Untuk pengetahuan anda semua semasa DS Anwar dan Ruslan Kassim
ditahan. Mereka dibawa menaiki kenderaan pertama dan ditukar pula
kenderaan kedua memisahkan dengan keluarga DS Anwar.
Dipertengahan jalan ditukar sekali lagi dengan memisahkan ds anwar
dan ruslan kassim menaiki kenderaan yang berlainan. semasa pertukaran berlaku
ruslan kassim telah ditendang bertubi tubi oleh 2 orang anggota polis.
Kemudian ditumbuk
Dibahagian depan belakang kepala sambil menjerit "haa ni dia polis
israil" sehingga tersandar di dinding trak.
Kemudian ruslan diheret dan terus menendang ruslan merangkak masuk
kedalam trak. setelah sampai kedistinasi sekali lagi ruslan dibelasah 3
suku nyawa. kejadian ini telah diketahui oleh pehak askar lalu diminta
kpn menjelaskan kejadian ini tetapi mereka enggan alasannya beliau masih
didalam siasatan.
Untuk pengetahuan umum kpn tidak berani menunjukkan kepada kita keadaan
Ruslan yang sekarang ini dalam keadaan tenat. mari kita ramai ramai pada
hari ini mencabar pehak polis mengesahkan keadaan ruslan yang sebenar.
Pada hari jumaat yang lalu kpn mengadakan taklimat kepada pegawai-pegawai
askar dan ketua ketua pengarah. taklimat itu disampaikan oleh kpn sendiri.
Malangnya taklimat tak ubah seperti berita didalam utusan. Sebilangan
besar yang hadir tidak dapat menerima kerana kata mereka sangat longgar
dan mengelirukan.
Oleh kerana yang hadir menunjuk rasa tidak puas hati lalu kpn mengambil
keputusan menghantar sepasukan penyiasatdari bukit aman menggelidah mindeff
mencari maklumat reformasi pada hari sekali lagi polis telah mencabar kewibawaan
polis army.
Kononnya pihak askar tidak cekap mengendalikan penyiasatan. kpn tidak
lagi memberi kepercayaan kepada ketua turus angkatan tentera dan pegawai
pegawai tinggi army teruma sekali pasukan komando yang rela mati
mempertahan ugama islam dari dipermain mainkan.
KPN rasa amat tertekan dan bimbang kerana pegawai askar lebih kuat
keimanan mereka, disiplin yang tinggi dan berjiwa rakyat. sesungguhnya
tidak ada pegawai pegawai yang berani menerima rasuah atau boleh dipergunakan
untuk kepentingan orang orang tertentu.
Ramai guru guru agama yang bijaksana tidak dibenarkan memberi ceramah
didalam tv. inilah yang digeruni olih mahathir mohamed putty ( nama sebenar)
dan rahim. askar akan mengambil alih pemerintahan sekiranya pm tidak dapat
menyelesaikan kes ini pada bulan depan.
Komando juga akan bertindak memaksa pm meletak jawatan sekiranya anwar
tidak dibebaskan. sama samalah kita berdoa semoga ruslan kassim dan sahabat
sahabat kita yang lain dilindungi allah dan mendapat pembelaan. sebagai
lanjutan kita bergerak mempertahankan keadilan disini saya menyeru kepada
semua penyokong ds anwar ibrahim
Mengambil bahagian memberi sumbangan dengan fotostat risalah yang dirasakan
perlu sebanyak rm 2 hingga rm5 dan poskan kepada sahabat kita yang berada
jauh dikampong. semoga dengan sokongan mereka kita akan bertambah
kuat.
Pukul 3.00 ptg tadi saya ada mendapat borang keluar dari menjadi ahli
umno beramai ramai yang diedarkan
Oleh penyokong ds anwar diperkarangan masjid kampong baru kandungan
borang itu meminta kita semua mengisi nama dan nombor keahlian serta lain
lain maklumat brtujuan untuk keluar beramai ramai dari pertubuhan
UMNO. Borang itu juga akan diserahkan pada hari dan masa yang ditetapkan
secara serantak diseluruh Malaysia pada pandangan saya, adalah amat bertepatan
kita.
Sama sama keluar dari ahli umno sehingga ds anwar dibebaskan diberikan
keadilan dan jawatan asal beliau. Kita tidak mahu lagi tipu dan diperbodoh
bodohkan olih pemimpin yang tidak bolih dikawal lagi kejahatan mereka.
Perhimpunan pemuda dibukit jalil Hishamuddin telah mengarahkan proksi
proksi beliau mencetak risalah yang kononnya risalah itu meminta penyokong
anwar pergi beramai ramai bertujuan '''''''' booooo penyokong pm.
tetapi tujuan sebenar risalah itu dikeluarkan untuk mengumpul lebih
ramai orang. Kerana mereka bimbang kedatangan pemuda tidak seperti yang
dijangkakan. Sama samalah kita tunggu arahan pergerakan reformasi.
Yes, the question is, WHAT has happened to RUSLAN KASSIM? He is a diabetic
and if not allowed medication or medical treatment could be in imminent
danger (other than the imminent danger to his person of knocking into the
door, slamming himself onto the wall and falling onto the floor).