SISTEM MULTIPENGATURCARAAN BERPETAK TETAP

Dalam sistem ini ruang ingatan komputer dibahagi-bahagikan kepada ruang yang sama saiznya. Di dalam setiap ruang ini terdapat suatu kawasan khas untuk menempatkan sebahagian daripada unsur-unsur sistem pengoerasian yang diperlukan oleh aturcara yang sedang dilaksanakan di dalam ruang itu. Aktiviti setiap ruang atau petakan dikawal oleh penyelia.

Sistem ini telah dicipta untuk membolehkan sistem komputer melaksanakan dengan serentak operasi pengiraan dan operasi I/O yang dilaksanakan melalui saluran I/O. Pendekatan ini dikenali sebagai "Operasi Periferi Serentak Dalam Talian" atau ringkasnya SPOOL. Kemudahan ini disediakan untuk komputer berskala besar yang mempunyai keupayaan saluran seperti "Sistem Pengoperasian Cakera" atau DOS yang digunakan oleh sistem-sistem komputer IBM System/370 dan 4300. Sistem pengoperasian ini di strukturkan untuk menampung keperluan multipengaturcaraan serta memenuhi keperluan senibina sistem pengoperasi dengan menyediakan penjadual-penjadual operasi dan kerja, pengurusan fail penyelia eksekutif, perpustakaan utiliti-utiliti perkhidmatan dan bahasa pengaturcaraan.