MALUNYA MALAYSIA

Kuala Lumpur : Satu pengadilan dan perbicaraan di sebuah mahkamah
sedang dijalankan dihadapan seorang Hakim Mahkamah tinggi yang baru
sahaja dinaikan pangkat untuk mendengar kes Anwar Ibrahim, bekas
Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan.
 
Tetapi pada pembukaan sidang mahkamah tersebut nyata bahawa Perdana
Menteri, Mahathir Mohammad dan masyarakat Malaysia juga turut
dibicarakan.

Walaubagaimanapun, sidang Mahkamah tersebut cuba dibayangi dengan
kesahihan dan keluhuran prosidur mahkamah yang sedia ada sejak zaman
British memerintah sehinggalah kemerdekaan negara pada 1957. Malangnya
beberapa peristiwa telah mencemarkan keluhuran mahkamah tersebut dan
ini tidak dapat diterima dan sesungguhnya memalukan.
 
Anwar Ibrahim yang telah pun dihukum oleh Perdana Menteri sebelum
kesalahan diatas lima tuduhan-tuduhan menyalahguna kuasa dan rasuah
serta lima tuduhan meliwat. Sebelum tuduhan-tuduhan ini dapat didengar
dan diadili di mahkamah, semestinya mangambil sepenuhnya peluang ini
untuk menonjolkan kepada keseluruhan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum bahawa sudah tiada lagi keluhuran di dalam sistem
kehakiman dan perundangan serta kedaulatannya telah pun jelas tercabul.
 
Bagaimanakah pengadilan mahkamah yang sedang berjalan dapat berlaku
adil kepada Anwar Ibrahim apabila Peguam Negara tiba-tiba mengumumkan
pada satu sidang media pada 2 November, 1998 dengan tiada timbangrasa
dan beretika dan sebagai Peguam Negara Mokhtar Abdullah sepatutnya
sangat arif dan bijaksana agar tidak menekan dan mengugut untuk
mengenakan tuduhan-tuduhan baru apabila perbicaraan ke atas lima
pertuduhan yang sedang dijalankan kini selesai kelak !

Bagaimana pula dengan komentar-komentar dan sidang akhbar-sidang
akhbar yang melibatkan Perdana Menteri dan lain-lain orang tertentu
bersifat prejudis mengatakan sekiranya Anwar Ibrahim terhukum maka
Malaysia akan beruntung dan terselamat dan sekiranya kelak keputusan
mahkamah membuat keputusan berpihak kepada Anwar, Malaysia akan rugi
dan terancam.
 
Jelas didalam hakikat perundangan negara, perbuatan Mahathir Mohamad
dan orang-orang ini adalah satu penghinaan kepada mahkamah, kepada
sistem perundangan dan kehakiman serta keseluruhan rakyat Malaysia
yang menghormati Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang
negara sebelum ini. Apakah yang menyebabkan Yang Arif Tuan Hakim
Augustine Paul menolak permohonan peguam-peguam Anwar berhubung
dakwaan bahawa Perdana Menteri telah menghina mahkamah yang mulia
tersebut ? Pada masa yang sama, semua rakyat Malaysia yang waras dan
berakal dapat membuat rumusan berhubung dengan Mahathir Mohamad dan
orang-orangnya sengaja menyampaikan budaya takut kepada masyarakat
Malaysia.

Di ketika yang sama, Yang Arif Tuan Hakim Augustine Paul dengan
lancang menafikan hak dan status pemerhati kepada
permohonan-permohonan yang dibuat oleh Badan-badan seperti NGO dan
wakil-wakil Bangsa-Bangsa Bersatu dengan berkata bahawa,
"Permohonan-permohonan ini sekiranya dibenarkan adalah merupakan satu
Penghinaan kepada Mahkamah dan seolah-olah mahkamah tidak akan berlaku
adil ke atas sidang perbicaraan yang akan dijalankan".

Drama dan babak-babak yang memalukan ini yang telah dilakunkan oleh
Perdana Menteri Malaysia - Mahathir Mohamad, Peguam Negara - Mokhtar
Abdullah dan Yang Arif Tuan Hakim - Augustine Paul tidak akan lengkap
tanpa ungkapan dan kata-kata yang memeranjatkan dan memalukan oleh
Mohammad Said Awang - Bekas Pengarah Cawangan Khas, bahawa dia akan
berbohong sekiranya diarahkan olah pegawai-pegawai atasannya demi bagi
membuktikan bahawa Anwar Ibrahim telah cuba menganggu penyiasatan
polis berhubung dengan dakwaan perlakuan seks diluar tabii oleh Anwar.
 
Jelas, persidangan mahkamah akan berlangsung dengan perlahan termasuk
penyiasatan oleh Pasukan Penyiasat yang diketuai oleh Mohd Zain -
Ketua CID Melaka berhubung dakwaan bahawa Anwar telah ditumbuk dan
disepak dibahagian muka, mata dan tengkok sehingga pengsan semasa
dibawah tahanan ISA oleh Polis dan berkemungkinan berterusan sehingga
tahun hadapan.
 
Ini adalah satu pakatan politik yang pasti akan dibuat oleh pihak
Pendakwa. Soalnya apakah motif disebalik politik pihak pendakwa ini?
Dengan lain perkataan, memang benar dan ujud pakatan jahat dan kotor
diperingkat tertinggi di ketuai oleh Perdana Menteri Malaysia,
Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan dan menamatkan kerjaya politik
Anwar Ibrahim bagi kepentingan peribadi dan kekal berkuasa mutlak
tanpa dicabar pada pemilihan Majlis Tertinggi disidang perwakilan UMNO
1999.

Malunya Malaysia pada hari ini tetap akan terus dimalukan lagi di masa
yang terdekat ini. Negara kita dimalukan kerana perbuatan seorang dari
rakyat yang bergelar Perdana Menteri memalukannya sedemikian rupa
seolah-olah 21 juta penduduk Malaysia telah mengizinkan dan
mengiktiraf segala perbuatan Mahathir untuk melanggar hak asasi
manusia, sistem perundangan dan demokrasi di Malaysia. Ini tentulah
lebih memalukan daripada pakatan jahat dan penyalahgunaan kuasa dan
rasuah oleh Mahathir Mohamad itu sendiri.