Hutan
Paya Bakau |
|
Pengenalan
Bumi adalah
sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi
hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya.
Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang
mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah
ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah hutan paya bakau yang
hidup di keadaan berlumpur dan berair masin.
Hutan
paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini
merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur
di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS
latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik
tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India,
Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.
Di Semenanjung
Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya
1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya
berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang
(11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang
unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia.
Kepentingan
Hutan Paya Bakau
Permandangan dari
udara
kawasan Hutan Paya
Bakau
|
Kehidupan
manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya
bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan
itu menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan. Nilainya tidak kurang dari
hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya
hanya kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik
di perbatasan antara lautan dan daratan.
Berikut
disenaraikan hubungan kepentingan antara hutan paya bakau dengan manusia:-
|
-
Hutan
paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran
pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang
surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai,
tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang
surut, ombak dan ribut. Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir
adalah akibat kehilangan kawasan paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan
ini.
-
Hutan paya
bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan
semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak
tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya
yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang
unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan.
-
Hutan paya
bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti
ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan
berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya
hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan
langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari
industri perikanan.
-
Dikebanyakan
negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau dikomersilkan dengan
mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. Pengalaman menunjukkan
bahawa jika aktiviti ini diurus dengan sempurna, ianya dapat menghasilkan
barangan tanpa merosakkan hutan ini dengan teruk dan sementara itu ianya
boleh mengekalkan sebagai nursery bagi hidupan laut.
-
Disesetengah
tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau masih lagi
dijalankan. Tanin ini digunakan dalam industri kulit.
-
Walaubagaimanapun,
keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies
burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat
dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa
mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial.
Tidak dapat
digambarkan bertapa pentingnya kawasan ini kepada manusia samada secara
langsung mahupun tidak. Jika kawasan ini dimusnahkan tunggu shajalah akibatnya.
Penutup
Adalah
menjadi satu kerugian jika hutan ini dibiarkan begitu sahaja, namun begitu
jika eksploitasi berlebihan dilakukan hutan ini akan musnah. namun begitu
membiarkan hutan ini begitu sahaja kurang memberi manafaat, seelok-eloknya
ambilah jalan tengah agar kewujudnnya berkekalan. Satu sistem pengurusan
hutan paya bakau yang efisien perlu dilaksanakan supaya tidaklah nanti
yang dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran. |
Akar pokok bakau
yang unik ini dapat membantu
ianya tumbuh dengan
baik di kawasan berlumpur
dan arus pasang
surut.
|