UMMI DEDAH SALAHLAKU POLIS
 

Sekiranya penyaksian Ummi di mahkakmah boleh diterima, dengan sendirinya membuktikan bahwa polis memang bisa mengugut dan menyeksa orang yang ditahan untuk membuat pengakuan palsu.

Oleh itu, bagi orang yang ada akal, kalau mahkamah boleh terima pengakuan Ummi, ia juga harus percaya  pengakuan Sukma dan Dr Anees bahawa mereka  dipaksa oleh polis untuk membuat pengakuan palsu adalah benar.

Kalau saya  menjadi hakim yang membicarakan kes Sukma dan Dr Anees, saya akan menyoal pendakwaraya, peguan negara dan para pegawai polis yang terlibat samada pengakuan Ummi bahwa beliau diugut oleh polis benar atau tidak. Sekiranya polis mengaku benar, maka saya  akan percaya bahwa Sukma dan Dr Anees memang benar-benar diugut dan disiksa oleh polis
untuk membuat pengakuan palsu.

Wahai orang-orang munafik, kamu boleh berlakon di mahkamah dunia, tetapi kamu tidak akan terlepas daripada pengadilan Allah di padang mahsyar dan siksaan di kubur dan neraka!