Lanjutan Cerita Tragedi TS Yahaya.

Begitulah kejamnya manusia.  Sanggup membunuh untuk memenuhi nafsu mereka.

Lihat saja Lim Guan Eng and gadis "15 tahun" dan neneknya merana akibat seorang pemimpin yang ingin memuaskan nafsunya sahaja.

Dan bukan itu sahaja - pembunuh, perompak, perogol yang bergelar TS/Datuk dan berpangkat Menteri, Menteri Besar, ADUN, EXCO dsbnya bebas dan masih berani meneruskan kerja jahat mereka tanpa apa-apa rasa takut kerana dibela oleh ketua No. 1 mereka.

Anwar yang hendak di bunuh - isteri Yahaya yang menjadi mangsa.  Pada asalnya memang Yahaya dan pilotnya sudah dari awal digolongkan sebagai mangsa bersama Anwar.

Allah Maha Esa dan nyawa Anwar masih panjang (dengan izin Allah) - beliau selamat.  Tetapi buat masa ini terpaksa merana difitnah dan
dipenjarakan.

Tahukah saudara/i, bahawa cerita yang direka pada asalnya (dan akan digunakan sebagai back-up) ialah Puan Sri Rohana yang menembak TS Yahaya di dalam helikopter tersebut dan terus mengakibatkan pesawat tersebut jatuh.  Kalau tidak percaya - tanya mana-mana kakitangan di Kementerian Pengangkutan.  Saya mendengar sendiri dari mulut orang-orang di sana.  Tambah setengah mereka lagi, bahawa Menteri sendiri ada simpan rakaman perbualan apa yang berlaku di atas.  Kononnya dia (kakitangan yang ditemui) percaya dan yakin apa yang berlaku kerana ada bukti kukuh.

Soalannya ialah - macam mana mereka tahu apa yang berlaku di udara.

Pesawat tersebut tidak dilengkapi dengan flight data recorder (black box).  Dan kalau ada orang merakam dengan perakam suara sudah pasti cair bersama dengan jenazah ketiga-tiga yang langsung tidak dikenali.

Kalaulah bukan dari peti rakaman pesawat - macam mana lagi dapat mereka tahu apa yang berlaku di udara.  Kecuali mereka bermimpi bahawa roh-roh (hantu?) mereka yang pergi tersebut yang memberi tahu apa yang berlaku.

Wah! boleh bercakap dengan hantu ke?  Sejak bila pulak mimpi dan alam hantu raya boleh diguna sebagai bukti?

Dan kalau betullah itu yang berlaku - kenapa perlu digunakan alasan lain yang bahawa TS Yahaya yang memandu?  Bukankah teori TS Yahaya yang memandu tidak boleh dipakai kerana ada saksi yang lihat beliau naik pintu penumpang dan bukan pintu co-pilot?

Akan saya sambung lagi cerita ini InshaAllah.

Untuk renungan terakhir - ingatkah saudara kisah beberapa ratus penumpang yang tidak bersalah mati bersama letupan pesawat MAS di
Tanjung Kupang Johor angkara seorang ahli politik (Menteri?).  Apakah laporan siasatannya?