Tajuk 4- Politik Tanah Melayu Selepas Kemerdekaan

  1. Darurat 1948-1960

Darurat atau The Emergency telah dikuatkuasakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent berikutan pembunuhan 3 orang Eropah di sungai Siput, Perak, yang merupakan kemuncak keganasan komunis di Tanah Melayu. PKM mempunyai sokongan daripada bekas ahli MPAJA. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 benar-benar mengecewakan PKM kerana hasrat mereka ingin menubuhkan Republik Komunis Malaya gagal. Oleh yang demikian, mereka melancarkan serangan gerila ke atas sasaran penting PTM ketika itu. PKM dipimpin oleh Chin Peng.

Untuk kepentingan PKM, ia telah menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All Malayan Council Of Joint Action) untuk menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tetapi gagal. PKM ingin merampas PTM dalam 3 peringkat:-

  1. Menyerang estet, lombong dan kawasan terpencil.
  2. Apabila kawasan tersebut telah kosong, mereka akan menjadikan kawasan itu sebagai kawasan pentadbiran dan latihan dan dinamakan kawasan yang telah `dibebaskan’
  3. Menyerang dan memusnahkan ekonomi imperialis, pertahanan dan merampas kawasan yang didiami oleh Inggeris. Apabila Inggeris tewas maka pengisytiharan Republik Komunis malaya akan dibuat.

Tindakbalas Kerajaan

a)Tahap pertama 1945-51

Pada peringkat awal, Inggeris gagal mengawal keadaan dan menyebabkan keadaan yang huru-hara. Pada peringkat ini juga keanggotaan PKM bertambah dari 4000 hinggalah 12000 pada tahun 1951.

Pada tahun 1949, Inggeris telah memperkenalkan Pendaftaran Negara dan mengeluarkan kad pengenalan. Rancangan Briggs telah diperkenalkan dengan memindahkan rakyat yang tinggal di pinggir hutan ke kawasan penempatan baru (Kampung Baru) pada tahun 1950. Rancangan Briggs telah berjaya memindahkan lebih setengah juta orang dan melumpuhkan strategi PKM yang sering mendapatkan/memeras bantuan dari orang kampung. Kekuatan Tentera dan polis juga ditambah sekali ganda. Kalau pada 1948 hanya 40 ribu askar sahaja dari sepuluh Batalion Infantri, ia telah ditambah menjadi 20 Batalion dan PPH telah ditubuhkan untuk membantu.

b)Tahap kedua 1952-1955

Inggeris melaksanakan `Perang Urat Saraf’ sebagai sebahagian daripada tektik psikologinya. Sir Gerald Templer telah menggantikan Henry Gurney dan melakukan lawatan ke seluruh negara memebrikan semangat. Tektik ini telah berjaya. Kawasan yang telah selamat dinamakan `kawasan putih’ dan yang masih lagi berbahaya dinamakan `kawasan hitam’.

Untuk memikat hati rakyat, kemudahan baru disediakan seperti bekalan elektrik, paip air dan sekolah serta klinik. Menjelang 1953, telah ramai ahli PKM yang menyerah diri dan Chin Peng terpaksa berundur ke selatah Thailand.

  1. Tahap ketiga 1955-1960

Pada masa ini, keadaan telah bertambah pulih. Pemergian Misi Kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul rahman telah melemahkan lagi PKM. Ahlinya hanya tinggal 1500 orang sahaja. Rundingan Baling telah diadakan tetapi Chin Peng enggan menyerah kalah. Pada 1955, untuk mengukuhkan lagi angkatan tentera, Briged Infantri Komenwel telah ditubuhkan yang mengandungi tentera dari Australia, New Zealand dan British.

Darurat diisytiharkan tamat pada 1 Julai 1960 setelah hampir seluruh negara telah menjadi `kawasan putih’.

Penubuhan Malaysia 1963

Melihat kepada kejayaan kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mempunyai agenda yang seterusnya untuk menyatukan Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam TM. Ini adalah untuk lebih memantapkan lagi persekutuan yang telah ada. Kemasukan Singapura sahaja akan merosakkan nisbah kaum Melayu-Cina, oleh itu Sabah, Sarawak dan Brunei juga perlu ditarik masuk. Walaupun cadangan ini ditolak keras oleh beberapa tokoh tempatan seperti Ibrahim Yaacob yang ingin bergabung dengan Indonesia, namun ia tetap diteruskan.

Faedah Penggabungan

  1. Singapura melihat langkah ini sebagai memberi keuntungan kepadanya kerana ini adalah peluang awal untuk Singapura keluar merdeka dari jajahan British.

  1. Sabah dan Sarawak mengharapkan layanan yang lebih istimewa apabila memasuki Malaysia

Suruhanjaya Cobbold

Penolakan Brunei

 

Konfrantasi Malaysia-Indonesia

Singapura Disingkirkan

Politik Selepas Kemerdekaan

Pergeseran Perkauman

Kesan 13 Mei

Dasar Pembangunan Ekonomi Negara

Ianya bermula sejak sebelum merdeka lagi. Fasa pertama adalah Rangka Rancangan Pembanguna Persekutun Tanah Melayu (1950-55) dan sebahagian Rancangan Malaya Pertama (RM1) 1956-60. Fasa kedua RM2 1961-65, Rancanagn Malaysia Pertama (RM1) 1966-70, RM 2 (1971-75), RM 3 (1976-80), RM 4 (1981-85), RM 5 (1986-1990), RM 6 (1991-1995) dan RM 7 (1996-2000)

Ranka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) adalah perancangan janka panjang kerajaan dari tahun 1970-1990. Ianya diikuti oleh RRJP2 (1991-2000).

Perlancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) di bawah RRJP1 adalah bertujuan untuk mengimbangi kepincangan ekonomi orang Melayu dengan mengambil pengajaran dari peristiwa 13 Mei 1969. Ianya dijalankan berperingkat dari 1971-1990. Antara tujuan utama DEB adalah:-

  1. membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
  2. menyususn dan mengimbang semula masyarakat dari aspek ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi (Melayu bertani, Cina berniaga).

Antara strategi DEB adalah:-

  1. Pengenalan sistem pekebun koperatif, mini estet
  2. Mewujudkan program Hala Cara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar
  3. Pengenalan Dasar Urbanisasi Negara
  4. Pengenalan Dasar Perindustrian Berat Malaysia (HICOM,PERWAJA & PROTON)
  5. Dasar Penswastaan

Pencapaian RRJP1

  1. Dasar basmi kemiskinan kurang berjaya. Target 16.7% tetapi menjelang 1990 hanyalah 17%.
  2. Penyusunan semula masyarakat dapat dilakukan tetapi pada kadar perlahan.
  3. Target 30% dalam bidang keushawanan dan pemilikan saham secara umum untuk kaum Melayu dan bumiputera telah gagal dicapai dengan hanya 19.4% menjelang 1990.
  4. Dari aspek perpaduan negara, walaupun banyak kemajuan dicapai tetapi gurisan lama masih lagi tidak dapat dilupakan.

Secara kasarnya , RRJP1 dan DEB kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya. Satu dasar baru menggantikan DEB iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000

Pada dasarnya DPN dibawah RRJP2 ini mengekalkan strategi asas DEB. Dimensi baru DPN adalah:-

  1. membasmi golongan termiskin
  2. perwujudan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
  3. meningkat keterlibatan pihak swasta dalam proses penyusunan semula masyarakay Malaysia
  4. menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.

Secara amnya, pencapaian RRJP2 masih lagi belum mencapai matlamatnya walaupun terdapat banyak perubahan dan kemajuan. 4 sektor utama negara iaitu perindustrian, pertanian, perkhidmatan dan perdagangan adalah diberikan penekanan dengan pengenalan berbagai program dan bantuan oleh pihak kerajaan.

 

 

 

Penekanan Dasar-Dasar pembangunan

Dalam tempoh Penekanan dasar

RM1 (1956-60) Productiviti pertanian

RM2 (1961-65) Pelbagai tanaman, kemudahan asas

RM3 (1966-70) Pembangunan luar bandar

- infrastruktur

- Khidmat sosial

RRJP1 RML2 (1971-75) Pembangunan dan kesaksamaan

(DEB)

RML3(1976-80) -Pembasmian kemiskian

RML4(1981-85) -Penyusunan semula masyarakat

RML5(1986-90) seperti di atas

RRJP2 RML6(1991-95) Pembangunan seimbang

(DPN) RML7(1996-2000) -Ekonomi

-Sosial

-Negeri-negeri

-Bandar-luar bandar

-Pengagihan