Surat dari Manjeet Singh Dhillon kepada Tan Sri Mohtar Abdullah

12 October 1998

Tan Sri,

Re: PR lwn Nallakaruppan a/l Solaimalai
KL High Court Criminal Trial No: 45-40-98

Pertama tama harap maaf kerana menulis dalam bahasa Inggeris. Biasanya saya akan mengarahkan kakitangan saya untuk menterjemahkannya ke BM tetapi ada beberapa hal yang memerlukannya di lakukan secara sulit dan persendirian. Salah satu sebab kenapa saya tidak sampaikan surat ini kepada pekerja saya dan mengirim surat ini sendiri.

Tuan tentu ingat bahawa saya telah menulis kepada Tuan pada 1 Oktober 1998 mengenai perkara di atas dengan menyebut kes pendakwaan terhadap Samsuri Welch Abdullah dibawah Akta Senjata Api1960 sebagai perbandingan untuk Tuan meminda ttuduhan terhadap Nallakaruppan dari Internal Security Act 1960 kepada Akta Senjata Api1960.Saya telah menghantar salinan surat tersebut kepada Dato Gani Patail. Saya menantikan jawapan dari Tuan tetapi, seperti mana surat pertama saya bertarikh 17 Ogos1998, saya menerima panggilan telefon dari Dato Gani Patail pada 2 Oktober 1998 mengenai keinginannya untuk menemui saya mengenai suatu hal yang patut disegerakan. Kedua dua orang, En Balwant Singh Sidhu dan saya temui beliau pada3.20ptg . pada 2 Oktober 1998. Tarikh dan masa lawatannya tercatat didalam buku log polis yang diletakkan diluar pejabat Dato Gani di tingkat 17 Bangunan Bank Rakyat.

Saya telah menghadiri pertemuan ini dengan harapan bahawa, berdasarkan pada surat saya bertarikh I Okttober, satu perbincangan akan diadakan mengenai beberapa perenggan di dalam Akta Senjata Api 1960 dengan tujuan meminda tuduhan ISA terhadap Nallakaruppan. Malangnya Dato Gani Patail menggunakan pertemuan tersebut dan soal hukuman mati dibawah Section 57 ISA sebagai bahan tawar-menawar untuk mendapatkan bukti terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.Beliau mempunyai salinan surat saya kepada Tuan. Beliau menunjukkan surat tersebut sambil melambaikannya dan berkata berkali kali, " Ini tidak memadai" dan menyatakan beliau tidak berpuas hati dengan sebarang rayuan meminda kepada Akta Senjata Api malah ia
mengharapkan sesuatu yang lebih berat. Maksud 'lebih' disini menjadi lebih jelas dan kuat kerana Dato Ganitelah menggariskannya secara terperinci:

1. Bahawa Nallakaruppan menghadapi hukuman mati,

2. Terdapat lain lain tuduhan di bawah ISA yang beliau boleh kenakan pada Nallakarupan tetapi jika mereka (pejabat Peguam Negara??) menggantungnya dibawah tuduhan sekarang apa guna lagi menukar tuduhan.

3. Sebagai ganti untuk mengurangkan tuduhan kepada Akta Senjata Api beliau mahukan Nallakarupan bekerjasama dengan mereka dan memberi maklumat mengenai Anwar Ibrahim, khusus mengenai beberapa isteri orang. Dato Gani sering mengubah -ubah jumlah wanita terbabit dan akhirnya menetapkannya kepada lima orang: - tiga isteri orang dan dua bujang

4. Bahawa Nallakaruppan diharapkan memberi keterangan terhadap Anwar mengenai wanita - wanita ini.

Saya amat terkejut kerana Dato Gani berani memberikan cadangan begini. Beliau langsung tidak kenal siapa saya. Saya tidak sanggup dan tidak rela melakukan kerja mewujudkan bukti terhadap SESIAPA pun. walaupun terhadap seorang peminta sedekah yang diangkut dari jalan. Nyawa seseorang, ataupun kebebasannya, bukanlah satu alat untuk mana mana badan pendakwa gunakan seperti barangan tawar menawar. Tidak ada sistem perundangan yang merelakan amalan sebegitu. Inilah satu peras ugut dan paling mendukacitakan saya ialah satu badan bebas yang pernah saya anggotai 25 tahun dulu dan yang banyak meninggalkan kenangan manis kini telah merosot dan tercemar dalam usaha mencari bukti bukti. Menggunakan ancaman hukum mati sebagai cara untuk mendapatkan bukti (yang sememangnya tidak wujud bukti) tidak dapat dimaafkan dan sudah pasti ia juga satu jenayah dan dosa yang amat dahsyat. Samada apa yang beliau inginkan menghalalkan caranya, itu adalah sesuatu yang beliau harus persoalkan dalam dirinya sendiri

Selama 10 hari saya bergelut dengan tindak tanduk Dato Gani.Saya mengenali Tuan selama hampir 26 tahun. Saya tidak fikir Tuan merestui amalan sebegini. Oleh itu surat yang ketiga dan terakhir ini dan keputusan saya untuk memberitahu Tuan tentang apa yang berlaku pad tengahhari 2 Oktober 1998. Sejauh mana berlakunya rasuah di dalam Jabatan Tuan tidak saya ketahui tetapi Tuan perlu menghentikannya.

Nallakaruppan tidak patut di dakwa ISA berdasarkan carta yang saya perturunkan dibawah ini. Butir butir mengenai peluru sebanyak125 butir telah saya jelaskan di dalam dua surat saya yang terdahulu. Dalam surat kedua saya ada menyebut perihal tuduhan tuduhan terhadap Samsuri Welch Abdullah . Saya telah mengkaji dakwaan Akta Senjata Api yang dilakukan oleh Jabatan Tuan selama beberapa tahun lalu tetapi oleh kerana kesuntukan masa saya hanya mampu lakukan bermula dari 1993, satu jangkamasa yang Tuan lalui sebagai Peguam Negara. Saya telah senaraikan mengikut rentetannya kesemua kes kes yang dilaporkan di akhbar akhbar tempatan yang dapat saya perolehi. Apa yang penting pada ketika ini ialah mengambil perhatian bahawa dalam banyak hal yang bersangatan Tuan telah memilih Akta Senjata Api dalam pendakwaan Tuan.
 
 
 Berita Harian 
 26 Ogos 1998 
 [Annexure A]
 Samsuri Welch Abdullah 
 2 pistol - 0.22 calibre & 651 butir 
 peluru (95 12 bore, 128 butirf - 
 0.357 calibre, 376 rounds of 
 9mm calibre, 34 butir - 38/357 
 shotshells dan 18 butir- 0.22 
 calibre 
 Akta Senjata Api1960 untuk peluru dan 2 pistol.
 New Straits Times 
 14 Julai 1998 
 [Annexure B]
Johan Awang Jaafar 
1 Norinco pistol dan 9 butir, tiada 
lesen/tiada permit 
Akta Senjata Api 1960 untuk senjata dan peluru(Increased Penalties) Act 1971 for the pistol
 New Straits Times 
 20 Julai 1998 
 [Annexure  C]
 Leong Chee Keong 
1 pistol, 1 revolver dan 79 butir - 
tiada lesen/tiada permit
Akta Senjata Api1960 funtuk peluru dan senjata (Increased Penalties) Act 1971 for the pistols 
 New Straits Times 
 21 March 1998 
 [Annexure  D]
Low Tian Leong 
1 revolver, 1 pistol, 34 butir peluru .38 peluru dan 58 butir peluru 9mm peluru - all unlicensed/no permits ever issued 
Akta Senjata Api 1960 for the peluru dan Firearms (Increased Penalties) Act 1971 for the revolver dan the pistol
 New Straits Times 
 5  February 1998 
 [Annexure E]
Vincent Teo 
Sale of 5 shotguns to persons 
who had no permits to buy or 
possess such firearms 
Akta Senjata Api 1960. Apakah tuduhan terhadap mereka yang membeli  dan memilikki senjata api  tanpa lesen? 
 New Straits Times 
 17 May 1996 
 [Annexure F] 
 Kiang Nomat & Donald Tuseh 
 Possession of shotguns without 
 license
 Akta Senjata Api 1960, section 8(a) 
 New Straits Times 
 20 April 1996 
 [Annexure G] 
46 firearms surrendered to police to have been improperly obtained 
 
 
 Prosecution? 
 New Straits Times 
 3 April 1996 
 [Annexure H] 
 Vincent Teo Soon Tiong 
 Sale of 23 pistols & 8 shotguns 
 to Datuk Alfred Chin who had no 
 permit to buy them
 Akta Senjata Api 1960
 New Straits Times 
 11  December 1993 
 [Annexure I] 
Peniaga Amerika dengan 124 butir         peluru of .38 peluru  Akta Senjata Api 1960  (section 8) dipertimbangkan 
 The Star 
 18 April 1990 
 [Annexure J] 
 Datuk Ibrahim Johari 
 1 pistol dan 6 butir peluru - 
 licensed but license expired 
  Akta Senjata Api 1960, section 8(a) 
 
Samsuri Welch Abdullah memilikki cukup banyak peluru yang tidak padan dengan pistol miliknya. Pendakwaan terhadap Vincent Teo seperti dalam perenggan ['E' dan 'H'] lebih menarik tumpuan. Beliau terlibat dengan penyeludupan senjata api dan penjualan secara haram lebih 240 pucuk senjata bersama dengan Datuk Alfred Chin (Yang ada ikatan saudara dengan seorang pegawai polis), ini telah dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dalam satu siaran akhbar bertarikh 27 Mei 1996. Begitulah banyaknya senjata, cukup untuk melengkapi satu pasukan kecil tentera. Jika perkara itu hanya dikenakan Akta Senjata Api, maka sudah semesti lah 125 butir peluru yang diperolehi dengan berlesen dimana lesen itu telah tamat sahnya tidak wajar dikenakan ISA.

Ini seterusnya membuatkan kes yang tersenarai diperenggan akhir sebagai kes yang relevan untuk dipertimbangkan. Kes ini ialah dimana permit senjata tersebut telah tamat sah dan tidak diperbaharui. Tuduhan yang dirangka terhadap Datuk Johari dibawah 8(a) adalah kerana gagal membaharui permitnya antara Julai 1983 berakhir 27 Mach 1984 bila mana senjata tersebut
ditemui di tandas Regent Hotel .

Berdasarkan butiran butiran ini saya amat berharap Tuan dapat memberikan perhatian khusus terhadapnya. Berdasarkan fakta fakta yang wujud, dakwaan seperti mana kes Datuk Johari di atas amatlah bersesuaian,didalam merangka tuduhan terhadanya. Sekiranya arah keputusan Tuan memihak kepada saya, hal ini boleh diuruskan dengan segera, mungkin sebelum Deepavali, dengan tujuan menyelesaikan perkara ini dengan segera. Ini memungkin masa yang banyak kepada pihak mahkamah menguruskan tarikh tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan dan menjimat masa semua pihak.

Terima Kasih.

Yang benar

Manjeet Singh Dhillon

terjemahan al katib