Pawancheek, Zulkifli Noordin: Peguam Anwar lawat Cambridge

Majlis yang dianjurkan Persatuan Pelajar Undang-undang Kolej Wolfson berlangsung selama hampir dua setengah jam. Majlis tersebut dihadiri 50 orang pelajar, separuhnya warga asing. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah seorang pegawai tinggi polis dari Malaysia yang kononnya sedang “berkursus”.  Saudara Pawancheek menerangkan bahawa perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim membawa beberapa implikasi penting terhadap proses undang-undang di Malaysia:

akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Kata Pawancheek secara berseloroh, “Mungkin perbicaraan Anwar ini menyaksikan jumlah para peguam yang paling banyak menghina mahkamah dalam sejarah kehakiman Malaysia.” Pawancheek juga menerangkan bahawa mereka menghadapi masalah sewaktu  mendapatkan khidmat pakar DNA. Saksi pendakwa yang merupakan seorang pekerja kerajaan gagal membuktikan secara saintifik bahawa Anwar melakukan hubungan seks dengan Shamsidar Tahrin (isteri Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri Encik Mohd Azmin Ali). Tetapi pihak peguambela sudah tentu tidak dapat memperolehi khidmat pakar DNA yang bekerja di hospital atau universiti kerajaan  mereka pasti diugut oleh pihak kerajaan.   Pakar DNA yang mereka dapatkan dari England dan Australia tidak diberi tempoh yang cukup untuk mereka membentangkan kes. Pengambilan bukti DNA dari sumber yang sungguh meragukan iaitu tilam dan darah Dato’ Seri Anwar
dipersoalkan kerana polis campur tangan.  Menurut pakar, adalah mustahil terdapat kesan air mani lelaki atau wanita pada tilam yang secara tiba-tiba sahaja muncul dalam perbicaraan Dato’ Seri Anwar. Tidak lain dan tidak bukan bukti pihak pendakwa itu tidak boleh diguna pakai dalam mana-mana mahkamah adil di dunia ini. Pawancheek menerangkan bahawa Perdana Menteri Mahathir Mohamad dengan sewenang-wenangnya telah membuat kenyataan tiga minggu setelah Dato’ Seri Anwar dipecat, bahawa (berbeza daripada rakyat biasa) beliau mempunyai bukti kukuh mengenai salahlaku seksual yang kononnya dilakukan
Anwar Kini, setelah pihak pendakwa meminda tuduhan, telah jelas bahawa tidak ada bukti langsung Dato’ Seri Anwar terlibat dalam perbuatan terkutuk itu. Pihak pendakwa hanya mampu  mendakwa Dato’ Seri Anwar di bawah satu ordinan darurat dan bukannya di bawah undang-undang yang digubal sebagai Akta Parlimen.

Dato’ Seri Anwar sebagai seorang teman, tetapi sanggup memperlakukan beliau sedemikian. Dengan nada bimbang, Pawancheek menerangkan bahawa Anwar setiap  hari minum pagi dengan Perdana Menteri, bersembahyang dengannya, makan dan minum dengannya, tetapi kini beliau dihina sedemikian. Beberapa soalan ditanyakan, antaranya daripada Khairul Anuar Khalid, pelajar peringkat Sarjana bidang Undang-undang di Kolej Girton. Beliau menanyakan kenapa Anwar menyaman akhbar Newsweek dan CNN selain daripada Perdana Menteri untuk saman malu bernilai RM 100 juta. Kata Khairul Anuar,
bukankah Anwar mendapat liputan adil daripada media asing? Mengikut Pawancheek, saman terhadap akhbar tidak boleh dielakkan, kerana mereka menerbitkan kata-kata palsu Perdana Menteri. Selain itu, taktik ini dibuat kerana Newsweek dan CNN boleh disaman di luar Malaysia. Ini memberi peluang kepada peguam Anwar membawa ke muka masyarakat bukti-bukti bahawa Anwar tidak terlibat di dalam salahlaku seksual yang dikatakan oleh Perdana Menteri. Oleh kerana hakim Augustine Paul  melarang bukti ini dipersembahkan di mahkamah Malaysia, maka peguam-peguam Anwar terpaksa mendedahkannya di luar negara.  Kepada soalan yang ditanyakan oleh Fuad Ahmad, pelajar undang-undang di Trinity Hall, yang bertanya mengenai kebebasan kehakiman di Malaysia, Pawancheek enggan melibatkan isu politik. Sungguhpun begitu beliau berpendapat bahawa para penyokong Reformasi akan meminda dan mengolah semula keseluruh Perlembagaan Malaysia yang sudah rosak akibat salahguna Perdana Menteri.  Seorang pelajar Inggeris bertanya apakah kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore menambah atau mengurangkan sokongan rakyat kepada  Anwar. Menurut Pawancheek, pada mulanya sebuah akhbar tempatan cuba terbitkan nama-nama orang yang menetang kenyatan Al Gore tersebut. Tetapi kempen itu hanya bertahan tidak lebih daripada 10 hari. Kata Pawancheek akhbar Harakah kini mencecah 300,000 pembaca sedangkan New Straits Times dan Utusan Malaysia mengalami kejatuhan populariti yang teruk. Zulkifli berkata bahawa dahulu  mungkin rakyat boleh diperbodohkan kononnya ada agen asing yang ingin menakluk negara tetapi kini rakyat Malaysia sudah bijak dan rakyat-rakyat kampung tidak lagi mempercayai media kerajaan.  Seorang pelajar Inggeris yang juga mempunyai darah Malaysia bertanyakan apakah tidak benar bahawa masalah utama di Malaysia ialah kerajaannya terlalu banyak makan rasuah sehingga rakyat tidak dapat keadilan yang seharusnya. Kata Pawancheek dan Zulkifli, memang ini merupakan masalah sebenar. Tetapi hanya rakyat yang  mampu membawa perubahan. Selagi rakyat terus selamba, tidak mungkin nasib mereka berubah.