Aksi harimau menghambur mangsa, daripada Webmaster...

BIODATA WEBMASTER

Sejarah Penglibatan dalam Silat Seni Gayong

Mula menyertai Silat Seni Gayong sejak Ogos 1987 di gelanggang Sek. Men. Dato' Sheikh Ahmad, Arau di bawah pengawasan Gurulatih Kanan En. Arjan Bin Man.

Setelah lapan bulan berlatih di gelanggang tersebut, beliau dikurniakan bengkung Awan Putih.

Dalam bulan Oktober 1988 beliau menerima bengkung Pelangi Hijau dalam majlis penyampaian bengkung yang diadakan di dewan Sek. Men. Syed Hassan Kangar yang disampaikan oleh exco kerajaan negeri Perlis.

Sepanjang penglibatan beliau dalam Silat Seni Gayong, beliau telah berpeluang mengikuti kursus kenaikan bengkung Pelangi Merah Cula Sakti di Pusat Latihan Tertinggi PSSGM dan Serantau di Ayer Kuning, Taiping.

Sekarang beliau menyandang bengkung Pelangi Kuning.

Duduk dari kiri: Onn Mohd.Jadi, Cikgu Nordin Abd.Rahman, Shahsuzanni Abu Bakar(webmaster). Duduk di hadapan: Saudara Zailani Zulkifli.