MASALAH PAYROLL
 

Sebuah syarikat membuat kotak memerlukan sebuah sistem yang boleh mengendalikan beberapa urusan berkaitan dengan Payroll. Diantara tugas-tugas yang boleh dilakukan oleh sistem adalah:

  1. Menyenggara maklumat pelanggan yang dikendalikan oleh Payroll Administrator melibatkan kerja-kerja seperti menambah, menghapus, mengubah dan mepamerkan maklumat pekerja-pekerja yang diperlukan oleh sistem Payroll. Syarikat mengkategorikan pekerja kepada 3 kumpulan, iaitu pekerja bergaji tetap, pekerja bergaji komisien dan pekerja bergaji ikut-jam.
  2. Menyenggara TimeCard(digunakan untuk merekodkan jumlah jam bekerja bagi setiap hari bekerja) yang dilakukan sendiri oleh setiap pekerja. Aktiviti yang terlibat adalah membentuk TimeCard(untuk pekerja baru), mengubah TimeCard, menghapus TimeCard dan mempamer maklumat TimeCard. Unruk membentuk TimeCard baru, pekerja pelu memasukkan maklumat nombor pekerja, tarikh bekerja dan jam bekerja. Untuk mengubah TimeCard, pekerja perlu menyatakan nombor pekerja dan tarikh bekerja dan sistem akan mempamerkan maklumat dan perubahan boleh dilakukan.
  3. Mengira pembayaran gaji dan mengeluarkan pembayaran mengikut tarikh bayar yang dinyatakan. Sistem ini hanya boleh dikendalikan oleh Payroll Administrator. Terdapat 3 bentuk pembayaran yang boleh dipilih iaitu ambil sendiri, mellaui pos atau transaksi ke bank. Bagi pembayaran yang akan diambil sendiri atau dibayar melalui pos, sistem akan mengeluarkan cek bayaran. Bagi pembayaran melalui bank, sistem akan membentuk terus transaksi ke bank berkenaan.
  4. Mengurus tempahan pembelian yang dibuat oleh pekerja komisien. Pekerja boleh menambah, menghapus, mengubah dan menyenaraikan tempahan pembelian. Untuk membuat tempahan baru, pekerja perlu memasukkan maklumat seperti nombor tempahan, tarikh, item dibeli, jumlah harga, nama pelanggan dan alamat pelanggan.
 
kembali