MEMORANDUM MENGENAI PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG BERKENAAN DENGAN PENAHANAN TANPA PERBICARAAN

TUJUAN

Memoranduan ini bertujuan menggesa pihak. Kerajaan memansuhkan kesemua undang-undang berkaitan dengan penahanan tanpa perbicaraan, khususnya Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (AKDN).

Ini adalah selaras dengan ikrar Malaysia untuk. mempertahankan nilai universal yang positif dalam semua aspek pembangunan nasional dan baci menggalakkan kedaulatan undang-undang, ukuran hak asasi manusia antarabangsa serta nilai-nilai dan norma keagamaan yang rasmi.

Badan Peguam Malaysia pada mesyuarat Agungnya yang diadakan pada 10 Oktober, 1998 yang dihadiri oleh 2,480 peguam telah menerima sebulat suara satu resolusi yana menyeru kepada pemansuhan semua undang-undang bagi penahanan tanpa perbicaraan dan bagi Majlis Peguam mengambil semua langkah yang perlu terhadap merealisasikan resolusi ini.

SKOP

Kini, terdapat tiga undang-undang utama yang berkuatkuasa di Malaysia yang mempunyai peruntukan bagi Penahanan Tanpa Perbicaraan:-

1. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
2. Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969
3. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985

Di bawah undang-undang tersebut, Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri boleh menahan seseorang selama tempoh tidak. melebihi dua tahun kerana disyaki atau dipercayai penahanan orang itu perlu bagi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.  Adalah penting diperhatikan bahawa mengikut undang-undang, ia merupakan arahan penahanan oleh pihak Eksekutif dan bukan penahanan yang menyusuli keputusan kehakiman. Arahan penahanan tersebut boleh diperbaharui dari masa ke semasa.

Seterusnya, di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri, pihak polis diberi kuasa menahan seseorang selama 60 hari sementara menyiasat kepercayaan bahawa orang itu telah melakukan sesuatu yang memudharatkan keselamatan.

Sebagai tambahan kepada tiga undang-undang ini, terdapat sebelas lagi undang-undang yang membatasi dan/atau meminggirkan hak sivil.  Undang-undang ini adalah:-

1. Akta Kediaman Terhad 1933
2. Akta Hasutan 1948
3. Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958
4. Akta Pencegahan Jenayah 1959
5. Akta Kesatuan Sekeda 1959
6. Akta Polis 1967
7. Akta Pertubuhan 1966
8. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
9. Akta Rahsia Rasmi 1972
10. Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan) 1975
11. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
 

SEJARAH

Undang-undang seperti Akta Kediaman Terhad dan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah peninggalan penjajahan British atau telah diubahsuai dari undang-undang zaman peperangan yang dipakai di United Kingdom.

Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri, misalnya, sama dengan Peraturan 18B "The Defence of the Realm Act 1939" (Akta Mempertahankan Negeri 1939) di United Kingdom.

Seterusnya, perbahasan Parlimen dalam Dewan Rakyat pada bulan Jun 1960 mencerminkan bahawa AKDN telah digubalkan khususnya bagi menentane, ancaman komunis dan dimaksudkan sebagai langkah sementara sehingga ancaman tersebut dihapuskan.

Undang-undang tersebut telah wujud lebih lama daripada tujuan asalnya kerana tiada ancaman bersenjata di dalam mahupun di luar negara semenjak.  Parti Komunis Malaysia meletakkan senjata mereka dan meninggalkan perjangannya secara rasmi setelah menandatancani "Bangkok Accord" pada 24 Disember 1989.

RASIONAL TAMAHAN UNTUK PEMANSUHAN

Disamping fakta bahawa penahanan tanpa perbicaraan adalah bertentangan dengan kedaulatan undang-undang, dua sebab yana mendorong mengapa statut-statut ini harus dimansuhkan, adalah--

(a) Undang-Undang Mencukupi Bagi Menghadap Sebarang Ancaman Terhadap Undang-undang dan Ketenteraman

Sudah sedia ada perundangan yang mencukupi untuk. menangani sebarang kemungkinan yang dapat difikirkan mengenai ketenteraman dan keselamatan awam.  Selain dari kesalahan yana. disenaraikan dalam Kanun Keseksaan dan Akta Polis berhubung dengan ketenteraman awam, terdapat juga Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan berhubung dengan pernyataan dan penerbitan.  Di samping itu juga terdapat undang-undang darurat di bawah Akta Kuasa Darurat 1979 yang digubalkan di bawah Artikel 1 50 Perlembagaan Persekutuan.

(b) Ketiadaan Perlindungan Terhadap Penyalahgunaan Kuasa Budi Bicara Di Bawah Undang-undang Penahanan Mencegah

Satu ciri undang-undang penahanan mencegah adalah kuasa budi bicara untuk. menahan yang diberi kepada pihak berkuasa.  Mahkamah kita yang tertinggi, iaitu Mahkamah Persekutuan, pada suatu ketika dulu mempunyai sebab untuk memberi komen terhadap kuasa budi bicara secara umum bahawa "budi bicara yana tidak disekat merupakan penyanggahan pada ... adalah keperluan yang ketat agar budi bicara dilaksanakan untuk. sebab yang baik ... (keputusan Sd Lempah [1979] 1 MLJ 135 halaman 148).  Kata-kata dalam AKDN khususnya memberi kesempatan kepada kemungkinan berlaku penyalahgunaan di tangan pihak. berkuasa yang bersikap keterlaluan dalam proses penahanan.  Adalah diperhatikan bahawa AKDN dipergunakan dalam keadaan dan masa yang tidak pemah difikirkan pada ketika statut ini digubalkan.

Misalnya, sejak kebelakangan ini AKDN telah digunakan atau diugut akan digunakan terhadap mereka yang didakwa telah menyebarkan khabar angin, memalsukan paspot, mengklonkan telefon bimbit, melanggar hak cipta, dsb.
 
Kesemua mereka ini yang didakwa melanggar undang-undang seharusnya didakwa di bawah undang-undang yang sedia ada sepertimana dilakukan dalam beberapa kes tersebut di atas.
 

KESIMPULAN

Kuasa menahan tanpa perbicaraan masih kekal sebagai pengecualian kepada norma sesuatu  masyarakat yang adil, wajar, saksama dan demokratik.  Sepertimana Perdana Menteri kita, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dipetik sebagai berkata pada satu ketika dulu dalam sebuah buku “ ...no one in his right senses likes the ISA.  It is in fact a negation of the principles of democracy."

Dalam masyarakat demokratik seperti Malaysia perkara ini merupakan petanda yang buruk bagi masa depan kedaulatan undang-undang sekiranya undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan berkekalan dalam buku-buku statut kita.
 
Pemansuhan AKDN (dan semua undang-undang, yang membenarkan penahanan tanpa pembicaraan) adalah sangat mustahak bagi kemajuan kedaulatan undang-undang, dan bagi merealisasikan objektif ini sepenuhnya dalam masyaratkat kita.
 

Dato' Dr. Cyrus V. Das
Presiden
Badan Peguam Malaysia