JENAYAH MATA WANG
Siri 1


INTISARI KANDUNGAN:


Pengenalan

Sejak bulan Mei, 1997 bermulanya tragedi malang terhadap ekonomi di negara ASEAN di mana negara-negara tersebut akhirnya gagal untuk mempertahankan nilai mata wangnya. Bermula dengan Thailand, kemudian diikuti oleh mata wang peso Filipina, dolar Singapura dan Brunei, rupiah Indonesia dan tidak ketinggalan ringgit Malaysia.

Kesan serangan ini menyebabkan negara-negara di ASEAN mengalami susutan nilai mata wang dan merugikan ekonomi. Misalnya Thailand kerugian sebanyak 20 bilion US, peso Filipina 2 bilion dolar US, dan Malaysia kerugian RM9 bilion. Jika sebelum ini negara ASEAN meletakkan nilai dagangan mereka berasaskan ‘standard’ dolar US, maka sebagai tindakbalas kepada serangan berterusan ini, negara-negara ASEAN (Thailand, Filipina dan Indonesia) telah mengasaskan perdagangan negara mereka yang berasaskan nilai mata wang masing-masing demi mengukuhkan kestabilan.

Malaysia, tidak ketinggalan dalam cuba untuk menangkis serangan ini dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Bank Negara sebagai peneraju utama untuk mematahkan serangan ini terpaksa akur dengan pengurangan rizab sebanyak RM9 bilion (menyamai perbelanjaan 3 bulan import negara). Namun usaha ini gagal. Akibatnya nilai mata wang negara, hari demi hari terus turun sehingga negara kita terpaksa membayar lebih RM3 untuk membeli 1 dolar US. Cuba fikirkan bagaimanakah kesan ke atas segala aktiviti negara di luar negara akibat kejatuhan nilai mata wang ringgit ini?

Hasil penat lelah kita selama bertahun-tahun juga sia-sia dalam masa yang singkat. Ini terbukti dalam tempoh 10 tahun kita berjaya meningkatkan pendapatan perkapita negara dari 4 ribu dolar kepada 5 ribu dolar. Tetapi dalam tempoh 2 minggu sahaja nilai ini menyusut kembali kepada 4 ribu dolar. Malang terus menimpa, kita juga dianggarkan kerugian di BSKL sebanyak RM500 bilion.

Sampai bilakah kita akur dan terpaksa menanggung kerugian demi kerugian ini akibat kegiatan spekulator-spekulator ini? Persoalan ini tidak akan terjawab selagi kita masih meletakkan nilai dolar US sebagai piawaian mata wang negara. Oleh itu, adalah pendekatan alternatif yang tersedia untuk menangani permasalahan ini ? Untuk mengkaji persoalan tersebut, maka kita seharusnya melihat permasalahan in dari akar umbi kepada kewujudan sistem mata wang kapatalis ini. Diharapkan rencana ini dapat menjawab permasalahan kepada krisis kewangan yang melanda ini.


SEDETIK EVOLUSI WANG KERTAS MODEN MALAYSIA

Di belakang tabir itu semua, tersingkap niat Amerika ingin menjadikan dolar sebagai 'standard moneteri dunia', sehingga merajai aset internasional di pasaran dan mencengkam kekayaan tersebut. Sistem mata wang emas telah hancur musnah dan kadar pertukaran mata wang menjadi berubah-ubah secara drastik mengakibatkan sukarnya untuk melakukan pengiriman wang, barangan dan pekerja.

SISTEM ALTERNATIF

Pelbagai idea telah dikeluarkan, baik oleh pemimpin-pemimpin negara atau pakar-pakar ekonomi sebagai penyelesaian kepada krisis ini. Ada pihak yang telah mencadangkan supaya satu piawaian baru bagi membandingkan mata wang dunia menggantikan dolar disebabkan sifat dolar tidak stabil. Ia mencadangkan supaya ia digantikan dengan Kumpulan Mata Wang Umum yang setiap mata wang dinilai berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk ekonomi. Manakala seorang pakar ekonomi dari Institut Penyelidikan Namura, Jepun, C.H. Kwan telah mencadangkan supaya mata wang yen dijadikan pengimbang kepada dolar Amerika.

Adakah saranan-saranan ini boleh diterima pakai sebagai satu pendekatan alternatif ? Jika dikaji pendekatan yang dicadangkan oleh C.H. Kwan, ia pasti meyakinkan kita bahawa ia akan menambahkan lagi kegawatan kemelesetan ekonomi ASEAN. Seandainya satu standard sudah boleh meruntuhkan ekonomi ASEAN, cuba bayangkan seandainya dua standard bergabung menjatuhkan mata wang ASEAN ?

Islam telah bangkit sebagai satu ’mabda’(ideologi) yang mengabungkan akidah dan sistem yang dapat menyelesaikan seluruh permasalahan kehidupan manusia termasuklah sistem mata wang. Permasalahan piawaian nilai mata wang telah digariskan lebih kurang 1400 tahun dahulu dan sistem ini telah berjalan selama 1342 Hijriah sehinggalah kejatuhan khalifah pada 3 Mac 1924. Islam telah meletakkan piawaian mata wangnya dengan menggunakan emas dan perak yang terbukti berkesan.

TUNTUTAN SYARA’ MENGGUNAKAN MATA WANG EMAS


*Istilah:

Pertama:
Islam telah mengharamkan penimbunan harta (kanzul mal*) untuk emas dan perak, sedangkan barangan lain digunakan istilah sorok ""ihtikar"*. Walaupun emas dan perak merupakan harta tetapi penggunaan istilah yang penimbunan harta (kanzul mal) adalah khusus untuk menunjukkan mata wang Islam adalah bersandarkan kepada emas dan perak. Allah swt berfirman:
"Dan orang-orang yang menimbun emas dan perak, serta tidak menafkahkannya di jalan Allah (untuk jihad), maka beritahukan kepada mereka (bahawa neraka akan mendapat) azab yang pedih"[ TQ At-Taubah:34]

Kedua:
Islam telah mengaitkan emas dan perak dengan hukum-hukum yang beku dan tidak berubah-ubah. Ketika Islam mewajibkan diyat, Islam telah menentukan diyat tersebut dengan ukuran tertentu dalam bentuk emas. Rasulullah saw. bersabda :
"Tangan itu wajib dipotong, (apabila mencuri) ¼ dinar atau lebih".[H.R Imam Bukhari, dari Aisyah].
Batasan hukum tertentu dengan mempergunakan dinar, dirham dan mitsqal ini telah menjadikan dinar dan dirham sebagai kombinasi wang yang digunakan untuk mengukur nilai barang dan tenaga. Jadi, kombinasi wang inilah yang menjadi wang, dan kombinasi inilah juga yang menjadi sandaran wang tersebut. Islam juga telah mengaitkan hukum-hykum syara’ dengan emas dan perak dalam bentuk nash, yakni ketika hukum-hukum ini terkait dengan masalah wang, adalah bukti bahawa wang tersebut berupa emas dan perak.

Ketiga :
Rasulullah saw. telah menetapkan emas dan perak sebagai wang dan standard wang. Di mana standard barang dan tenaga akan dikembalikan kepada standard tersebut. Juga sandaran emas dan perak inilah semua bentuk transaksi boleh dilangsungkan. Beliau telah membuat standard wang ini dalam bentuk uqiyyah, dirham, daniq, qirath, mistqal dan dinar. semuanya ini sudah dikenali dan sangat masyhur pada masa Nabi saw, di mana masyarakat telah mempergunakannya dalam melakukan transaksi. Semuanya tadi dilakukan dengan emas dan perak sebagai wang yang berlaku untuk jualbeli dan nikah. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadith-hadith sahih. rasulullah telah menetapkan berat emas dan perak tersebut dengan berat tertentu iaitu timbangan penduduk Mekah. Imam Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan dari Ibn Umar, bahawa Rasulullah saw. bersabda:
"Timbangan tersebut adalah timbangan penduduk Mekah"
Dengan meneliti kembali berat timbangan wang dalam Islam, maka nampak jelas bahawa 1 uqiyah menurut ukuran syara’ adalah sama dengan 40 dirham. Sedangkan 1 dirham sama dengan 6 daniq. Sementara 1 dinar sama dengan 20 qirath, dan setiap 10 dirham sama dengan 7 mistqal. Di mana semuanya tadi telah ditetapkan oleh timbangan-timbangan Madinah.

Keempat :
Ketika Allah swt. mewajibkan zakat wang, maka Allah telah mewajibkan zakat tersebut untuk emas dan perak, kemudian Allah menentukan nishab zakat tersebut dengan nishab emas dan perak. Dengan adanya zakat emas dan perak tersebut, telah menentukan bahawa wang tersebut berupa emas dan perak.

Kelima :
Hukum-hukum tentang pertukaran wang (money changer) hanya disebut dengan emas dan perak. Ketentuan syara’ tentang pertukaran mata wang tersebut dengan emas dan perak adalah bukti yang tegas bahawa wang mestilah dalam bentuk emas dan perak dan bukannya sandaran selainnya. Nabi saw. bersabda:
Emas dengan mata wang (boleh terjadi) riba, kecuali sama-sama sepakat." [HR Imam Bukhari]

Dengan memperhatikan kelima-lima hal tadi, akan tampak bahawa wang dalam Islam berhubungan dan terikat dengan hukum-hukum syara’. Sehingga keharaman menimbunnya, kewajipan mengeluarkan zakatnya, adanya hukum-hukum pertukarannya, diamnya Rasulullah untuk melakukan transaksi dengannya, serta keterkaitan diyat dan potong tangan dalam pencurian, telah menjadikan wang tersebut sebagai suatu isu utama. Jadi wang dalam Islam harus berupa emas dan perak.

KEBAIKAN SISTEM MATA WANG BERSANDARKAN EMAS

Kebaikan sistem mata wang emas jika dibandingkan dengan sistem mata wang kertas ataupun sistem-sistem yang lain adalah bahawa secara pasti sistem mata wang emas bersifat internasional. Di mana kebaikan seperti ini tidak boleh dimiliki oleh sistem-sistem wang lain.
Di antara kebaikan yang terpenting adalah seperti berikut:

  1. Sistem mata wang emas akan mengakibatkan kebebasan pertukaran emas, mengimport dan mengeksportnya. Dalam keadaan seperti ini, aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negeri, yang mana boleh mempengaruhi harga-harga barang dan gaji pekerja.
  2. Kegiatan pertukaran mata wang di antara negara menjadi tetap kerana tetapnya nilai pertukaran mata wang tersebut. Ini menyebabkan meningkatnya perdagangan antarabangsa. Para Saudagar antarabangsa tidak takut bersaing kerana kegiatan mata wangnya tetap, maka mereka tidak bimbang dalam memgembangkan perniagaannya.
  3. Dalam sistem mata wang emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mungkin memperluas peredaran wang kertas kerana secara umum wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu. Sebab, pemerintah-pemerintah tertentu khuatir jika memperluas peredaran wang kertas tersebut, ini akan menambah jumlah permintaan emas dan pemerintah sendiri tidak sanggup menghadapi permintaan tersebut.
  4. Tiap mata wang yang digunakan di dunia selalu dibatasi dengan standard tertentu berupa emas. Dan pada masa itu, pengiriman barang, kekayaan dan orang dari satu negara ke satu negara lain menjadi mudah. Sehinggalah masalah potongan wang boleh dihilangkan.
  5. Tiap negara akan menjaga kekayaan emas, sehingga tidak berlaku pelarian emas dari satu negara ke satu negara lain. Kekayaan tersebut tidak akan dipindahkan dari negara tersebut kecuali adanya alasan yang sah menurut syara'.
  6. Inilah beberapa kebaikan sistem mata wang emas yang kesemuanya mengharuskan dunia untuk mengamalkan sistem mata wang tersebut.


    KESIMPULAN

    Islam adalah 'deen' yang sempurna yang telah diturunkan oleh Allah swt. untuk menyelesaikan semua permasalahan manusia, di mana ia merangkumi semua sistem kehidupan sama ada sistem pemerintahan, ekonomi, sosial dan luar negeri serta sistem pendidikan yang dapat menjamin kesejahteraan dunia. Persoalan mata wang adalah merupakan salah satu cabang dari sistem ekonomi Islam dan merupakan satu cara pendekatan terbaik sebagai langkah penyelesaiankrisis mata wang kini. Semoga kita sama-sama berusaha menegakkan kembali sistem Islam yang sekian lama telah ditinggalkan.


    Anda ingin mengulas tajuk ini ? Sila hantarkan ulasan anda kepada saya melalui email atau pun melalui Send Me Your yang disediakan.