FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU..

Assalamualaikum,

Ringkasnya saya gembira dengan perkembangan di kampung saya. Kami rata2 adalah wanita biasa yang bekerja sawah, kilang dan tak kurang yang  berjawatan rendah dan tinggi di sektor awam dan swasta. Kebanyakan kami  bergiat dalam politik sebagai ahli biasa dan ada yang memegang jawatan  tertentu dalam parti di peringkat cawangan dan bahagian. Dulu kami begitu setia pada pucuk pimpinan walaupun ada kalanya kedapatan beberapa perkara yang kurang kami persetujui. Tetapi tragedi hitam yang menimpa DSAI telah membuka mata hati dan minda kami untuk menilai semula kesetiaan tersebut. Kami tiada kuasa untuk mengikis karat dosa yang telah 'mereka' lakukan......!

Pada mulanya kami bercadang untuk menyerahkan segala2nya kepada Allah. Tetapi.... akhirnya apabila banyak sangat cacing yang dah naik ke mata di peringkat cawangan dan bahagian, kami tidak dapat lagi bersabar.Pehak penyokong DSAI tidak dibenarkan membuat apa2 penerangan dan kenyataan mengenai kes DSAI. Malangnya 'pehak satu' lagi seenak2nya dan semahu2nya mengedar dan memberi keterangan secara terperinci seolah2 'mereka' menyaksikan sendiri segala perlakuan seks luar tabie tersebut.'Mereka' ketawa terbahak2 seronok dengar hilai tawa para hadirin yang mendengar cakap2 celupar, mencarut dan kesat 'mereka' pada DSAI.Kami kesal dengan sikap kaum lelaki pemimpin kami yang mendakwa 'mereka' bersih dan mengamalkan ajaran Islam tetapi berperangai macam syaitan yang berwajah manusia! Kami tidak menafikan jika DSAI memang bersalah kerana dia juga seperti kita insan biasa. Tetapi adakah kita layak mengaibkan beliau begitu sekali? Siapa kita untuk memalukan seorang insan lain dan di masa yang sama bertegas menyuruh penyokong DSAI berdiam diri melihat dan mendengar aksi jijik 'mereka'. Hati kami menangis melihat 'mereka' mencarut dan bercakap macam budak hingusan! Inikah pemimpin yang layak untuk memimpin kami kaum wanita dan anak2? Akhirnya kami berpakat menjadikan usrah mingguan antara kami sebagai medan untuk bereformasi. Pertama sekali kami bertekad untuk mereformasi diri kami dahulu. Kami mesti memantapkan iman kami dan mentarbiah akhlak kami. Sehingga puak muslimah PAS pun kagum dengan perubahan drastik
kami. Mereka pun ikut serta berusrah dan mengakui yang dulu mereka kurang senang dengan cara kami. Kami telah bersepakat(sepertimana DR.MM bersebulat suara memecat keahlian DSAI) bahawa jika pucuk pimpinan kami di peringkat paling atas enggan menuruti nasihat rakyat dan parti, maka kami akan terus melakukan 'kecurangan yang terpaksa' demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Telah bertahun2 kami setia memangkah pemimpin yang ada dari parti yang  memerintah.....tetapi belum tahu nasib 'mereka' dalam pilihanraya yang  akan datang!

Jalan dalam kampong kami masih tanah merah.....sekarang nak lalu pun payah, becak kerana hujan terlalu lebat. Dekat2 pilihanraya barulah nampak batang hidung pemimpin yang dipangkah tu! Ada kenduri pulut durian pun dia terkam sebab nak pancing undi. Mulalah tangan kanan digunakan dengan bijaksana untuk menghulur bantuan....ringan mulut walaupun masih berat tulang!

Kepada Kak Zaharah, jangan dok rasa atau fikir kami wanita di kampung boleh dicucuk hidung! Tolong sikit! Kami ingatkan dulu Kak Zaharah lebih  berwibawa dan berkarisma dari Mak cik Rafidah......rupa2nya dua kali  lima juga. Takut untuk bersuara! Kami berfikiran terbuka........jadi kalau ada antara kawan kami yang  mengintai 'Bulan' nun di awan dan terbang ke 'situ'......kami bersyukur  juga kerana di situ pun kira selamat dari terus berada di pinggiran 'Bahtera' yang hampir karam ini. InsyaAllah jika keadaan memaksa kami jua akan menyertai rakan2 kami di sana. Kami akan terus tekun beribadah, berdoa dan 'berusrah' setakat kemampuan yang Allah izinkan demi mengembalikan kegemilangan maruah agama, bangsa dan negara yang dicintai.

Sekian.  Maafkan saya jika kedapatan keterlanjuran bicara dan kekasaran bahasa.
Wassalam.

umi@