|
![]()
|
|
INFO SAINS |
||
|
KOPI SUKARKAN BUANG AIR
KECIL
Kopi memang sangat enak untuk diminum apatah lagi dengn baunya yang harum semerbak. Bagi kamu yang gemar minum kopi lebih daripada emapat kali sehari dikatakan berisiko untuk mendapat masalah pada saluran urine, dememikian laporan journal obstetik and gynecology. Penggemar yang ketagih kopi menderita kesukaran untuk buang air kecil dua kali ganda lebih daripada yang tidak gemar minum kopi. ![]() |
|
INFO SAINS |
||
RESDUNG
BOLEH MENYEBAKAN BUTA
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyaki resdung. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus, tersumabat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia bolenh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat
|
||
INFO SAINS |
||
TABIAT
SUKA MENJILAT BIBIR
Mungkin kamu salah
seorang yang suka menjilat bibir. Kononnya untuk membasah dan
melembabkan bibir yang kering. Tapi tahukah kamu bahawa perbuatan itu
boleh mendatangkan keburukan dan masalah kepada bibir kamu. Ini kerana
dengan menjilat bibir, akan menghilangkan kelembapan semulajadi pada
bibir kamu sedangkan lembapan itu amat berguna apatah lagi ketika cuaca
sejuk. Apabila lapisan itu hilang, maka bibir kamu akan menjadi semakin
kering. |
||
INFO SAINS |
||
PENCEMARAN
PUNCA SERANGAN JANTUNG Sememangnya udara yang tercemar banyak mendatangkan keburukan pada diri manusia termasuklah serangan jantung. Ia diakui sendiri oleh saintis British yanh mendapati bahawa 50 kes serangan jatung yang dilaporkan di hospital London adalah punca dari pencemaran uadara. Antara pencemaran udara paling ketara adalah disebabkan oleh asap hitam. Ia mengandugi nitrik oksida yang boleh menyebabkan degupan jantung yang tidak stabil, karbon monoksida yang dikaitkan dengan jangkitan di dalam sistem pernafasan serta sulfur dioksida yang boleh mrnyrbabkan serangan jantung.
|
||
INFO SAINS |
||
BIJIRIN
BOLEH MENGGEMUKKAN
Walaupun bijirn merupakan makanan ruji bagi kebanyakan negara, namun sebenarnya bijirin juga boleh mendatangkan keburukan pada sesetengah orang yang sensitif dengan kandungan glutien yang terkandung di dalamnya. Kandungan glutien itu boleh menyukarkan penghadaman dan kesanya ia boleh menggemukkan
|
||
INFO SAINS |
||
KAITAN
VITAMIN C DAN TEKANAN
Sememangnya vitamin C banayak mengandungi khasiat yang diperlukan oleh kita. Dikatakan ia juga mampu kurangkan tekanan yang dihadapi. Doktor Samuel Campbell dan rakan-rakanya daripada Universiti OF Alabama telah menjalan satu ujian terhadap tikus. Mereka mendapati bahawa vitamin itu mampu mengurangkan hormon tekanan darah di dalam haiwan itu. Ia juga boleh mengelakkan sejenis penyaki di darah yang dikenali sebagai 'scurvy'.
|
||
INFO SAINS |
||
Berat
Badan Boleh Sebabkan Buta
Berat badan yang semakin bertambah hingga keterlaluan boleh meniggikan risiko untuk seseornag itu mendapat 'cataract', berdasarkan laporan yang termaut di dalam Archivwes of Ophthalmology. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh para saintis selama lima tahun ke atas18000 orang, mendapati mereka yang paling berat adalah dua kali ganda risikonya untuk mengalami keadaan itu berbanding dengan orang yang mempunyai badan normal. 'Cataract' adalah salah satu faktor utama yang boleh menyebabkan penyakit buta dan maknaya ia boleh dikawal
|
||
INFO SAINS |
||
Stroke
Tak Kira Umur
Selalunya ornag beranggapan bahawa penyakit stroke dihidapi oleh orang dewasa sahaja dan 65% stroke dialami oleh mereka yang berumur lebih 45 tahun. Tapi tahukah kamu bahawa stroke sebenarnya boleh hinggap ke atas sesiapa sahaja malah bayi juga boleh mengalaminya. Stroke disebabkan oleh gangguan bekalan darah pada otak yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan sel mati . Antara tanda yang boleh dialami ialah lumpuh separuh badan, hilang percakapan, kesukaran menelan dan sebagainya lagi.
|
||
INFO SAINS |
||
Ikan
Untuk Pertumbuhan Otak
Ikan sering dikatakan sebagai 'brain food' kerana mengandungi DHA (docosahexaenoic acid) yang boleh membeina pertumbuhan sel otak. DHA adalah omega-3 yang merupakan rantaian asid lemak 'polyunsatured' . Ia merupakan komponen utama dalam otak. Menakjubkan apabila mendapati bahawa otak kita sebenarnya terdiri daripada lemak sebanyak 60% dna DNA adalah lemak utama yang membentuknya. Malah asid lemak juga terkandung dalam retina mata kita. Sebab itulah di Jepun, dikatakan DNA telah dimasukkan ke dalam kandungan minuman ringan, gula-gula getah dan coklat yang diberikan kepada kanak-kanak sebelum peperiksaan, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan otak
|
||
INFO SAINS |
||
Marijuana
Kurangkan Daya Tumpuan
Sememangnya apa saja jenis dadah adalah berbahaya kepada diri kita semua jika tidak mengikut sukatan yang betul. Marijuana misalnya dikatakan boleh mengurangkan daya ingatan. Pengambilanya menghadapi kesukaran untuk memberikan tumpuan terhadap suatu perkara atau melakukan tugas kongnitif yang mudah. Hasil kajian itu termauat dalam Journal Of The American Medical Association. Pada mulanya menjangkakan kesan itu adalah untuk jangka masa pendek sahaja tapi hasil kajian itu mennjukkan bahawa kesan otak berpanjangan.
|
||
INFO SAINS |
||
Khasiat
Timun
Kulit muka sering memainkan perana penting bagi remaja. Kalau sebiji jerawat timbul mulalah resah. Apatah lagi kalau muka yang dipenuhi kesan jeragat dan kehitaman seperti bintik berselaput. Apa kata kamu amalkan petua orang tua yang menggunakan timun. Ambil timun dan buang kulitnya, parut dna sejukan dengan ketulan air batu. Perapkan pada bintik-bintik hitam tersebut sehingga meresap dan kering. Kemudian cuci dengan air bersih. Setelah itu sapukan dengan putih telur dan biarkan selama lima minit. Cubalah lakukan ia selama dua minggu sekali.
|
||
INFO SAINS |
||
Kopi
Tidak Gugat Diet
Ramai yang menggemari minuman kopi kerana baunya yang harum dan rasanya yang sedap. Ia dikatakan tidak mengganggu diet kamu jika kamu hanya meminumnya tanpa gula dan susu. Ia hanya mengandungi 2 kalori, 0.2g protein, 0.3g karbohidrat dan tiada lemak. Tetapi kadar kalori meningkat hingga kepada 7 setiap cawan dan kepada 14 kalori jika kamu menembah krim di dalamnya. Begitu juga kamu menambahkan gula di dalamnya. Jadi minumlah kopi pekat tanpa gula atau krim. Tapi, awas bagi mereka yang ada penyakit migrain atau 'angin satu badan'
|
||
INFO SAINS |
||
Sibuk
Bakar Kalori
Ada orang yang banyak melakukan tindakan secara luar kawal sepanjang hari. Misalnya menggigit pensel katika berfikir, menyilangkakn kakinya atau berjalan ke sana dan sini, banyak membantu membakar kandungan kalori yang ada di dalam tubuh mereka. Ia berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas seramai 200 sukarelawan oleh The Nisinal Institute of Health. Mereka mendapati mereka yang tidak duduk diam itu mampu membakar kira-kira 138 hingga 685 kalori setiap hari berbanding dengan mereka hanya lebih suka duduk diam di atas kerusi saja.
|
||
INFO SAINS |
||
Kurang
Air Sebabkan Sakit Kepala
Antara sebab sakit kepala adalah disebabkan oleh tekanan. Namun kadangkala sakit kepala yang kamu alami itu adalah sebagai satu tanda bahawa tubuh kamu sebenarnya kekurangan air. Jadi, amalkan minum air sebelum masuk tidur dan sebaik sahaja bagun tidur pada waktu pagi untuk seimbangkan kemblai tubuh kamu
|
||