Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia adalah warisan semulajadi yang asli serta unik dan telah wujud sejak berjuta-juta tahun yang lalu dan kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Terdapat lebih 8,000 spesies tumbuhan berbunga di antaranya 2,650 adalah terdiri dari spesies pokok. Dalam pada itu, lebih daripada 800 spesies tidak berbunga telah direkodkan. Dalam golongan fauna terdapat lebih kurang 1,000 spesies vertebrata dan di antara 20 hingga 80 ribu spesies invertebrata.
-dipetik
dari Perhutanan Di Semenanjung Malaysia
(Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia)