PETAKAN INGATAN

 

Pada asanya, ruang ingatan perlu dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan untuk sistem pengoperasian dan kawasan untuk aturcara pengguna. Kawasan yang diperuntukkan bagi sistem operasi digunakan oleh nukleus sistem pengoperasian yang terdiri daripada suatu set aturcara kawalan yang perlu bermastautin dalam ingatan pada setiap masa. Set aturcara kawlaan ini dikenali juga sebagai "penyelia". Dalam kebanyakan sistem, nukleus sistem ini terdiri daripada aturcara sistem yang bertanggungjawab melaksanakan pengurusan proses, pengurusan ingatan, pengurusan giliran pemproses dan I/O, pengesanan dan analisis ralat perkakasan dan pengurusan pentatarajahan semula.

Kawasan ingatan yang diperuntukkan bagi proses penguna boleh dibahagi-bahagikan bagi membentuk petakan intatan. Jumlah petakan serta saiz setiap petakan bergantung kepada keperluan pemasangan sistem komputer serta jumlah kawasan ingatan yang terpasang pada sistem momputer. Setiap petakan ingatan boleh melaksanakan satu proses dalam satu masa.

Bagi sistem yang mempunyai hanya satu petakan (operasi petakan tunggal), hanya satu proses sahaja yang boleh dilaksanakan dalam satu masa. Rajah II - 1 menunjukkan organisasi ingatan berpetak tunggal; ruang ingatan dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu kawasan penyelia yang dikhaskan untuk kegunaan sistem pengoperasian dan kawasan aturcara

pengguna (kawasan latar belakang) untuk pelaksanaan proses atau aturcara pengguna.

 

Oleh kerana operasi petakan tunggal ini hanya membolahkan satu aturcara dilaksanakan dalam satu masa, bnyak masa yang terbuang dan tidak digunakan. Misalnya, apabila aturcara yang sedang dilarikan memerlukan input atau output, aturcara ini akan mengeluarkan isyarat permintaan I/O kepada penyelia yang akan menghantarkannya kepada saluran yang berkenaan untuk dilaksanakan. Semasa operasi I/O dilaksanakan, perlaksanaan aturcara dihentikan sehingga operasi I/O itu tamat.

 

 

Kebanyakan sistem pengoperasian mempunyai kemudahan penjana petakan berganda . Misalnya sistem pengoperasian DOS / VSE boleh menjanakan sehingga tujuh petakan ingatan bagi menampung sehingga tujuh aturcara pengguna yang boleh dilaksanakan serentak. Rajah dibawah menunjukkan kawasan ingatan yang dibahagikan kepada empat petakan; petakan 1 hingga 3 dinamakan petakan latar depan dan petakan ini boleh digunakan untuk larian aturcara dalam talian dan kelompok, sementara 4 petakan latar belakang dikhaskan untuk perlaksanaan aturcara secara kelompok sahaja.

 

Dalam persekitaran ini, kebaikan utama yang dapat dicapai berbanding dengan operasi petakan tunggal pengunaan masa pemproses yang lebih optimum.

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah dibawah setiap petak ingatan mengandungi satu aturcara. Andaikan Aturcara 1 mempunyai keutamaan tertinggi sementara aturcara 3 mempunyai keutamaan yang terendah.

 

 

  1. Pada masa ini, Aturcara 1 dan diikut oleh Aturcara 2 , Aturcara 3 dan akhirnya aturcara 1 sekali lagi, mengeluarkan isyarat-isyarat permintaan I/O. Setelah setiap isyarat I/O dikeluarkan, operasi aturcara yang terlibat akan dihentikan (aturcara akan berada di dalam "keadaan menunggu") sehinggalah penyelia selesai melaksanakan operasi I/O.
  2. Pada masa ini, operasi bagi aturcara 2, aturcara 3 dan kemudiannya aturcara 2 sekali lagi, diteruskan kerana I/O bagi aturcara ini telah selesai dilaksanakan.
  3. Pada masa ini tidak terdapat satu pun aturcara yang boleh dilarikan kerana setiap aturcara sedang menunggu tamatnya perlaksanaan permintaan I/O masing-masing.
  4. Operasi I/O untuk aturcara 3, aturcara dan kemudian aturcara 1 selesai dilaksanakan.
  5. Oleh kerana operasi I/O bagi aturcara 3 telah diselesai terlebih dahulu, larian aturcara ini diteruskan.
  6. Pada masa ini , operasi bagi aturcara 2 dan kemudiannya aturcara 1 dilaksanakan.

Kemudahan petakan ingatan yang disediakan oleh sistem pengoperasian multipengaturcaraan tergolong kepada dua jenis, iaitu sistem multipengaturcaraan berpetak tetap dan sistem multipengaturcaraan berpetak dinamik.