KPN RAHIM NOOR DIPECAT KERANA SEKSA ANWAR

PM Mahathir Mohamed telah dimaklumkan mengenai laporan penyiasatan terhadap
dakwaan  Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beliau diseksa semasa dalam tahanan polis.
Laporan tersebut juga menyebut bahawa KPN Tan Sri Rahim Noor sendiri yang
bertanggungjawab menyeksa Anwar.

Oleh yang demikian, PM terpaksa membuat pilihan samada untuk memecat KPN
atau mencari "scapegoat". Pilihan "scapegoat" agak sukar kerana lambat laun
rahsia ini akan diketahui umum.

Disebabkan kesalahan KPN itu amat serius dan boleh menjejaskan strategi dan
reputasi PM dalam menangani kes Anwar, maka PM tidak punya pilihan lain
kecuali memecat KPN. Pada jangkaan PM, pemecatan tersebut diharap dapat
memberi "milleage" kerana sikapnya yang "telus" dan mengikut procedure
yang betul.

Menurut sumber daripada pejabat PM sendiri keputusan untuk memecat telah
dibuat oleh PM pada 9 Oktober dan akan memaklumkan samada pada 10 Oktober
atau 12 Oktober.

Walau apapun keputusan PM, kami rakyat sudah amat mengenali beliau.
Tak usah nak berstrategi lagi. Bagi kami satu PIG (Police Inspector General)
pergi...sepuluh seperti dia boleh dibeli oleh PM

Walaubagaimana pun kalau jadi dipecat kami ucapkan selamat bersara serta dilaknati Tuhan