MAHATHIR MELALUI CNN - BIZ ASIA
(sepertimana dilapurkan oleh Utusan Malaysia)
Kuala Lumpur 10 Nov 1998

PM DS Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak kisah sama ada rakyat kelak mahu mengingatinya atau tidak, asalkan segala rancangan yang dibuat berhasil.

(Jawapan: Perancangan kau? Sungguh bongkak kau berkata demikian satelah Tuhan menunjukan bagaimana ekonomi yang kau rancang kini kian hancur! Anak anak kami kini di latih mengingati kau sebagai saorang president Umno yang telah menghancurkan UMNO dan saorang perdana menteri yang bongkak dan sombong sahingga untuk membertahankan ego kau, kau sanggup mengatur kata kata yang icik supaya orang ingat kau saorang yang jujur. Segala hasil kejayaan Malaysia adalah kerana usaha rakyat Malaysia. Satelah berhasil kau beri meraka tulang tulang sahaja dan kau memakan daging bersama sama anak kau dan kuncu kuncu kau! )

"Saya tidak penting, saya berada disini sekadar sementara." katanya ketika ditanya dalam temuramah yang disiarkan secara langsung menerusi Biz Asia, satu program CNN malam ini.

(Jawapan: Kalau tak penting undurlah!!! Ingat bagaimana Hussein Onn yang selalu mengatakan yang beliau tak penting tetapi menangis di depan halayak ramai apabila beliau hendak meninggalkan jawatan Presiden satelah kau paksa dia memberi laluan untuk diri kau yang gilakan kuasa. Mungkin kau tak akan menangis apabila berundur. Ini kerana, saperti kata Abraham Lincoln: Menangis itu menujukan bahawa sasaorang itu ada hati!)

"Saya mahu bersara seawal yang mungkin. Saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pengganti saya dapat meneruskan usaha-usaha saya."

(Jawapan: Biasalah orang politik kata mahu bersara awal, Bila berkata nak bersara, itu acah aje. Bila kau telunkup nanti ada alasan kan? " Saya dah kata saya nak bersara, jadi saya tak kisah sangat apabila saya tak di pilih………!!!!!!!". )

"Saya tidak fikir Gerakan Reformasi itu akan berjaya menjadi satu pergerakan yang besar. Pada masa ini ia hanya membabitkan segelintir rakyat dan satu kumpulan minoriti."

(Jawapan: Anda menyorok di Hotel MINT dan di Hotel Palace of Golden Horses. New Straits Times,Berita Harian dan Utusan tak cetak gambar gambar yang menunjukkan puluhan ribu manusia yang berarak. Rahim Noor takut nak lapor yang benar. Ketua Siput Babi mengelabah, saperti dalam Mahkamah. Ingat tak surat kau kepada Tunku Abdul Rahman dulu salepas 13 May, 1969…..orang dikekiling kau hanya beritahu apa yang mereka ingat kau suka dengar. Lagi pun ada yang tak demonstrasi tapi di banyak mesjid mesjid dan surau surau menangis bersama sama semasa mendoakan supaya di laknati Tuhan kezaliman yang semakin menjadi jadi di Malaysia!)

"Kami ada sehingga tahun 2000 untuk mengadakan pilihan raya, jadi saya berpendapat kita mempunyai masa yang banyak untuk mengatasinya.", bila ditanya sama ada kerajaan akan membenteras Gerakan Reformasi itu sekiranya ia diteruskan.

(Jawapan: Selalunya orang yang hendak di ambil nyawanya menunjukan tabiat tabiat yang aneh. Munkinkah umur anda tidak sampai ke tahun 2000?) IDEOLOGI & MINDA "Ketakjuban ekonomi yang amat dibanggakan selama ini lebih merupakan fatamorgana,
bagai satu impian yang indah...."