PERUTUSAN Y.A.B MENTERI BESAR KEDAH


Pada prinsipnya, segala peraturan dan sistem bekerja yang dianjurkan oleh Islam adalah untuk kepentingan dan kejayaan manusia, khususnya bagi umat Islam jika ianya diamal dan dilaksanakan dengan cara yang betul bertepatan dengan kehendak dan perintah ajaran Islam.oleh itu penyempurnaan sesuatu tugas atau pengurusan adalah bergantung kepada sikap dan semangat bertanggungjawab oleh setiap individu di dalam pengurusan sesebuah organisasi. 

Beberapa contoh pelaksanaan sistem pentadbiran dan pengurusan yang telah dilaksanakan secara berkesan seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W selaku ketua pemerintah dan pentadbir di Negara madinah dan zaman-zaman khalifah selepas Rasulullah S.A.W ialah dengan berasaskan kepada keperluan dan perkembangan masyarakat dan negara. 

Pengurusan dan pentadbiran bagi tujuan memakmurkan dunia untuk kesejahteraan kehidupan manusia adalah merupakan tuntutan wajib fardhu kifayah (tanggungjawab kolektif) ke atas umat Islam bagi mencapai kesejahteraan hidup mereka didunia.

Firman allah S.W.T dalam Surah Hud Ayat 61 yang bermaksud "Dialah (Allah) yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya".

Justeru itu, saya berharap pihak pengurusan masjid sejajar dengan hasrat dan usaha kita bersama untu menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat. 

Sekian terima kasih.

(SANUSI BIN JUNID)


 || Menu Utama || Pengenalan|| Carta Organisasi || Pegawai Agama || Senarai Kakitangan || Panduan Pengimarahan Masjid ||
|| Senarai Tugas Kakitangan Pejabat || Senarai Masjid Dalam Daerah Baling || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Ruangan Kemusykilan Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu|| Lihat Buku Tetamu||