28 Jun, 1971
5 J/Awal, 1391 Isnin 6.00 am |
Uwaaaaaaaa.....
Saya di lahirkan dan di beri nama Zulkarnain oleh kedua Ibu bapa saya dan di besarkan dalam keluarga seramai lapan orang di Kampung Batu Nering, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Pada masa itu saya mempunyai empat orang abang dan tiga orang kakak. Menjadi anak bongsu pada masa itu sungguh seronok. |
Januari, 1975 | Mula mengenali alam pra persekolahan apabila di masukkan ke TADIKA, pada masa itu saya mengenali lebih ramai kawan. Seronok pada masa itu tak boleh digambarkan..main, belajar dan makan. |
Januari,
1976
|
Dimasukkan ke Sekolah Kebangsaan Padang Tengku. Masa itulah saya mula belajar. Sekolah pada masa itu terletak dalam kawasan balai polis...tidak tahu kenapa sekolah tersebut dibina dalam kawasan balai polis...Pada masa itu semasa saya dalam darjah dua saya selalu kena pukul dengan pembaris di tapak tangan kerana salah mengeja perkataan dalam bahasa Inggeris...satu perkataan salah sekali kena. Sakit juga. |
Januari, 1978 | Berpindah ke bangunan sekolah yang baru dengan kemudahan yang lebih baik. Pada masa itu saya masuk darjah tiga. Lebih semangat untuk belajar. |
1980 | Saya mendapat seorang adik perempuan. Saya bukan anak bongsu lagi. |
November, 1980 | Mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Susah juga...buku rujukan pun kurang. |
Januari, 1981 | Darjah enam...pada masa itu saya dapat keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Teruknya...1A, 2B, 2C..A tu cuma matapelajaran Sains. Pada masa itu keputusan macam itu kira boleh tahan juga. Maklumlah sekolah kampung. |
Januari,
1982
|
Memasuki pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku. Di sana saya kena pilih aliran samada Perdagangan, Sains Pertanian ataupun Seni Perusahaan...emm susah juga nak pilih. Entah macam mana saya pilih Sains Pertanian, pada masa itu hendak ditempatkan kelas diadakan ujian...bezanya antara aliran tak banyak cuma satu mata pelajaran sahaja..jadi kenalah saya belajar tanam sayur dan ternak ayam...seronok juga adalah aktiviti di luar bilik kelas. |
Januari, 1986 | Saya sudahpun tingkatan tiga...tahun itu saya ambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada masa dah dekat dengan peperiksaan pagi-pagi lagi saya pergi ke Sekolah mentelaan di perpustakaan. |
Disember,
1986
|
Dapat keputusan peperiksaan SRP dapat lah agreget 14. dengan itu melayakkan saya memasuki tingkatan empat dalam aliran sains.Tapi terpaksa tukar sekolah kerana sekolah asal saya itu tidak menawarkan aliran sains. |
Januari, 1987 | Memasuki tingkatan empat di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis. Terpaksa tinggal di asrama...tahu sahajalah keadaan asrama pada masa itu..hujung minggu pasti saya balik kampung. |
Januari, 1988 | Tingkatan lima..tahun saya ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Satu cabaran bagi saya apabila ditempatkan di kelas 5 Sains 1 dimana kebanyakan pelajarnya bukan Melayu. Cuma kami lima orang sahaja Melayu. |
November, 1988 | Ambil Peperiksaan SPM tetapi pada masa itu sekolah saya banjir. Setelah beperapa hari peperiksaan berjalan...ianya ditunda...seronok juga sambil belajar masa peperiksaan ditunda boleh juga main air. |
Mei, 1989 | Dapat keputusan SPM..cuma dapat 25 agreget. Layak ke masuk Unversiti? |
Jun,
1989
|
Tungu punya tunggu..tak dapat masuk universiti. Terpaksalah sambung Tingkatan enam. Subjeknya pada saya agak susah...seronoknya dapat buat eksperimen bedah membedah. ..katak, tikus, lipas, ikan semuanya kami bedah. |
Januari, 1990 | Tingkatan enam atas tahun ambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. |
Mei, 1991 | Dapat keputusan STPM pun tak berapa baik...minta juga universiti..Dapatlah juga masuk Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Tetapi Kampus Bintulu. Alamak Sarawak...jauhnya. |
28
Jun, 1991
|
Berlepas ke Bintulu, Sarawak untuk melapor diri di UPM dengan mengambil kursus Diploma Perhutanan. Selama tiga tahun saya berada di sana. Kira bertuah juga, dapatlah menengok ke negeri orang. |
26 April, 1994 | Balik ke kampung halaman setelah tamat belajar di UPM selama tiga tahun di sana. Sedihnya setelah tujuh hari berada di rumah ibu kesayangan saya telah meninggal dunia kerana mengidap penyakit kencing manis/darah tinggi. Sedih sungguh... |
2
Januari, 1995
|
Saya memulakan pekerjaan pertama saya sebagai guru sandaran di Sekolah Mengah Agama Chenor, Temerloh setelah agak lama mengangur. Di sana saya cuma mengajar matapelajaran Sains tingkatan 1,2 dan 4. Banyak juga permohonan kerja saya hantar. Dua jawatan terpaksa saya tolah kerana tawaran kurang baik. |
9
Ogos, 1995
|
Setelah tujuh bulan mengajar, saya ditawarkan bekerja sebagai Penolong Pemelihara Hutan di Jabatan Perhutanan semenanjung Malaysia dan di tempatkan di Ibu Pejabat Perhutanan, Kuala Lumpur sebagai Penolong Pegawai Perancangan hinggalah sekarang. |
??? | Harapan saya semoga satu hari nanti dapat saya menyambung pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah. |