KALAU MAHATHIR MATI
Kalau Mahathir mati, esok
Mari kita beramai-ramai
Kalau boleh 20.20 juta rakyat Malaysia
Sama-sama tanam mayat Mahathir di Stadium Nasional, atau
Di pintu terminal Bunga Raya di KLIA, atau
Di taman bunga KLCC
Kita junjung mayatnya di Seri Perdana
Kita arak dan laungkan slogan
"Hidup Mahathir! Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!
Sebab
Mahathir tak mungkin mati
Mahathir tak mungkin pudar
Mahathir tak mungkin layot
Mahathir tak mungkin pupus
Kalau pun mati, hanya nyawanya berpisah dari jasad
Mahathir tak akan mati
Mahathir akan terus hidup
"Hidup Mahathir!, Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!
Mahathir tak akan mati
Sebab "perjuangannya yang belum selesai……"
Wawasan 2020 masih belum tercapai
Projek Bakun masih belum tergapai
Project MSC masih belum sampai
Projek Perwaja masih belum selesai
Projek anak-anaknya baru merantai…
 
Mahathir tak akan mati
Sebab jika Mahathir mati, esok
Kepada siapa Mirzan nak mengadu?
Kepada siapa Mokhzani nak merayu?
Kepada siapa Mukhriz nak menyudu?
Kepada siapa Marina nak menyumbu?
Dan, lebih penting lagi
Ke mana Daim nak bergayut?
Ke mana Rahim Tambi "Kecik" nak bernaung?
Ke mana Sabarudin Cik nak melompat?
Ke mana Isa Samad nak menenggek?
Ke mana Sanusi Junid nak merapu?
Ke mana Ghaffar Baba nak meminta dibayarkan hutang?
Mahathir tak akan mati!
"Hidup Mahathir! Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!
Kalau Mahathir mati, esok
Kubur Mahathir belum tentu selamat
Jenazahnya belum tentu tenteram
Batu nisannya belum tentu tertanam
 
Sebab,
Anwar Ibrahim dan reformasi akan datang
Di mana bukti ukhrawi akan fitnah-fitnah yang dilemparkan?
Di mana kesahihan siasatan Rahim Noor (kau juga akan mati)?
Di mana ketelusan dakwaan Moktar Abdullah?
Di mana kebenaran para pelacur yang di upah?
Di man a keadilan? Di mana kebenaran?
Di mana di mana di mana kau Mahathir?
 
Sebab,
Malaikat akan menunggu Mahathir di kubur
Sebab Hari Kiamat pasti diadakan semula perbicaraan yang maha adil
Mahathir tak akan mati!
Kalau Mahathir mati, esok
Kuburnya akan digali pendokong reformasi
Mayatnya akan dikerumuni
Kain kapannya akan dikoyak-koyakkan
Kalau Mahathir mati, esok
Sediakanlah polis dan tentera
Halang siapa sahaja untuk mengunjungi mayatnya
Kecuali Hasmah dan anak-anak
Dan Daim serta konco-konconya
Kalau Mahathir mati, esok
Pastikan wahai Rahim Nor polis berkawal
Sampai kiamat di kubur Mahathir
Agar tidak siapa pun dapat menyokong dan
Kencing di nisan yang bernama:
Mahathir anak lelaki Mohammad Iskandar Kutti!