KUALA LUMPUR. 21 September 1998. 4:15 Petang
Kenyataan di bangunan Mahkamah Jalan Bandar
Datin Seri Wan Azizah Ismail
Saya dan peguam-peguam telah tiba dan menunggu di mahkamah di jalan Raja
sejak 9:30
pagi, sehinga ini kami masih belum tahu apa yang sudah dan akan berlaku
kepada Abang
Anwar, apakah beliau akan didakwa atau ditahan dibawah akta keselamtan
dalam negeri.
Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang berhimpun
secara
aman di depan bangunan mahkamah. Malangnya pihak polis telah bertindak
liar untuk
menyuraikan perhimpunan tersebut. Pekerja-pekerja mahkamah, pejabat-pejabat
berdekatan dan peniaga-peniaga menyaksikan bagaimana polis memukul dan
menendang
orang awam. Ini merupakan satu lagi bukti bagaimana pihak polis telah hilang
pertimbangan dengan menyerang orang awam yang tidak bersalah.
Malam tadi pegawai-pegawai polis dari unit tindakan khas telah merempuh
rumah kami.
Mereka masuk dengan menendang dan memecahkan pintu. Mereka bertindak seperti
samseng untuk menangkap suami saya
Saya tidak faham mengapa mereka perlu bertindak seperti samseng kerana
peguam-peguam abang Anwar telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara
dan
Peguam Negara telah mengatakan sekiranya mereka ingin menahan suami saya
harap
memberi tahu kami agar ia boleh dilakukan secara aman dan terhormat. Anggota
unit
tindakan khas memberitahu kami bahawa mereka bertindak mengikut arahan.
Mereka
diarah merempuh rumah kami. Saya tidak menyalahkan keterlanjuran polis
yang
merempuh rumah kami. Saya memaafkan mereka. Tetapi saya menuntut penjelasan
dari
Menteri Dalam Negeri adakah beliau beliau mengarahkan polis bertindak seperti
samseng. Sekiranya Dato' Seri Dr. Mahathir berfikir dengan mengarahkan
pihak polis
bertindak seperti samseng beliau boleh menakutkan rakyat dari menyertai
gerakan
Reformasi maka beliau adalah bermimpi. Bahkan rakyat semakin marah kepada
beliau dan
lebih bertekad
untuk menjayakan gerakan reformasi. Jelas sekali bahawa Dr. Mahathir kini
telah menjadi
"political desperado" yang sanggup menindas rakyat sekadar untuk terus
berkuasa. Dr.
Mahathir telah hilang keyakinan dari rakyat. Sekali lagi mengulangi tuntutan
rakyat
bahawa Dr. Mahathir perlu meletak jawatan.
Kenyataan Akhbar Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail pada 21 September 1998
di
bangunan mahkamah jalan bandar, jam 4.15 petang.