, kemudian dengan
sendirinya mereka tidak berlanggar sesama sendiri dan bermacam-macam lagi………Allahuakbar.
Mungkinkah ini semua berlaku tanpa ada yang mengaturnya? Allahuakbar. Tidak
lain dan tidak bukan semuanya datang dari kehebatan , kekuasaan dan kekuatan
Allah yang maha Esa. Jadi mengapakah kita masih lagi merasa malu untuk
tunduk dan mengikuti perintah dan arahan Allah yang Maha………………………segala-galanya
ini. So, Ahmad menyeru kepada sahabat-sahabat yang dihormati rohiimakumulloh,
marilah kita bersama-sama merenung sejenak akan kehebatan Allah sebagaimana
sabda nabi yang katanya, 'Berfikirlah kamu akan makhluk yang Allah jadikan
ini tapi janganlah kamu berfikir akan zat Allah'. Kerana berfikir tentang
makhluk Allah ini akan dapat meningkatkan iman kita kepada-Nya secara tidak
langsung . Kalau tak caye try lah. Wa caye same lu…….May Allah Bless you
all. Sebenarnye banyak lagi firman Allah yang cerita pasal kejadian makhluknya
yang menjadi tanda kebesaran Allah itu sendiri. Cubalah sahabat-sahabat
sekalian tengok ayat suroh Al Mulk, ayat 3 dan 4 yang menceritakan pasal
penciptaan langit yang seimbang, yang kata orang tidak mungkin sesuatu
yang besar itu dapat berdiri teguh dengan sendirinya tanpa ape-ape sokongan,
tiang pun takde, dinding pun takde tapi langit masih boleh berdiri dengan
kekuasaan Allah Taala. Kalau nak cerita lagi pasal kebesaran Allah Taala
nie memang tak cukup lah ruangan ini, tapi cukuplah sekadar yang ade ni
menjadi panduan kita dan ambiklah mana-mana yang baik dari artikel ini
dan akhir kata, Wallahua'lam. Wassalamualaikum warahmtullah.
-AHMAD-
|| GQ
Edisi:1 ||