SURAT TERBUKA UNTUK KESEMUA ANGGOTA POLIS P.D.R.M

 

8 hb Januari 1999
@ 20 Ramadhan 1419 Hijrah
 

Saudara - saudara sekelian ,

PER : PERLETAKAN JAWATAN KETUA POLIS NEGARA ( KPN ) Ybhg. TAN SRI ABD RAHIM NOOR SERTA IMPLIKASINYA TERHADAP KEADAAN POLITIK SEMASA

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya ungkapan "saudara - saudara" disalah ertikan sebagai tidak mengiktiraf pangkat serta kedudukan anggota serta pegawai PDRM , seterus-nya dianggap menghina institusi PDRM . Sebenarnya bukan niat saya sedemikian , malah jauh sekali .

Saya sebagai anak Melayu Islam juga mempunyai saudara - mara serta kenalan didalam PDRM dan masih menghargai peranan serta pengorbanan PDRM . Tujuan ungkapan tersebut adalah agar penerangan serta peringatan yang akan saya kemukakan berikut dapat diamati , diambil iktibar serta dipertimbangkan dengan hati yang terbuka serta insaf bak nasihat ikhlas dari seorang "saudara" yang amat prihatin kepada "saudara" nya yang sebangsa dan seagama .

Saudara - saudara ku ,

Perletakan jawatan secara mendadak oleh Tan Sri KPN sebenarnya merupakan suatu tamparan hebat keatas PDRM keseluruhannya . Dari segi zahirnya , KPN telah berusaha menyucikan "najis yang terpalit" serta "arang yang diconteng" pada muka institusi PDRM , lantaran kenyataan Tan Sri Peguam Negara ( PN ) baru - baru ini . Namun , kesemuanya telah terlewat ( "too little too late" ) kerana kenyataan PN sendirinya telah memberikan pukulan maut ( "mortal blow" ) kepada kewibawaan , kejujuran serta keutuhan PDRM keseluruhannya , yang sebelumnya terjejas begitu teruk sejak kegawatan politik ini bermula .

Persoalan - persoalan yang wajib ditanyakan secara jujur sekarang pada diri saudara - saudara sekelian ialah :
 

Mungkin KPN benar - benar ikhlas untuk menyelamatkan sisa - sisa maruah PDRM yang begitu tercemar dan beliau sanggup DISABITKAN ke mahkamah . Tetapi fikirkanlah , masakan seseorang yang begitu tinggi kedudukannya sanggup menanggung aib sebegitu hina dengan disabitkan dengan kes JENAYAH ? Keaiban ini bukan sahaja keatas diri beliau secara peribadi , malah akan terpalit kepada kaum KELUARGA serta kerabatnya yang lain .

Tambah lagi , dengan usia lanjut beliau serta rekod kerjaya serta reputasi yang begitu cemerlang sebelum ini ( sebelum timbul kegawatan politik ) . Adakah beliau juga sanggup masuk penjara walau sehari pun bersama gerombolan penjenayah - penjenayah lain dimana ia bukan sahaja memalukan malah menjejaskan keselamatan dirinya ? Saya rasa TIDAK sama sekali .

Kemungkinannya sudah ada tawar - menawar ( "Kow Tim" ) yang diurus oleh Si - Mamak Bendahara Laknatullah bekas penjual teh halia kaki belit , dengan PN didalam menangani kes ini . Mungkin rejim Si - Mamak Bendahara Laknatullah berandaian bahawa dengan "pendedah - an" kes ini oleh PN , serta disusuli oleh perletakan jawatan oleh KPN , maka ianya menjadi bukti "kununnya" rejim ini telus lagi adil . Juga ianya dapat meredakan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu . Dengan itu memadai sahaja KPN menjadi sapi sembelihan tanpa perlu disabitkan serta kes ini "dipendamkan" begitu sahaja tanpa penentuan hakiki .

"..Aaah jangan takutlah Tan Sri , orang Melayu kita ini marah kejap sahaja....You letak jawatan , mereka akan anggap that You dah minta maaf....cukuplah..lebih - lebih lagi la ni bulan puasa dan dah nak Raya...they all in a forgiving and festive moodlah....this is enough what...no need trial ...your record is still clean one...once everything is quiet and the old goat is convicted .. senanglah ...after this we "take care" of you.." Mungkin janji dari Si - Mamak Bendahara Laknatullah sebeginilah yang di"gula-gula"kan kepada KPN .

Jika sedemikian , maka amatlah malang sekali jika KPN serta PDRM termakan janji Si - Mamak Bendahara Laknatullah , yang tidak berasas lagi meleset ini . Cuba saudara sendiri "turun padang" ( tanpa seragam ) atau risik sahaja rakan - rakan di jabatan Siput Khinzir ( SB ) durjana itu , tanyakan apakah sentimen SEBENAR rakyat sekarang , khususnya orang Melayu ?

Rata - rata mereka tambah MELUAT , JIJIK lagi BENCI kepada rejim sekarang serta PDRM yang dianggap tidak lebih sebagai "anjing salak" kepada Si - Mamak Bendahara Laknatullah . PDRM bukan lagi penaung yang mampu melindungi keselamatan serta hak rakyat . Malah bagi orang Melayu , sejak peristiwa Kg Baru , PDRM tidak lagi boleh diharapkan , malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa PDRM kini adalah PETUALANG kepada orang Melayu . Selami dan tanyalah sendiri dan jangan hanya bersandarkan berita dongeng TV 3 , UTUSAN dsb .

Justeru itu , TIDAK mungkin rakyat khususnya orang Melayu , akan melupakan jauh sekali memaafkan sesiapa tanpa pengadilan hakiki , tidak kira puasa atau raya sekalipun . Ini adalah kerana kes ini adalah suatu perbuatan DURJANA LAGI BACUL kerana memukul tanpa belas kasihan orang yang tidak berdosa lagi tinggi kewibawaannya seperti YAB Datuk Sri Anwar Ibrahim ( DSAI ), sedangkan keadaan matanya ditutup serta tangannya bergari . Perbuatan ini lebih hina dari samseng brensek serta kutu berahak jalanan kerana sekurang - kurangnya didalam kes mereka , mangsa masih mampu melihat si pemukulnya dan berupaya untuk cuba mempertahankan diri ( tangan tidak digari ) .

Tambah lagi , didalam bulan Ramadhan yang mulia ini , keinsafan serta iltizam umat Islam Melayu semakin menebal sementara api kemarahan serta kebencian mereka makin menjulang . Justeru itu , rejim Si - Mamak Bendahara Laknatullah ini samada secara rela atau sebaliknya , lambat laun akan terpaksa membawa kes ini ke pengadilan hakiki dengan individu tertentu mesti diSABITKAN , demi meredakan ledakan kemarahan rakyat .

Seterusnya , ini membawa kepada persoalan berikutnya , jika KPN tidak disabit , maka siapa pula dikalangan PDRM yang rela jadi "PAK SANGGUPNYA" ? Bagi hal ini , saya harap bakal - bakal "pak sanggup" ini menimbangkan dahulu pejelasan berikut .

Apakah TAWARAN yang disediakan ? WANG ? Pangkat didalam jabatan atau dunia KEPARAT , maaf korporat ( seperti Azizan si kembiri tidak bermoral itu dari drebar jadi pengarah ), tidak mungkin , kerana masakan bekas banduan boleh memegang jawatan sedemikian .

Ya , besar kemungkinan WANG dan "...jangan takut...we take care of your family while you take a deserved break in Sg Buloh "country resort" ( jail )....kejap saja.....paling lama few months only....after that you can enjoy all the money...you nak pasang lagi satu ke..nak artis no problem , my wife can help....she kan kenal all artiste....kereta baru ke ...bisnes baru ke...semua BOLEH...tambah lagi , ini pengorbanan untuk negara tau !..".

Tapi AWAS saudara !! Sebelum menerima bisikan syaitan agen Si - Mamak Bendahara Laknatullah ini , fikirkanlah , SIAPA yang membuat tawaran ini ? Adakah Si - Mamak Bendahara Laknatullah sendiri atau balucinya sahaja ( takkanlah Si - Mamak Bendahara Laknatullah mahu "mengotorkan" tangannya dengan membuat "perjanjian" ini ) , Jika Si - Mamak Bendahara Laknatullah sendiri sekalipun yang menjanjikannya , tanyalah diri dahulu samada janji dari mamak pembelit ini , a confirmed pathological liar , boleh diTERIMAPAKAI ?

Kalau dia sendiri tidak boleh mengotakan janji - janjinya kepada DSAI yang sebelum ini amat rapat serta setia kepadanya selama 16 tahun ( sejak DSAI masuk UMNO tahun 1982 ) , masakan pula kepada pegawai PDRM yang jauh lagi rendah pangkatnya dan langsung tidak dikenalinya ? Apakah Si - Mamak Bendahara Laknatullah ini akan kekal BERKUASA ( bagi memastikan "janji" laknat ini dikotakan ) semasa anda "bercuti" di Sg . Buloh ?

Adakah tidak mungkin Si - Mamak Bendahara Laknatullah dan juak - juaknya HILANG kuasa dan terjepit dengan kemelut peribadinya sendiri memandangkan sentimen kebencian rakyat , peningkatan pengaruh parti pembangkang serta ekonomi yang semakin merudum ? ( jangan lihat "KLSE Index" dan kempen jual rumah sahaja , lihat MBf Finance yang terpaksa diambil - alih oleh Bank Negara serta Renong , RHB dll. yang terpaksa di"bailout" , inilah tanda - tanda sebenar yang ekonomi sebenarnya masih merudum )

Jika agen Si - Mamak Bendahara Laknatullah ini GAGAL mengotakan janji mereka untuk menjaga keluarga tersayang saudara semasa "percutian" ini apakah yang mampu saudara lakukan ? Hendak SAMAN tidak mungkin . Ini perjanjian laknat tanpa dokumen . Tambah lagi , seluruh institusi kehakiman dibawah telunjuknya , kalau saman pun pasti gagal dan silap haribulan , kes lain akan "dikonspirasikan" keatas saudara .

"...Aaah no problem one ...we give you advance...half now...baki bila you keluar nanti..." mungkin ditawarkan . Tetapi tanyalah diri dahulu , dengan wang sekalipun , adakah saudara rela isteri , anak - anak serta keluarga tersayang menanggung AIB serta CEMUHAN masyarakat . Lambat laun orang tetap akan berkata "...haa itulah si pulan ...isteri / anak / emak / bapa kepada polis bernama....yang pukul Anwar tu...tak malulah pukul orang ... bergari dan mata tertutup ..hampir separuh mati pulak tu dikerjakannya...nampak "glamour" sikit sekarang...alah.. entah - entah dapat duit haram pukul Anwar...apa nak heran..orang tak tahu malu...baka pun jenis gitu.." . Saudara mungkin merasakan imbuhan ini berbaloi tetapi adakah ianya berbaloi bagi anak isteri dan keluarga yang tidak berdosa , menanggung aib sedemikian , semata - mata kerana kegolojohan saudara untuk menerima habuan singkat ?

Adakah saudara mengharapkan mereka untuk berkata "...sebenarnya bapak / suami / anak aku tak jahat...dia sebenarnya patriot negara atau..dia sebenarnya tak buat kerja itu..." setiap kali dicemuh ? Takkanlah saudara sanggup meninggalkan negara ( untuk mengelak cemuhan ) kerana saudara ( jika orang Melayu ) tiada lagi tanahair selain dari Malaysia tercinta ini .

Apakah KESELAMATAN saudara terjamin didalam tahanan ? "...takkanlah mereka nak apa - apakan aku..?" Kenapa tidak ? Saudara adalah hanya "alat" didalam percaturan politik jijik Si - Mamak Bendahara Laknatullah , yang boleh diperguna atau dilupuskan sewenang - wenang -nya mengikut mereka . Ingat , jika rejim Si - Mamak Bendahara Laknatullah sanggup meng - hantar orang tidak berdosa ( Datuk dan hartawan pula ) ke tali gantung dengan menokok tambah bukti , semata - mata untuk memusnahkan DSAI , apa pula kepada saudara . Tambah lagi , saudara mempunyai "info" yang mampu memecah tembelang mereka .
 
Berwaspadalah kerana ini adalah Si - Mamak Bendahara Laknatullah yang "serba BOLEH" sifatnya . Senyumannya sebenarnya menjanjikan "tikaman" pedih dan tanggisannya ala Sivaji Ganesan tidak lebih dari tuba berbisa untuk disapu pada tusukan tersebut . Tanya sendiri kepada DSAI jika saudara berkesempatan .

Saudara harus renungi iktibar sebenar dari peristiwa KPN ini secara keseluruhannya . Jelas sekali KPN , PDRM serta seluruh institusi perundangan dan jentera kerajaan DIPERKUDA -KAN semata - mata untuk mencerna serta melaksanakan agenda keji lagi zalim rejim Si - Mamak Bendahara Laknatullah .

"..Ah ! Ini tak betul !!...kan Anwar tu agen Amerika , barua Yahudi..peluk Camdessus...layanan permaidani merah , dsb....Betul cakap Mahathir , kalau dia naik besok....habislah kita orang Melayu DIJAJAH semula..Jadi walaupun tindakan kita nampak zalim ( mengadakan tuduhan , memukul saudara sebangsa segama , memfitnah dsb. ) tapi ini semua terpaksa kita buat...demi menyelamatkan negara...kita sebenarnya patriot agama dan bangsa...jadi you all jangan risau.." Ditambah lagi dengan "fatwa" ulamak - ulamak fasik rejim seperti Hamid Othman , Yusof Noor , dll. membayangkan "..di zaman khalifah Abu Bakar Assidik pun ..masa dia lawan nabi palsu..banyak juga orang Islam ( "kununnya" mengikut nabi palsu ini ) dibunuhnya...memang nampak zalim ketika itu...tapi terpaksa..jadi hukumnya harus....Anwar pula ni kira samalah seperti Nabi palsu tu...luar nampak alim ...tapi kawan dengan seteru agama / bangsa....tuhan pun faham...mesti redha...." . Mungkin mesej - mesej ini dicanangkan kepada saudara semasa memulakan misi keji ini .

Cuba saudara renungkan secara rasional penjelasan berikut . Pertamanya , apakah takrif PENJAJAHAN ( colonisation ) ? Kerana istilah ini kerap digunakan oleh Si - Mamak Bendahara Laknatullah ditujukan kepada "orang putih" maka saya akan gunakan definasi "orang putih" yang kemudian saya terjemahkan kedalam bahasa Melayu . Collin’s Dictionary menakrifkannya sebagai "...POLICY and PRACTICE of a POWER in extending CONTROL over weaker PEOPLE or AREAS.." Diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu , ini bermaksud "... DASAR serta AMALAN sesebuah KUASA didalam melebarkan PENGUASAANNYA keatas RAKYAT atau KAWASAN yang lebih lemah .

Komponen - komponen utama takrif ini melibatkan aspek KUASA , DASAR , AMALAN , PENGUASAAN serta RAKYAT . Perhatikan jua bahawa soal BANGSA atau NEGARA tidak timbul didalam menakrifkan sesuatu bentuk penjajahan . Lanjutan daripada kesan penjajahan ini , sesuatu RAKYAT / BANGSA akan HILANG hak serta kebebasannya untuk menentukan halatuju serta PEMERINTAHAN mereka sendiri . Isu ini boleh dikupas berlembar - lembar panjangnya , tetapi kerana kesuntukan masa serta ruang , maka saya menjuruskannya kepada orang yang mencanangkan propaganda ini , iaitu Si - Mamak Bendahara Laknatullah , Mahathir , sendiri .

Mahathir mempunyai KUASA mutlak di negara ini , melalui helah liciknya , beliau telah berjaya menjadikan kesemua cabang kekuasaan ( RAJA , PERUNDANGAN serta EKSEKUTIF ) negara dibawah telunjuknya . TIADA siapa yang boleh mempersoalkan keputusannya . Beliau bukan maksum , ditambah pula cetek amal agamanya , maka kekuasaan mutlak ini telah disalahgunakan untuk memperkayakan sanak - saudara serta juak - juaknya melalui projek - projek mega ( yang kebanyakannya dipersoalkan nilai daya maju ekonominya ).

Ini menyebabkan pengagihan modal yang tidak efisyen / menguntungkan ( capital maldistribution ) seterusnya melemahkan struktur asas ekonomi kita melalui pembentukan suatu sistem ekonomi "buih" .( creation of a "bubble" and not a real / fundamental economy ) . Kelemahan inilah , yang berpunca dari kesilapan Mahathir sendiri , yang telah DIEKSPLOITASI oleh SPEKULATOR matawang untuk membuat untung kilat seterusnya meranapkan ekonomi kita . Ya , spekulator memusnahkan ekonomi kita , tetapi MAHATHIR sendiri harus memikul SEBAHAGIAN daripada beban kesalahan ini yang berpunca daripada kesilapannya sendiri yang membolehkan ekonomi kita dieksploitasi mudah oleh spekulator .

Usaha beliau untuk menyalahkan orang luar , sebagai bertanggungjawab sepenuhnya didalam krisis ini hanyalah sebagai helah untuk menutup kelemahannya sendiri . Saudara tanyalah sendiri pakar ekonomi tulen ( yang tiada kepentingan politik atau syarikat juak ) di dalam dan luar negeri dan bukan "pak angguk" dari DPMM mahupun MTEN .

DSAI telah berbalah dengannya didalam hal ini . Disamping itu , DSAI telah kerap meng-halang usahanya "menyelamatkan" syarikat kepentingan anak - anak serta juak - juaknya yang teruk terjejas . Lantaran itu , beliau telah tekad untuk menyingkirkan DSAI walau apa cara sekalipun .

Persoalannya ialah bukan samada betul atau tidak dasar DSAI , tetapi penyingkirannya harus dibuat secara tertib dan menurut perlembagaan . Benar , Mahathir berhak menyingkirkan DSAI dari jawatan kabinetnya . Tetapi yang amat menyedih lagi dipersoalkan ialah cara Mahathir mengaib serta menindas DSAI dengan pelbagai tohmahan , yang suatu ketika dahulu beliau sendiri ( serta rakyat umum yang berfikiran rasional ) dahulunya menolaknya sebagai "tuduhan liar berniat jahat" . Tambah lagi , didalam parti , DSAI telah dipilih oleh perwakilan partinya dan rakyat . Justeru itu , maka sewajarnyalah PERWAKILAN partilah yang menyingkirkannya dan bukan kelompok MT yang dikuasai oleh juak - juaknya .

Didalam usahanya membinasakan kerjaya politik DSAI , beliau tidak malu atau takut kepada tuntutan hukum agama , menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk PDRM , bagi mengada - adakan pelbagai tuduhan terhadap DSAI . Jika benar DSAI tidak layak sekalipun , ini adalah masalah POLITIK yang mesti diselesaikan secara politik juga , iaitu melalui mandat ahli parti serta rakyat dan bukan melalui penyalahgunaan jentera perundangan negara .

Melalui KUASA mutlaknya , suatu usaha jijik yang diluar batas tatasusila , agama serta perlembagaan , telah digiatkan untuk membinasakan sebarang bentuk penentangan terhadap - nya bagi tujuan melebar serta mengukuhkan PENGUASAANnya keatas RAKYAT negara sendiri . Jelaslah disini , bahawa Si - Mamak Bendahara Laknatullah yang MENJAJAH bangsanya sendiri . Rakyat tidak lagi mempunyai HAK serta kebebasan menentukan kepimpinan serta halatujunya sendiri . Sebarang usaha kearah sedemikian akan segera dilabel sebagai mengancam negara , subversif dan di"senyapkan" dengan I.S.A .

Berbalik kepada DSAI yang di"jembalang"kan oleh Mahathir sebagai agen penjajah , DSAI mempunyai agenda yang jelas didalam tatacara pentadbiran negara . Beliau mendokong sistem kehakiman serta penguatkuasaan undang - undang yang bebas , efisyen lagi telus . Beliau menentang sebarang bentuk penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa . Melalui konsep masyarakat madaninya , rakyat diberi lebih ruang serta hak untuk membahas serta bertindak terhadap sebarang kepincangan pihak eksekutif .

Pokoknya , dibawah DSAI sendiri , segala KUASA MUTLAK ala zaman Si - Mamak Bendahara Laknatullah akan dilupuskan . Adakah logik pemimpin sedemikian murni wawasannya diselar sebagai PENJAJAH jauh sekali AGEN PENJAJAH ? Jika sekalipun beliau seorang agen penjajah , bukankan KUASA RAKYAT ( yang lebih bermakna dibawah dasar masyarakat madaninya ) serta segala SISTEM KEKUASAAN ( perundangan dan raja yang lebih berautonomi berbanding dengan dasar Mahathir sekarang ) negara yang ada kelak , akan lebih dari mampu untuk menyingkirkannya ( jika benar beliau berbuat demikian ) dan menhalang penjajahan baru ini ?

Kenapakah DSAI rela membuat reformasi politik sedemikian ? Ini adalah kerana beliau sedar beliau bukan maksum dan tidak sunyi dari cacat - cela seperti insan lain juga . Justeru itu , beliau telah menyerahkan kepada RAKYAT dan PERLEMBAGAAN negara sendiri untuk mengawasi serta mengadili kepimpinan beliau . Adakah ini suatu sifat penjajah mahupun agen penjajah ? Bandingkannya dengan dengan Si - Mamak Bendahara Laknatullah yang jelas hanya bertekad mengekalkan PENGUASAANNYA dengan apacara sekalipun termasuk memperkudakan keseluruhan jentera kerajaan serta sistem kekuasaan negara .

Tambah lagi , didalam mendokong agenda kejinya itu , Si - Mamak Bendahara Laknatullah secara tidak langsung telah melahirkan hakim - hakim , pentadbir serta penguatkuasa perundangan yang KORUP lagi jelek hemahnya . Bukankah penghakisan kewibawaan pentadbiran perundangan ini ( yang rata - ratanya dipimpin oleh orang Melayu sendiri ) secara tidak langsung MELEMAHKAN ketuanan Melayu ? Si - Mamak Bendahara Laknatullah juga sedang berusaha "menjajah" fikiran bangsanya sendiri agar menerima "demokrasi ala masala malabar" nya yang sesat lagi terpesong nilainya itu . Ini adalah dakyah songsang ciptaan Si - Mamak Bendahara Laknatullah .

Justeru itu , saudara fikirkanlah secara rasional :

Justeru itu bagi PDRM untuk MENYAMAK kehormatannya , renungi serta fikirkanlah jawaban utuk persoalan diatas . Tepuk dada tanya iman , tanya aqal !!

Renungi dan amatilah pada hari Jumaat dibulan yang mulia ini . Dirikanlah solat fardhu serta sunat termasuk istiharah , beriktikaflah dahulu di masjid Bukit Aman yang tersergam indah itu . Saudara sendiri akan ketahui jawabannya serta tindakan yang semestinya diambil , ber - landaskan tuntutan jiwa yang bersih ( bukan disogok dongengan propaganda tuli Si - Mamak Bendahara Laknatullah ).

Amati serta fikirkanlah dengan penuh kejujuran serta keinsafan tatkala saudara membelai anak dan mereka yang tersayang setiap kali pulang ke rumah . Renungi mata anak - anak yang tidak berdosa itu dan tanya diri saudara , adakah rezeki yang kubawa ini halal ? Adakah kerja yang aku lakukan semalam serta hari ini mampu mencernakan masa depan yang cerah bagi mereka ? Atau aku hanyalah salah satu daripada berbiji "buah catur" didalam permainan keji Si - Mamak Bendahara Laknatullah yang hanya akan menjahanamkan masa depan bangsa dan agamaku sendiri , termasuk anak - anakku ini ?

Sekian , terima kasih .

HAMBA ALLAH.