UCAPAN TIADA KRONISME & NEPOTISME DI MALAYSIA : MAHATHIR MEMPERBODOH-KAN RAKYAT MALAYSIA

Buat diktator nyanyuk Mahathir yang maha zalim lagi maha temberang :

".................................................*
Kalau tak tahu menari,
Jangan kata tanah tinggi rendah,
Wahai Mahathir yang tak sedar diri,
Janganlah mamak bendahara cepat melatah ,
Kalau tak tahu mentadbir negeri,
Jangan dikata orang luar bikin susah !!"

[ * Diharap dapat dilengkap / ubahsuaikan oleh pakar bahasa & budaya  gagasan reformasi tatkala kempen kelak , kerana penulis serba "kurang" didalam bidang ini ]

Umum sudah maklum & makin mual dengan kerakusan kroninya seperti Daim , Halim Saad , Ananda Krishnan , Lee Kim Yew dll. Ini termasuk gelagat temahak anak - anaknya seperti Mirzan , Mokhzani serta Mukhriz .

Tatkala ekonomi mewah dahulu , golongan inilah yang telah begitu rakus melahap segala peluang perniagaan, terutamanya di dalam sektor - sektor strategik negara seperti pembinaan prasarana , pengangkutan , perbankan , telekomunikasi & multimedia dll.

Penglibatan mereka didalam projek - projek penswastaan , pemberian monopoli serta bantuan "pinjaman mudah" yang diperolehi dari dana awam seperti EPF , Khazanah Nasional dll., sudah menjadi umpatan sumbang umum. Kesemua habuan ini diperolehi "kununnya" untuk memenuhi matlamat DEB bagi meramaikan pemimpin korporat Melayu , serta Dasar Pembangunan Kebangsaan ( DPK ) yang meng-gantikan DEB tersebut .

Semasa zaman mewah dahulu , mereka ini langsung tidak pernah menunjukkan keikhlasan untuk membantu golongan kebanyakan, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah serta sebangsa & seagama . Projek - projek bermatlamat sedemikian yang diusahakan oleh pelbagai badan amanah ikhtiar seperti YPEIM , AIM dll yang dipelopori oleh DSAI telah diperleceh & tidak diendahkan oleh mereka.

Jutawan perumahan kroninya seperti Lee Kim Yew ( Country Heights Holdings ), yang kerap kelihatan seperti "kerang busuk" yang terhegeh - hegeh menyambut Mahathir di lapangan terbang, tiada langsung melibatkan diri didalam projek perumahan kos rendah yang diperjuangkan oleh DSAI . Malah. beliau telah "dikecualikan" dari melaksanakannya oleh Mahathir. Pengerusi syarikat ini ialah Jen ( bersara ) Hashim Ali, adik ipar Mahathir sendiri.

Kumpulan Renong yang telah memonopoli pelbagai projek penswataan &  pembinaan prasarana ,sepatutnya menawarkan pakej - pakej kerja mereka kepada usahawan Bumiputera yang berkelayakan . Ini sesuai dengan matlamat DEB untuk menambah bilangan kelas menengah Melayu.

Namun , mereka telah "menabur pasir ke peruk nasi" usahawan menengah Melayu dengan menubuhkan pelbagai anak syarikat mereka sendiri untuk mengendalikan pakej - pakej ini . Hasilnya, hanyalah "cebisan serta sisa" projek yang tinggal bagi usahawan Melayu yang berkelayakan , lantas mengkhiananati agenda DEB itu sendiri.

Anada Krishnan tidak kurang hebatnya . Selain daripada monopoli eksklusif pengendalian media satelit serta lesen telekomunikasi , skandal "Tanah pusat lumba kuda & KLCC" masih segar di ingatan umum . Hanya dengan panggilan telefon dari Mahathir kepada Datuk Bandar KL serta pengerusi Petronas,"adik sesusunya"  ini telah berupaya membeli tanah bekas pusat lumba kuda dari DBKL pada harga yang minimal di bawah harga pasaran semasa .

Tanah tersebut kemudiannya dijual kepada Petronas pada harga yang amat tinggi di atas paras harga pasaran semasa . Ini telah menghasilkan laba "atas angin" berkali ganda ( beratus juta RM ) hatta, Petronas yang menjadi "pak sanggup". Tanah itu kini menjadi tapak di mana tersergamnya menara berkembar Petronas & KLCC. Sdr MGG Pillai mungkin mempunyai lebih
banyak maklumat mengenai skandal ini.

"Kehebatan" Mirzan pula sudah jelak untuk diperkatakan . Beliaulah usahawan hingusan , melalui empayar pengangkutan serta logistik laut &  darat , yang suatu ketika dahulu , begitu angkuh menabik dada "kununnya" bakal menjadi "maharaja" ( "mogul" ) industri perkapalan & logistik  tempatan & rantau ASEAN .

Malangnya "bintang ciplak" ini kemudiannya telah diaibkan oleh pesaing - pesaing lain didalam industri perkapalan antarabangsa yang jauh lebih berpengalaman daripadanya. Ini membuatkan beliau begitu tertekan sehinggakan hampir menamatkan riwayatnya sendiri.

Namun, sebagai "anak mami nombor satu" keluarga Mahathir, beliau telah  diselamatkan dari menjadi muflis oleh suatu tindakan menyelamat ( "bailout" ) melalui "penstrukturan semula" MISC & Petronas Tankers yang telah membeli kesemua kapal - kapalnya yang tak laku itu, atas kos beratus - ratus juta RM.

Sekali lagi, Petronas yang merupakan hakmilik negara & rakyat telah diperkudakan oleh Mahathir untukmenjadi "Pak Sanggup" serta "tabung peribadi" kepada segala honar keji kroni serta anak - anaknya.

Ini hanyalah segelintir daripada begitu banyak honar serta kelakuan keji kroni serta anak Mahathir yang telah menoda serta mengkhianati  kepentingan ekonomi bangsa & negara. Hal ini juga menunjukkan betapa Mahathir seolah - olah buta lagi tuli kepada segala kemungkaran nyata yang berleluasa kini . Beliau juga mengandaikan bahawa rakyat turut buta lagi tuli terhadap gelagat rakus kroni serta anak - anaknya.

Kita mungkin boleh bersabar lagi dengan gelagat keji kroni serta anak - anak Mahathir tatkala ekonomi mewah dahulu . Mungkin itu rezeki mereka .

Namun , yang mencabar had kesabaran kita ialah PENGGUNAAN SEWENANG - WENANGNYA DANA PENCEN & AMANAH RAKYAT ( KWSP , LUTH , PNB , DLL. ) TERMASUK INSTITUSI KORPORAT & DANA NEGARA SEPERTI PETRONAS , KHAZANAH NASIONAL , DLL. SERTA PINJAMAN WANG & BON ( TEMPATAN & ASING )  BERBILION RM . KESEMUANYA, BAGI TUJUAN MENYELAMATKAN EMPAYAR KORPORAT KRONI SERTA ANAK MAHATHIR YANG KINI NAZAK & LEMAS NATIJAH DARIPADA KERAKUSAN & KELEMAHAN PENGURUSAN MEREKA SENDIRI.

GOLONGAN INI YANG TIDAK MEMPERDULIKAN KEPENTINGAN RAKYAT TATKALA ZAMAN MEWAH DAHULU, KINI MERAMPAS HAK RAKYAT . MALAH JUGA , KINI MENINDAS RAKYAT DENGAN MENAIKKAN TOL SERTA PELBAGAI TARIF KONSESI PENSWASTAAN MEREKA , HATTA KEDUDUKAN KEWANGAN MEREKA YANG SEMAKIN GAWAT.

Yang memarakkan kebencian kita pula ialah tatkala melihat segala kezaliman , penindasan serta penganiayaan keatas satu - satunya  pemimpin yang tekad menentang kemungkaran ekonomi serta politik Mahathir , iaitu DSAI . Tidak cukup dengan mengorbankan hak serta kepentingan rakyat selama ini , Mahathir & kroninya kini cuba pula "mengorbankan" pemimpin berjiwa rakyat seperti DSAI .Kesemua ini dilakukan tatkala negara dicengkam oleh kemelut ekonomi yang sebahagian besarnya turut disebabkan oleh permuafakatan sumbang Mahathir , kroni serta suku sakatnya .

Ini kerana unsur kronisme & nepotisme yang dipelopori oleh Mahathir adalah berteraskan kepada konsep pengagihan peluang perniagaan atas dasar "KENAL KAWAN & BUKAN KEWIBAWAAN" ( Know who & not know how ) . Lantaran itu, berbilion wang rakyat & bank tempatan telah digunakan untuk membiayai pelbagai projek mega yang amat dipertikai nilai dayamajunya. Hatta, kelulusan projek serta pinjaman bank yang berdasarkan unsur songsang ini . Kesannya ialah bank tersadai dengan berbiliun RM hutang lapuk yang tidak mampu dibayar balik oleh kroninya, lantaran projek - projek ini tidak mendatangkan pulangan seperti yang digembar - gemburkan .

Antara pelbagai projek "gajah putih" yang telah menelan berbiliun RM ini ialah seperti prasarana komanwel, Menara berkembar , "Singgahsana baru PM" , Putrajaya , KLIA , dll. Gajah - gajah putih ini yang "kununnya" dibina sebagai mercu & lambang kebanggaan negara, hanya tinggal "lambang" sahaja . Ianya tidak lebih dari suatu igauan ngeri serta bencana yang kini ditanggung oleh sekelian rakyat kebanyakan. Malah , ianya persis "tugu - tugu peringatan" bagi mengenang kedurjanaan rejim Mahathir yang telah tergamak mengorbankan kepentingan rakyat kebanyakan, semata - mata bagi memenuhi kerakusan , ego & keangkuhannya.

Alasan Mahathir bahawa peluang hanya diberi kepada mereka yang berkelayakan adalah omongan serta dusta belaka . Apakah didalam berjuta umat Melayu serta beribu usahawannya yang berkelayakan, hanya muka - muka yang sama sahaja iaitu Halim , Tajuddin & Mirzan sahaja yang layak ? Adakah umat Melayu itu begitu baghal lagi dungu hinggakan hanya "muka - muka basi" ini sahaja dibenar memonopoli projek - projek gergasi negara ?

DEB bertujuan meningkatkan taraf KESELURUHAN umat Melayu, bagi mengurangkan jurang sosio - ekonomi sesama kaum & bukannya "berberapa kerat" umat Melayu . Maka itu, beliau telah jelas menyeleweng serta memperdagangkan matlamat syumul DEB bagi kepentingan peribadi ( kroni & anak - anaknya ) .

Malah, beliau secara tidak langsung telah MENGKHINANATI AGENDA BANGSANYA SENDIRI SERTA MEMPERSENDAKAN D.E.B HINGGAKAN IANYA TIDAK LEBIH DARIPADA OMONGAN "DASAR
EKONOMI BOLOT & BAILOUT". Dimana , peluang perniagaan  besar dibolot oleh kroni & anak - anaknya yang kemudiannya disediakan kemudahan "bailout" menggunakan wang rakyat.

Alasan Mahathir "kununnya" tuduhan kronisme & nepotisme hanyalah ciptaan orang asing yang cemburu lantaran kegagalan mereka mendapatkan kepentingan besar didalam projek penswataan negara, adalah suatu lagi dongengannya . Ini kerana dalam kes Renong , ( penerima utama projek penswastaan negara ) yang  "memeningkan kepala" Mahathir bukannya hutang - hutang di dalam negara , hatta ianya "bisa diatur" melalui Danamodal / harta .

Sebaliknya , jembalang yang menggerunkan beliau ialah hutang - hutang Renong & anak - anak syarikatnya yang berjumlah ratusan hingga  berbiliun DOLLAR AMERIKA yang tidak "bisa diatur" sebegitu mudah. Hatta, ianya didalam bentuk matawang asing yang mesti diselesaikan didalamjangkamasa terdekat. Kewujudan hutang - hutang dengan bank - bank asing ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa sudah wujud KEPENTINGAN ASING di dalam projek penswastaan negara , walaupun secara tidak langsung .

Malah , hutang - hutang "anak Mami nombor satunya" Mirzan , turut  dibiayai sebahagian besarnya olah bank serta institusi dana asing ,  yang rata - ratanya milik bangsa Yahudi seperti Soros yang kerap di hamunnya .

Maka itu , andaian Mahathir seolah - olah orang asing cemburu & ingin menjahanamkan kepentingan ekonomi negara adalah meleset lagi tidak berasas . Masakan seseorang ,lebih - lebih lagi mereka yang berkepentingan sanggup "kencing kedalam periuk nasinya sendiri".  Hakikat sebenarnya ialah ianya tidak lebih daripada alasan untuk menyembunyikan kelemahan serta kesilapan sendiri.

Pokoknya, di samping wujudnya faktor luaran yang menyumbang keatas kegawatan ekonomi kini , Mahathir mesti  mengakui kelemahan serta kesalahannya sendiri sambil turut sama bertanggungjawab keatas musibah ini . Beliau sewajarnya melakukan perubahan dalaman yang hakiki , termasuk membenteras unsur - unsur durjana seperti gejala nepotisme , kronisme , rasuah serta pembaziran . Bukan sekadar lebih "bailouts" , menyokong indeks saham di BSKL serta penstrukturan semula hutang
syarikat gergasi milik kroninya, kesemuanya ini dengan menggunakan dana tabungan rezab negara.
 
Sebarang rencana pemulihan seperti ini hanya bersifat sementara &  menjanjikan petaka yang lebih dahsyat dalam jangkamasa pertengahan &  panjang . Kemurungan berterusan indeks BSKL kini , walaupun digula-gulakan dengan pelbagai langkah jangka pendek sepert cukai keluar ( exit tax ) , adalah petanda awal kegagalannya.

Mahathir hanya cekap menuding jari kepada orang lain bila berlaku kegawatan ( tapi cepat mendabik dada untuk dirinya ketika berjaya )  lantas enggan melakukan perubahan dalaman yang sewajarnya . Per-buatannya persis kapten kapal sebuah bahtera yang mulai karam ,  yang nyanyuk lagi keras kepala , yang menebuk lubang tambahan pada kapalnya untuk "bailout" air yang masuk , tanpa memperbaiki / menampal lubang  dalaman kapal . Perbuatan sia - sia lagi tolol itu, walaupun memberi kesempatan sementara, akan menyebabkan bahtera akhirnya karam &  mengorbankan penumpangnya .

Dalam konteks kepentingan rakyat Malaysia , kita mesti segera menyahkan "kapten nyanyuk" itu di pilihanraya kelak & menggantikannya dengan "kapten" yang lebih waras, jika kita tidak mahu lemas. Ini kerana di  Malaysia, "kapten & anak kapalnya" kini sudah pasti ada "pelampung atau bot penyelamatnya" sendiri ( didalam bentuk simpanan haram di luar ) lantas tidak akan teragak - agak meninggalkan kita terkapai - kapai sendirian .

MAT KILAU BARU