Latar Belakang Penyelia


Mohamed Kassim b Hasan

Dilahirkan diKampong Kelawar Tg. Malim,Perak pada 31.3.1951. Telah mempunyai seorang Isteri dan tujuh orang anak 3 lelaki dan 4 perempuan. Dua orang telah berjaya melanjutkan pelajaran di ITM dan UUM. Seorang anak lelaki bertugas di TLDM .

Mula bertugas sebagai Penolong Penyelia Asrama pada 10.05.1971 di Sekolah Menengah Kebangsaan, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pada 2.1.1980 telah diarahkan bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Pahang sehingga 16.12.1985 dan seterusnya ditukarkan ke Sekolah Menengah King George V, Seremban hingga ke tarikh ini .

Selain dari tugas sebagai Penyelia Asrama , beliau juga giat dalam kebajikan masyarakat iaitu sebagai Pengerusi Rukun Tetangga Tmn. Permai 2, Seremban, sebagai Guru Kafa di Surau Taman Permai 2, Pengerusi Khairat Kematian, Surau Tmn. Permai 2, Naib Pengerusi Kesatuan Penyelia-Penyelia Asrama Pendidikan Cawangan N. Sembilan dan Ahli Jawatankuasa Kesatuan Penyelia-Penyelia Asrama Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia.

Beliau telah pun bertugas selama 25 hingga kini. Selama bertugas di SMK. KGV beliau telah bertugas dibawah lima orang Pengetua. Bagi pihak warga aspura kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbang bakti yang diberikannya kepada asrama dalam semua bidang. Harapan kami agar mereka dapat meneruskan khidmat baktinya kepada kami sehingga ke akhir persaraan jawatannya.

Balik ke Menu Utama