Make your own free website on Tripod.com

LOCAL AREA NETWORK (LAN)

 

Fungsi asas LAN (Rangkaian Kawasan Setempat) ialah untuk menghubungkan beberapa PC antara satu sama lain dan kerapkali dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai bahan kabel dawai terpiuh, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

 

Terdapat bilangan yang sama untuk menghubungkan PC secara logik dan secara fizikal. Setiap tatarajah rangkaian --- atau topologi masih perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditermui oleh rangkaian ialah mesej dari satu PC kepada yang lain. Mesej mungkin merupakan permintaan untuk data, jawapan kepada permintaan data PC lain, atau suruhan untuk menjalankan aturcara yang tersimpan dalam rangkaian.

 

Data atau aturcara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada PC yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail suatu PC terkhusus. Pelayan fail biasanya merupakan PC berprestasi tinggi dengan pemacu keras besar yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada rangkaian. Sebaliknya, ia wujud hanya untuk melayan semua PC lain yang menggunakan rangkaian --- dinamakan pelanggan --- dengan menyediakan tempat umum untuk menyimpan data yang didapati semula secepat mungkin oleh pelanggan. Begitu juga, rangkaian mungkin termasuk pelayan cetak yang boleh digunakan oleh semua pengguna LAN bagi pencetakan. Pelayan cetak ialah PC yang disambung kepada pencetak sebuah komputer bijak yang boleh dihubungkan ke rangkaian tanpa PC perantaraan.

 

Jika rangkaian tidak mempunyai pelayan yang berdedikasi, ia merupakan rangkaian pengguna-pengguna sebaya. Dalam rangkaian ini, setiap individu PC menjadi pelayan bagi PC yang lain --- pengguna sebaya --- pada rangkaian dan juga merupakan pelanggan bagi semua rakan pengguna sebaya yang bertindak sebagai pelayan.

 

Keperluan dan ciri LAN

Teknologi penghantaran yang digunakan oleh LAN berbeza daripada teknologi yang digunakan dalam sistem telekomunikasi yang lain. Misalnya, LAN menggunakan dawai kabel yang tidak mahal berbanding dengan penggunaan modem untuk rangkaian analog awam.

Antara ciri-ciri dan keperluan-keperluan LAN yang penting adalah seperti yang berikut:

 

(a) Kadar Data

Sistem LAN menggunakan talian yang mempunyai lebar jalur yang besar dengan kadar penghantaran data yang tinggi hingga melebihi 10 juta bit sesaat dan kadar ralat yang rendah.

 

(i) Talian LAN boleh menampung kadar data maksimum antara pasangan stesen

yang berkomunikasi.

 

(ii) Komunikasi antara dua yang beroperasi dengan kelajuan yang berbeza dan

menyesuaikan aliran dan storan utusan.

 

  1. Perhubungan
  2. Keperluan perhubungan LAN ditentukan oleh anggaran pola trafik antara stesen-stesen dalam rangkaian serta juga kepercayaan perkhidmatan yang perlu dicapai. Perhubungan terus titik ke titik dilaksanakan jika rangkaian mengandungi bilangan stesen yang sedikit. Walau bagaimanapun, penggunaan pensuisan diperlukan jika stesen tersebut perlu berhubung dengan stesen-stesen lain.

     

  3. Kadar ralat yang rendah
  4. Berbagai-bagai teknik digunakan bagi membolehkan LAN mencapai kadar ralat yang rendah. Misalnya, dengan menggunakan teknik semakan kesetarafan. Selain itu, teknik semakan pembaziran kitaran ( cyclic redundancy check ) juga digunakan; teknik ini menghasilkan kadar rendah bagi ralat yang sukar dikesan, iaitu 1 ralat aksara bagi setiap 1012 aksara.

     

  5. Taburan data
  6. Taburan sistem LAN boleh mempengaruhi penyesuaian teknologi LAN yang digunakan. Tempat yang membeza memerlukan teknologi perhubungan yang berbeza. Untuk perhubungan jauh, sistem WAN perlu digunakan. Sistem LAN pada asasnya, direka bentuk untuk memenuhi keperluan perhubungan sistem dalam satu bangunan atau kawasan.

     

  7. Perkhidmatan Rangkaian

Perkhimatan tambahan bagi rangkaian yang boleh disediakan dengan menyepadukan peranti-peranti cerdik agar pangkalan penghantar dan pangkalan penerima tidak digandingan antara satu sama lain. Perkhimatan yang perlu disediakan dalam sesuatu sistem LAN antara lain, meliputi:

 

    1. Perkhidmatan penukaran kelajuan bagi membolehkan pangkalan yang beroperasi dengan kadar yang berbeza berkomunikasi antara satu dengan lain. Dua penterjemah kelajuan lazimnya diperlukan kerana LAN itu sendiri mungkin beroperasi dengan kadar data yang berbeza daripada pangkalan penghantar dan pangkalan penerima; kadar data yang pertama untuk menghubungkan rangkaian kepada pangkalan penerima. Perbezaan kelajuan ini dikendalikan dengan menggunakan penimbalan dan mekanisme kawalan aliran.
    2.  

    3. Perkhidmatan penukaran kod juga penting kerana kemungkinan terdapat pangkalan yang menggunakan kod dalam yang berbeza. Dengan ini, utusan boleh diterjemahkan semula ke format menurut keperluan pangkalan penerima. Selain itu, penukaran kod boleh juga dilaksanakan dengan menentukan keperluan pangkalan penerima semasa panggilan dibuat oleh pangkalan penghantar yang menterjemahkan terus kod utusan.
    4.  

    5. Pengendalian peranti yang tertentu bagi membolehkan pangkalan yang mempunyai ciri-ciri yang berlainan dipasangkan dalam suatu sistem LAN.

 

  1. Perhubungan dengan Rangkaian yang lain

Sesuatu sistem LAN perlu mempunyai kemudahan untuk dihubungkan dengan sistem LAN yang lain, mungkin untuk memenuhi keperluan pengguna, seperti untuk sistem mel elektronik atau untuk mencapai sumber-sumber komputeran khas.

 

 

 

<<<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>>>