Latar Belakang Diri
Dilahirkan
di Melaka, pada tahun 1967. Ayah bernama Ismail Bin Hashim. Nama ibu Raja
Norsiah Bte Raja Mohd. Merupakan Anak yang kelima daripada enam orang adik
beradik. Isteri bernama Mardziah bte Md. Zain. Mempunyai dua orang anak
yang bernama Megat Afiq dan Megat Afnan.
Sekolah rendah di Sekolah Rendah St. Francis Instition, Melaka. Sekolah menengah di Sekolah Menengah St. Francis Institution. Memasuki Yayasan Pelajar Melaka [Yaspem] untuk pengajian tingkatan enam. Melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dan mendapat kelulusan BA.Ed Hons. Pengkhususan utama Sastera dan minor dalam pengajian sejarah. Mengikuti kursus Windows NT di UTM pada tahun 1996. Mengikuti kursus Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Jurulatih Utama Fasa III di Maktab Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan dan lulus dengan gred "A".
Mula mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban mulai 17.07.1992. Kini mengajar matapelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Enam dan Sejarah Kertas Satu STPM. Dilantik sebagai Ketua Unit Penerbitan Sekolah, Pengurus Makmal Komputer Tingkatan Enam, dan Pengerusi Homepage Sekolah. Menjadi Guru Sumber Kesusasteraan Melayu STPM Negeri Sembilan. Menjadi pemeriksa kertas Kesusasteraan Melayu dari 1992 - 1996. Penulis dalam majalah Akademik. Menjadi johan dalam pertandingan karangan anjuran Pusat Pendidikan Negeri Sembilan tahun 1993. Menerima Anugerah Cemerlang pada tahun 1996.
Menjadi waden asrama sejak 17.07.1992 dan menjadi Ketua Waden pada tahun 1993 sehingga kini [1998]. Melibatkan diri dalam Persatuan Waden.[Berkawan], Negeri Sembilan Darul Khusus.