Saudara Kaum Muslimin yang rahmati Allah
Satu perlima daripada penduduk dunia terdiri dari orang-orang Islam. Kebanyakan negara-negara Islam telah dikurniakan Allah dengan hasil bumi yang mendatangkan kekayaan kepada umat Islam. Sepatutnya , dengan kekayaan yang dimiliki ini, negara-negara Islam telah menjadi kuat dan berupaya memimpin dunia. Tetapi keadaan sebenar tidak menjadi begitu. Sumber kekayaan yang dianugerahi tidak digunakan untuk menguatkan umat Islam, sebaliknya negara-negara Islam yang kaya telah dijadikan alat oleh kuasa-kuasa besar dunia untuk menindas kembali umat Islam. MIMBAR hari ini ingin mencetuskan pemikiran di kalangankita, mengapakah kita umat Islam sering ditindas di mana sahaja kita berada. Walaupun jumlah umat Islam ramai, tidak terdapat kejituan dalam melaksanakan sesuatu ketetapan.
Rasullullah s.a.w telah menggambarkan dalam sepotong hadith tentang keadaan umatnya diakhir zaman. Umat Islam di akhir zaman adalah ibarat buih dilaut, banyak kelihatan di sana sini, kalau dikumpulkan akan menjadi tersangat banyak. Tetapi seperti yang diketahui, buih adalah ringan, sentiasa terumbang ambing ditiup angin dan tidak bermaya serta tidak membahayakan orang lain. Sebab itulah hari ini, suara dari dunia Islam tidak diendahkan langsung walau sebernas mana pendapat yang diutarakan. Ini semua terjadi kerana kurangnya komitmen, kerjasama, serta tidak ada kesefahaman dikalangan umat Islam. Perkara-perkara negatif ini menggambarkan kurangnya iman kita serta kurangnya semangat jihad dan semangat persaudaraan yang tulin serta lalai dalam melaksanakan ajaran Allah.
Sebagaimana yang diketahui, dunia hari sedang melalui zaman yang amat kalut .Peperangan, bunuh membunuh, ancam-mengancam, malapetaka berbentuk jerebu, kebakaran, banjir, gempa bumi, gunung berapi sudah menjadi perkara yang lumrah. Persoalannya ialah, apakah semua ini terjadi kerana semata-mata sifat alam semulajadi ATAU apakah semua ini berlaku sebagai peringatan dan amaran Allah kepada manusia yang bersikap angkuh dan sombong di muka bumi Allah ini.
Menurut Al-Quran, segala bencana dan mala petaka
yang berlaku adalah amaran Allah. Selain daripada itu, ianya berlaku di
atas kehendak dan perbuatan manusia sendiri akibat daripada dosa dan noda
serta akibat dari sikap angkuh dan sombong manusia. Firman Allah sbt.
Sebagai peringatan Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Yang bermaksud, "Akan muncul dalam kalangan umatku nanti diakhir zaman ini manusia dajal dan pembohong besar yang akan menyampaikan berita-berita kepada kamu yang tidak pernah kamu dengar selama ini, dan belum pernah didengar oleh ibubapa kamu sebelumnya. Maka hendaklah kamu awasi diri kamu dan awasilah mereka supaya mereka tidak dapat menyesatkan kamu dan memfitnahkan kamu"
Manusia-manusia yang mencetuskan keadaan-keadaan yang boleh menyesatkan dan memecahbelahkan umat Islam sebenarnya ialah manusia yang berpengetahuan tinggi dan bukannya dari kalangan yang tidak berilmu pengetahuan. Kalau kita kaji, dan kita amati keadaan yang berlaku di negara kita dan di luar negara, manusia yang selalunya berjaya mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak sihat adalah manusia-manusia yang berilmu tinggi dan ilmu yang tinggi itu telah digunakan untuk mempengaruhi orang lain.
Apalah gunanya ilmu yang tinggi kalau tidak dimanfaatkan kearah menyatu dan mensejahterakan ummah? Kalau ummah kucar-kacir, maka mudahlah bagi musuh-musuh Allah menghancurkan kita semua. Dunia hari ini menyaksikan bagimana umat Islam di serata dunia ditindas, baik yang miskin atau yang kaya. Kenangkan sejarah perang teluk. Bagaimana sebuah kuasa besar dunia menghancurkan sebuah negara Islam yang kaya dengan khazanah tamadun Islam. Puncanya adalah perbalahan antara dua negara Islam sendiri dan musuh Allah telah mengambil kesempatan dari ketempangan umat Islam sendiri.
Al-Quran memberikan gambaran bagaimana musuh-musuh
Allah cuba untuk menghancurkan Islam dan ummahnya seperti dalam firmanNya
:
Walaupun Allah menjamin untuk memelihara
Agama Allah di muka bumi ini,kita sebagai umat Islam perlulah berusaha
bersungguh untuk menjadi jitu dan sekata dalam setiap perbuatan dan amalan,
mudah-mudahan kita menjadi semakin bersatu padu. Marilah kita bersama-sama
mengamalkan sifat keikhlasan dalam apa saja amalan kita kerana Insyaallah,
dengan sifat keikhlasan sahajalah yang dapat menjauhkan kita dari
sifat-sifat mazmumah yang boleh menghancurkan umat Islam. Sifat keikhlasan
akan seterusnya meninggikan semagat jihad dan persaudaraan. Semangat jihad
dan persaudaraan yang tulen sebenarnya dapat meningkatkan keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah. Mudah-mudahan sifat ketaqwaan yang tinggi akan
melahirkan satu umat yang jitu. Kejituan dan kesepaduan akan menghindarkan
musuh-musuh Allah menjadikan kita "ulam-ulam" yang mudah dimamah. Semua
perkara ini boleh diusahakan Insyaallah.