1.PENGENALAN



Pada masa ini, kita boleh lihat pelbagai sistem pengurusan kewangan yang berlainan mengikut kesesuaian sesebuah organisasi atau institusi tersebut.Secara umum,sistem pengurusan kewangan bolehlah dibahagikan kepada dua sistem:

  1. Sistem pengurusan kewangan sesebuah organisasi yang bermotifkan keuntungan.

  2. Sistem pengurusan kewangan sesebuah institusi yang bermotifkan memberi perkhidmatan.

Sistem pengurusan kewangan yang bermotifkan keuntungan ialah Syarikat Perniagaan.Sementara Sistem Pengurusan Kewangan yang bermotifkan memberikan perkhidmatan ialah seperti kelab, persatuan, badan-badan kerajaan termasuklah masjid.Oleh yang demikian masjid merupakan salah satu institusi yang melibatkan pengurusan kewangan yang bermotifkan memberi perkhidmatan.ianya memerlukan satu sistem pengurusan kewangan yang sesuai dengan pengurusan masjid di mana ia akan memberi gambaran yang benar dan tepat perjalanan kewangan dalam satu-satu tempoh untuk kita membuat pernilaian dan perancangan yang baik bersesuai kemampuan kewangan yang ada.



 || Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan || Panduan Pengimarahan Masjid ||
|| Senarai Tugas Kakitangan Pejabat || Senarai Masjid Dalam Daerah Baling || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Ruangan Kemusykilan Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||