ORGANISASI INGATAN

 

Di antara langkah-langkah pengurusan ingatan yang boleh diambil untuk meningkatkan daya pemprosessan sistem komputer ialah seperti berikut:

 

    1. Penggunaan ingatan dengan cekap melalui kaedah multi pengaturcaraan atau berbagai tugas (multitasking) - multipengaturcaran membenarkan perlaksanaan serentak beberapa aturcara atau proses, sementara kaedah berbagai tugas dalam suatu aturcara diteruskan apabila tugas lain di dalam atturcara tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana suatu sebab (misalnya disampuk unntuk perlaksanaan operasi I/0).
    2. Penggunaan setiap jenis storan melalui sistem storan maya.

 

Sistem pengoperasian yang direkabentuk untuk persekitaran multipengaturcaraan telah mnyediakan berbagi-bagai kaedah organisasi ingatanunntuk mencapai persekitaran operasi yang optimum. Umumnya, polisi yang digunakan untuk peruntukan ruang ingatan dengan cekap terbahagi kepada dua jenis, iaitu polisi petakan dan boleh berubah. Dalam skema peruntukan tetap, petakan ingatan diperuntukkan kepada suatu proses yang sedang aktif secara tetap di sepanjang "riwayat" perlaksanaan tersebut. Berbeza dengan skema peruntukkan boleh berubah-ubah secara dinamik disepanjang riwayat perlaksanaan proses menurut keperluan semasa proses tersebut.