maik.jpg

syeikhy

Salam.gif (1636 bytes)

Alhamdulillah, sama-sama kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya jua, Pejabat Agama Daerah Baling telah berjaya membina Laman Webnya sendiri dan selamat bertapak di alam siber ini pada hari ini .

Saya berharap agar Laman Web yang dihasilkan ini akan menjadi wadah baru untuk Pejabat Agama Daerah Baling untuk menyalurkan maklumat terkini dan tepat mengenainya dan Agama Islam kepada seluruh masyarakat Islam juga bukan Islam  di mana jua mereka berada, sekaligus sebagai salah satu dari uslub (kaedah) penyampaian dakwah dan perhubungan Ukhuwwah Islamiah sesuai dengan perkembangan semasa hari ini.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat dari Laman demi untuk memartabatkan umat Islam di mata dunia.

Akhir sekali saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada  semua pihak dan orang perseorangan yang memberikan sebarang sumbangan dan lontaran idea yang dimuatkan di dalam Laman Web ini. Jumpa lagi….

Wassalam.

SYEIKH MOHAMAD BIN AWANG
Pegawai Agama Daerah Baling,
kedah Darul Aman