TERBARU !!!

SAH: MUSTAPHA ONG CUBA RASUAH JAMAL AMRO

Temuramah Jamal Amro Dengan TV Channel 4 UK daripada wartawan kami di Manchester, UK

Stesyen penyiaran televisyen Brutain, Channel 4, hari ini menemuramah Jamal Amro. Jamal terkenal sebagai drebar limosin yang ditawarkan rasuah oleh Mustapha Ong, Setiausaha Dua Keduataan Besar Malaysia di New York untuk mengaku bahawa hero rakyat Anwar Ibrahim pernah melakukan hubungan seks sumbang dengan beliau.

Dalam liputan berita itu, Channel 4 memaklumkan penonton bahawa kes perbicaraan Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujungnya, namun amat nyata segala bukti konspirasi politik yang mengakibatkan pemecatan Anwar tidak dipedulikan oleh Hakim "Irrelevant" Paul. Laporan itu menyatakan bahawa Hakim Paul menjalankan kerja dengan sewenang-wenangnya dan ramai yang menuduh beliau "biased" ("berat sebelah").

Menurut pemberita Channel 4 itu, Jamal terkilan kerana tidak dibenarkan memberi keterangan di mahkamah. Oleh itu beliau menyuarakan apa yang terbuku di hati kepada kamera televisyen!

Dalam temuramah itu, Jamal menyatakan bahawa Mustapha Ong menawarkan beribu dollar supaya Jamal mengaku pernah mendapatkan "men or boys" (lelaki dewasa atau budak-budak) untuk Anwar. Alangkah kejinya perangai Mustapha Ong yang tidak layak digelar manusia, lebih patut dipanggil binatang kerana memfitnah seorang Muslim lain!

Jamal juga menyatakan bahawa Mustapha Ong mengaku bahawa beliau membuat tawaran itu demi kepentingan peribadi. Mustapha Ong menyatakan bahawa "we could make money…for both of us" ("kita boleh buat duit….untuk kita berdua"). Amat jelas di sini bahawa Mustapha Ong tidak mempunyai prinsip, sebaliknya hanya seorang opportunist dan pengkhianat negara.

Menurut Channel 4 lagi, jika saksi seperti Jamal pun tidak dibenarkan memberi keterangan, maka kes pihak pembela tentu tidak didengar dengan adil.

MRF 2020 (Cawangan Manchester, UK)