|
|
|
|
Jangan lepaskan
peluang anda untuk melanggan secara percuma KLIK BUTANG
DIBAWAH Buletin
terdahulu Adakah anda mempunyai sebarang topik-topik tertentu atau sebarang
komen-komen untuk diperbincangkan? E-mail sebarang cadangan anda sekarang! Klik butang dibawah ini |
Membina Inspirasi Inspirasi
Kejayaan Anda Salam
sejahtera semua.... Baru-baru
ini saya telah menghadiri satu kursus Latihan Pengarah Korporat yang
dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM). Menurut desas-desus yang bertiup, kursus
ini mungkin akan diwajibkan kepada semua pengarah-pengarah syarikat di
Malaysia. Bermakna bahawa semua
warganegara Malaysia yang ingin menjadi pengarah syarikat di Malaysia akan
diwajibkan menjalani kursus tersebut. Selama
satu setengah hari berada disana, kami telah didedahkan dengan beberapa
perkara/isu-istu semasa, termasuklah kes-kes terbaru yang melibat seorang
tokoh korporat ternama dan juga menteri yang telah didakwa melakukan
kesalahan rasuah serta kes-kes lain yang telah menjadi kontravesi di negara
ini. Seorang
penceramah kursus tersebut telah menekankan betapa pentingnya kita mempunyai
sifat peka kepada alam sekeliling, persekitaran dan perkara-perkara yang
berlaku di sekitar kita untuk menjadi petunjuk-petunjuk asas terhadap apa
yang sedang berlaku dan mungkin kepada apa yang akan berlaku. Petunjuk-petunjuk
kecil ini sememangnya ketara didalam kehidupan kita tetapi jika kurang
mengamati ciri-ciri tersebut, kita akan mengambil mudah perkara-perkara tersebut
sehingga ia menyebabkan kita kerugian.
Contoh yang mudah mungkin kita boleh perhatikan tentang kenderaan
kita. Sebarang bunyi-bunyi “pelik”
mungkin menunjukkan bahawa terdapat masalah-masalah yang mungkin akan menjadi
semakin ketara. Jika kita peka dan
membawa kereta kita ke mekanik pakar, kita akan menjadi tertarik melihat
kepakaran mekanik tersebut bagaimana dengan melakukan perkara-perkara mudah,
atau dengan hanya mendengar bunyi kenderaan tersebut, dia dapat mengdiagnosis
masalah kenderaan tersebut. Tahukah
anda bahawa seorang jurutera perunding mungkin hanya menggunakan guli-guli
kecil untuk menguji samada sesuatu lantai tersebut rata atau sebaliknya? Kebanyakkan perkara dapat diuji dengan
menggunakan asas-asas pancaindera kita tanpa menggunakan kaedah-kaedah
canggih. Sebagai contohnya, bidang
kerjaya saya sebagai seorang pakar kejururteraan pembersihan kimia,
seringkali menggunakan kaedah-kaedah mudah untuk menentukan ketepatan sesuatu
ujikaji atau sesuatu projek. Sebagai
contohnya, bagaimana saya dapat menentukan bahwa sebatang paip yang berisi
air itu kotor atau tidak? Saya akan
mengambil sebatang kayu/besi dan memukul perlahan diluar paip air tersebut
dan mengambil contoh air tersebut.
Jika airnya masih bersih, maka paip air tersebut mempunyai
kebarangkalian yang lebih tinggi sebagai paip yang bersih dan sebaliknya jika
air tersebut kotor. Namun
begitu, tidak semua perkara adalah semudah yang kita lihat. Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya,
kita mungkin melihat bahawa sebuah loji pemprosesan gas atau loji-loji
petrokimia mungkin telah direkabentuk oleh sekumpulan jurutera-jurutera
pakar. Tatapi siapakah yang membina
struktur-struktur besi tersebut? Siapakah
yang membuat kerja-kerja kimpalan besi, memasang “scaffolding”, mengikat
bata, dan membuat kerja-kerja lain?
Siapakah yang memandu kren, yang memandu jentera-jentera berat dan
membuat kerja-kerja buruh tersebut?
Bagaimanakah sebuah loji yang canggih dapat dibina oleh sekumpulan
manusia yang mempunyai latarbelakang kemahiran yang berbeza??? Jawapannya ialah delegasi dan permudahkan... Melalui proses delegasi disusuli dengan
proses permudahan, setiap kerja boleh dibahagi-bahagikan kepada
individu-individu tertentu dan seterusnya dapat dipermudahkan menjadi
unit-unit kerja yang dpat dilakukan oleh individu-individu tertentu... Kehidupan
kita juga boleh kita permudahkan menjadi unit-unit kehidupan tertentu yang
mungkin akan menjadikan kita melihat kehidupan melalui perspektif yang
berbeza.. Tetapi bagaimana?? Melihat kejayaan sebagai suatu proses
kehidupan mungkin boleh membantu.
Terlalu ramai individu yang terlupa bahawa kejayaan merupakan sesuatu
yang relatif dan merupakan sesuatu yang dinamik. Semasa keluar Universiti, ramai rakan-rakan
yang menyangka bahawa mereka telah berjaya, tetapi mereka sebenarnya hanya
berjaya mendapat segulung ijazah, dan mempunyai banyak lagi cabaran-cabaran
didalam kehidupan ini. Cabaran-cabaran
lain akan bermula, seperti cabaran alam pekerjaan, cabaran alam perkahwinan,
cabaran alam menjadi ibubapa dan sebagainya.
Oleh itu jika kita merasakan bahawa segulung ijazah sebagai kejayaan
mungkin kita akan menjadi berpuashati dengan pencapaian kita dan selesa dan
seterusnya tidak berminat untuk menambah pengetahuan kita dan akhirnya
menyebabkan kita ketinggalan. Justeru
itu, melihat kehidupan sebagai suatu proses dan kejayaan sebagai proses akan
menyebabkan kita sentiasa beringat bahawa cabaran-cabaran kehidupan akan
senantiasa silih berganti dan akan menjadikan kita senantisa ingin
memperbaiki tahap kehiduapan kita disamping terus berusaha menambah ilmu dan
kemampuan kita. Bagaimana?
Mahukah anda mengubah persepsi hidup anda?
Mulakan sekarang........ MEMBINA
INSPIRASI – FEBRUARI 2004 Membina Inspirasi Inspirasi
Kejayaan Anda Apa khabar semua...........Saya berharap
anda semua masih berfikiran positif dan sentiasa mempunyai jati diri yang
tinggi untuk menempuh tahun 2004..... Baru-baru
ini saya telah mengalami pengalaman yang baru didalam kehidupan ini. Yang menyebabkan saya terus berfikir dan
menambah kesedaran bahawa kebanyakkan pengalaman-pengalaman hidup tidak dapat
dibeli dengan wang ringgit. Saya juga
amat bersyukur kerana Allah SWT telah menganugerahkan saya suatu
tanggungjawab yang besar. Iaitu
menjadi bapa kepada anak-anak saya.
Sememangnya ianya menjadi suatu tanggungjawab yang amat berat, tetapi,
sebagai manusia, saya hanya bertawakkal kepada Allah SWT supaya memberikan
pedoman dan hidayahnya agar saya dapat memikul tanggungjawab tersebut dengan
sempurna. Melalui
pengalaman-pengalaman ini barulah saya sedar betapa sayangnya ibubapa kita
terhadap kita semua. Barulah kita
sedar nikmat dan anugerah seorang anak terhadap insan. Hakikatnya anugerah tersebut hanya dapat
kita nikmati jika kita menjadi ayah kepada anak kita. Tahun
baru merupakan tahun yang sering kita tunggu-tunggu untuk menyambutnya. Kita berharap dengan kemunculan tahun baru
dapat menjadikan kita seorang yang lebih berjaya. Kita akan membuat azam-azam baru untuk
dilaksanakan sempena tahun baru tersebut. Manusia
yang berjaya biasanya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan yang
menyeluruh terhadap usahanya untuk melakukan sesuatu. Tanpa komitmen yang tinggi, kejayaan memang
sukar untuk dikecapi. Untuk
berjaya, kita harus mempunyai arah tuju yang jelas, yang mampu menjadi
penunjuk arah usaha kita. Kita harus
mempunyai sasaran, mempunyai matlamat dan mempunyai wawasan yang jelas. Kita juga seharusnya mempunyai iltizam diri
yang ikhlas terhadap sasaran dan wawasan kita. Kita
haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat dan wawasan kita
agar ianya menjadi sebati dengan diri kita dan tidak ada percanggahan yang
boleh membantukan usaha kita. Kita
seharusnya menyeragamkan dan mensinkronaiskan matlamat dan wawasan kehidupan
kita dengan cara hidup kita. Orang
yang berjaya mempunyai sifat-sifat positif yang akan mendorongnya untuk
berjaya. Untuk berjaya kita hendaklah
mempunyai nilai-nilai kehidupan seorang yang berjaya. Ciri-ciri orang yang berjaya biasanya dapat
dilihat dengan nyata antaranya :- 1.
Mempunyai
definisi kejayaan diri 2.
Mempunyai
matlamat dan wawasan yang jelas tentang kehidupannya. 3.
Sentisa
menepati waktu dan berusaha untuk menepati waktu 4.
Sentiasa
mengotakan janji-janjinya 5.
Sentiasa memperbaiki
apa yang dirasakan sebagai kelemahan diri 6.
Sanggup
untuk bekerja kuat dan bekerja dengan tekun Sebenarnya
kita sendiri tahu formula untuk berjaya.
Semua orang tahu. Cuma mungkin
kita tidak dapat menterjemahkan kedalam kehidupan kita. Atau kita mempunyai sebab-sebab tertentu
yang menjadi dugaan dan halangan usaha kita. Semoga
tahun 2004 akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang didalam kehidupan
kita... Jumpa
lagi.................................................................. Artikel - 2003 MEMBINA
INSPIRASI - 06 September 2003 Membina Inspirasi Inspirasi
Kejayaan Anda Apa khabar semua? Bertemu kembali didalam ruang ini.... Bulan ini, kita akan berbincang dengan lebih mendalam mengenai.................. Apabila
pemikiran dipenuhi dengan perkara-perkara positif, kita mempunyai keupayaan
yang lebih tinggi. Kita akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang
mampu kita lakukan untuk meningkatkan kehidupan kita. Kita akan mampu untuk
mengembangkan idea-idea pemikiran yang positif dan dapat kita zahirkan
melalui perbuatan kita. Dan apabila kita terus melakukan perbuatan yang
membawa kebaikan, tahap keyakinan didalam diri kita akan semakin berkembang.
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan secara berterusan dapat membantu menambahkan
keyakinan kita. Katakanlah
kita ingin belajar memandu kereta. Bagaimanakah keadaan kita pada kali
pertama kita memandu. Kita mungkin gugp, terketar-ketar, hilang tumpuan dan
sebagainya. Kemudian kita akan terus diajar untuk mengawal kenderaan tersebut
dan akhirnya kita berjaya menguasai cara-cara bagaimana kita perlu mengawal
kenderaan tersebut. Setelah itu kita akan menjadi yakin dan bertambah yakin
setelah kita terus berusaha dengan gigih hingga akhirnya kita yakin untuk
mengambil ujian memandu. Mungkin dalam keadaan yang lain pula kita
sememangnya mempunyai kecenderungan yang tinggi dan mempunyai bakat
semulajadi dalam bidang senilukis. Kita juga mempunyai kemampuan yang
mengatakan kita mampu menjadi pelukis terkenal. Secara tidak langsung kita
mengatakan pada diri kita bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menghasilkan
lukisan bermutu tinggi dan keadaan ini pastinya akan membuatkan kita menjadi
lebih beridea kerana keharmonian minda dan keupayaan bakat kita.Selanjutnya,
ada baiknya kita melihat apakah yang kita katakan sebagai keupayaan
pemikiran, keupayaan idea serta keupayaan perbuatan. Untuk itu, pertamanya
kita perlunya melihat apa yang dinamakan keupayaan pemikiran. Keupayaan
pemikiran kita merupakan suatu keupayaan yang kita bina didalam fikiran kita.
Ianya merupakan keupayaan sebenar diri kita yang sering kali kita gunakan
dalam setiap aspek kehidupan kita. Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan,
minda kits sksn mrnyatakan kemampuan kita. Minda
kita akan menyatakan kemampuan tersebut dalam bentuk imej, bisikan, gambaran
perasaan dan sebagainya yang akan disampaikan kepada kita. Minda pemikiran
ini juga biasanya telah merancang apakah bentuk tindakan dan tindakbalas yang
akan dilakukan oleh kita. Oleh itu, secara tidak langsung kita akan dapat bertindak
atau melaksanakan perbuatan kita melalui mesej yang disampaikan melalui
komunikasi minda kita kedalam diri kita. Keadaan ini merupakan suatu
peringkat yang penting kerana ianya akan menentukan samada kita akan berjaya
melakukan perkara yang kita fikirkan atau tidak. Jika dalam hal ini minda
kita mengatakan bahawa diri kita tidak mampu, kemungkinan untuk kita gagal
adalah tinggi. Dalam hal ini, kita perlu sentiasa membina minda kita untuk
terus memikirkan secara optimis perkara-perkara yang kita jumpa dalam
kehidupan kita sehari-hari supaya kita mempunyai keupayaan sebenar yang baik.
Dan seperti yang kita bincangkan, kita ada mempunyai pelbagai kaedah untuk
membina minda kita. Oleh itu apabila pemikiran yang telah disampaikan dalam
diri kita untuk menentukan keupayaan kita, selanjutnya berlaku proses
pencetusan idea. Pada peringkat ini melalui maklumat-maklumat yang telah
dicetuskan oleh minda kita, kita akan mempunyai persepsi yang akan kita
fikirkan sebagai idea (atau ilham). Idea kita ini akan mempengaruhi bagaimana
kita akan bertindak. Apa yang dilakukan dalam peringkat ini ialah, akal kita
akan memikirkan alternatif-alternatif yang akan kita gunakan dalam keadaan
tersebut. Katakan kita ingin menerbitkan sebuah artikel yang
berkisar tentang penggunaan robot dalam industri. Dan minda pemikiran kita
menyatakan bahawa kita akan berjaya menyiapkannya dan mampu untuk
menyiapkannya. Maklumat tentang kemampuan ini akan disampaikan ke dalam diri
kita dan kita akan berfikir mengenai bagaimana caranya kita dengan jayanya
akan menyiapkan artikel tersebut. Fikiran kita akan menjadi tertumpu kepada
perkara-perkara yang mampu membuat kita berjaya mencapai matlamat kita. Hasil
daripada fikiran tersebut, idea akan tercetus dan idea inilah yang akan dapat
kita gunakan untuk meneruskan matlamat kita. Oleh itu jika kita mampu untuk
terus membina minda ke arah yang lebih positif, kita akan sentiasa mempunyai
idea untuk melakukan perkara tersebut hasil terjemahan dan komunikasi dari
keupayaan pemikiran ke peringkat keupayaan idea. Setelah itu cara kita
berfikir akan menjadi lebih tertumpu kearah kejayaan. Kita akan menghasilkan
idea-idea yang menyokong tindakan kita untuk terus gigih berusaha
merealisasikan apa yang kita fikir kita mampu lakukan. Sebab itulah dalam
bidang sukan, ketahanan mental perlu kukuh dalam diri individu untuk terus
menghasilkan idea-idea semasa perlawanan untuk menumpaskan lawan kita. Dengan
itu kita menjadi lebih yakin untuk terus menghadapi saingan dari pihak lawan
dan sentiasa terus memberi tentangan hebat.Kita ambil contoh pula suatu
keadaan dimana kita berada di dalam suatu situasi dimana kita perlu
menyampaikan ceramah mengenai kepentingan membaca didalam sesebuah masyarakat
di sebuah sekolah rendah. Bagaimanakah keadaan kemampuan minda pemikiran kita
ketika itu? Katakanlah kita merupakan seorang pegawai yang bertugas disebuah
perpustakaan dan mempunyai maklumat-maklumat yang lengkap yang mudah kita
sampaikan kepada orang ramai. Kita juga nmempunyai pengalaman lalu
menyampaikan ceramah ditempat-tempat lain Sudah pasti minda kita akan
menyatakan dalam diri kita yang kita mampu melakukannya. Hasil dari cara pemikiran kita,
idea-idea dicetuskan dan kita akan menjadi semakin bersedia dengan sokongan
yang dicetuskan melalui idea-idea kita. Kita tergambar bagaimana kita mula berdiri di
hadapan para peserta ceramah yang ingin mendengar ceramah kita. Terlintas di
fikiran kita apakah bentuk-bentuk fakta yang akan kita sampaikan. Kita
bayangkan alat-alat pandang dengar yang akan membantu kita menyampaikan
maklumat-maklumat tersebut dengan lebih berkesan. Bukankah kita menjadi
seseorang yang lebih bertenaga? Bayangkanlah pula kita seorang yang tiada
pengetahuan langsung tentang buku dan tidak pernah sebelum ini menyampaikan
ceramah dimana-mana? Apa akan terjadi? Katakan timbul perasaan tidak yakin?
Apakah bentuk idea yang kita cetuskan? Kita terbayang kita terketar-ketar
ketika berada di hadapan peserta. Kita menjadi gugup dan tidak pasti apa yang
akan kita katakan. Kita menjadi seakan-akan kehilangan punca. Kita terbayang
bagaimana peluh dingin mula membasahi ketiak kita.Sebenarnya walaupun perkara
ini sememangnya biasa kita alami, tetapi mungkin masih tidak sedar tentang
peranannya sebagai pengukur kemampuan diri yang mampu membataskan pencapaian
kita, ataupun kadangkala memberikan kesan jangka masa panjang terhadap
pembentukan personaliti kita, penampilan kita dan sebagainya. Jadi apa kata
mulai dari sekarang, kita perhatikan diri kita, serta bagaimana minda kita
berfikir untuk menghasilkan idea-idea. Kita pastikan kita terus membina minda
kita kearah kebaikan dan seterusnya menjadi individu yang lebih optimistik
dalam perbuatan kita. Walau pun mungkin kita sememangnya kurang maklumat
tentang sesuatu perkara tersebut, apakata kita tanamkan keyakinan bahawa kita
akan berjaya dalam setiap pekerjaan kita. Bukankah ianya akan mencetuskan
idea-idea hebat nanti? MEMBINA
INSPIRASI - 10 Ogos 2003 Membina Inspirasi Inspirasi
Kejayaan Anda INSPIRASI Pernahkah anda
mendengar lirik-lirik yang menyentuh tentang inspirasi atau menggunakannya?
Lagu kumpulan Wings - Inspirasi Taming Sari mengingatkan kita tentang
kehabatan keris Taming Sari kepunyaan Laksamana Hang Tuah yang terkenal.
Taming Sari dikatakan keris sakti yang membuatkan pemiliknya kebal dan
berkuasa. Semasa menjalankan tugasnya untuk menentang Hang Jebat, Hang Tuah
terpaksa menipu musuhnya untuk mendapatkan keris tersebut yang menjadi sumber
inspirasinya. Lagu kumpulan Chicago juga ada menceritakan bagaimana seorang
wanita menjadi sumber inspirasinya dalam menyerikan serta memberi makna pada
kehidupannya. Jadi apakah sebenarnya yang kita sering katakan inspirasi itu?
Apakah sebenarnya maksud yang tersirat dan yang tersurat dalam perkataan
inspirasi tersebut?Sebenarnya perkataan inspirasi biasanya dikaitkan dengan
kreativiti individu. Definasi
inspirasi ini sebenarnya mempunyai pelbagai pendekatan berbeza untuk
menerangkan maksudnya. Walau bagaimana pun untuk memudahkan pemahaman,
inspirasi yang akan digunakan didalam buku ini akan membawa maksud : Sesuatu Pengaruh Yang Melahirkan Keazaman Diri Serta Melahirkan Idea Yang
Unik Dan Kreatif Yang Menghiasi Ruang
Minda Individu Yang Seterusnya Dizahirkan Dalam Kehidupan Seseorang. Ini bermakna inspirasi itu merupakan sesuatu
yang dapat mendorong manusia untuk melahirkan keupayaan diri secara effektif
dan berkesan dan berupaya mendatangkan perubahan yang ketara dalam sebuah
kehidupan seseorang. Ianya dapat mempengaruhi manusia untuk menghasilkan yang
terbaik pada setiap kelakuan individu tersebut. Apa yang lebih penting lagi
ialah ianya mempengaruhi serta menghiasi ruang minda yang dalam erti kata
lainnya, ianya berupaya mengubah tahap keyakinan dan kepercayaan
seseorangindividu tersebut. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka yang berjaya
mengatakan bahawa mereka mempunyai sumber inspirasi yang memberi sokongan ke
atas kejayaan mereka. Bermakna mereka mempunyai sesuatu yang dapat
mempengaruhi mereka untuk menghasilkan keazaman luar biasa yang mampu
mengatasi segala halangan dan menzahirkan segala keupayaan yang penuh kreatif
yang dianggap sebagai mustahil oleh kebanyakan orang. MEMBINA
INSPIRASI – 18 July 2003 SELAMAT BERTEMU KEMBALI DIDALAM RUANGAN MEMBINA
INSPIRASI... Kegigihan merupakan aspek
yang pening didalam kehidupan ini.
Jika kita sentiasa gigih untuk berusaha, isyaallah kita akan
berjaya. Kejayaan sememangnya
merupakan suatu proses yang perlu dilakukan secara berterusan. Setiap manusia perlu berusaha
untuk memperbaiki kehidupan kita didalam pelbagai aspek, kerohanian, jasmani,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Memang
benarlah kata-kata yang bermaksud “cakap memang mudah, tetapi hendak
melaksanakannya amat susah”. Hendak
melaksanakan sesuatu memerlukan kesedaran dan keinginan. Atau pun melalui motivasi, sesuatu sebab
atau motif, kenapa kita perlu kepada perbuatan tersebut. Jadi bagaimana kita ingin
memberikan diri kita motivasi dan inspirasi? Cara yang mudah ialah dengan
membayangkan keadaan kita jika kita melaksanakan perkara-perkara yang sukar
tersebut. Cuba fikirkan faedah yang
dapat kita perolehi jika kita tekun melaksanakan kerja-kerja kita. Dengan adanya kesedaran atau gambaran
tentang keadaan kita dimasa hadapan, kita akan lebih peka terhadap
kepentingan sesuatu tndakan tersebut.
Jnagan malu untuk membina impian, kerana impian merupakan suatu
kenyataan yang belum terlaksana. Tiada
siapa yang boleh menghalang anda untuk mengimpikan sesuatu. Jadi luangkan sedikit masa kita untuk
berfikir dan membina impian-impian kita..
Dengan ini, kita mempunyai kesedaran tentang kepentingan untuk
melaksanakan sesuatu perkara. Kehidupan merupakan suatu
proses yang berterusan dan kita harus terus berusaha untuk merealisasikan
impian kita. Kejayaan merupakan suatu
proses didalam kehidupan, oleh itu kita harus terus mencipta kejayaan demi
kejayaan didalam kehidupan kita. Terdapat pelbagai aspek
kehidupan yang perlu kita fikirkan setiap hari dan sebab itulah kita harus
dapat menumpu perhatian untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan berkualiti. Jadi usah berlengah lagi, dan
teruskan cita-cita anda untuk mengejar impian anda. Baru-baru ini saya telah
berpeluang untuk bertemu dengan pakar JUALAN terkenal Brian Tracy – The
Psychology of Selling, Success Psychology dan banyak lagi.. Menurut beliau, kita dibataskan oleh cara
pemikiran kita. Bermakna bahawa, cara
kita berfikir mempengaruhi corak kehidupan kita. Jika berfikir bahawa kita tergolong
dikalangan orang-orang berjaya, kita akan cenderung untuk melakukan
perkara-perkara yang menjuruskan kepada kejayaan. Cara pemikiran kita mampu menjadikan kita
samada seorang yang berjaya atau sebaliknya.
Oleh itu, kita perlu menyedarkan dan sentiasa menyedarkan diri kita
bahawa kita merupakan indivisu yang berjaya dan sentiasa mencipta
kejayaan. Beliau menyarankan bahawa
kita perlu memberi penumpuan untuk menyedarkan diri kita dan sentiasa
memberitahu diri kita bahawa kita merupakan seorang individu yang berjaya. Kita harus memberitahu yang diri kita
setiap hari bahawa kita akan mencipta kejayaan demi kejayaan demi kejayaan
demi kejayaan. Kita harus melihat diri
kita sebagai seorang individu yang berjaya. Beliau juga menyarankan agar
kita sentiasa mengingatkan diri kita untuk berusaha dengan cara bisikan
hati/bisikan diri, setiap hari sebelum tidur, katakan kepada diri anda
tentang impian anda, tentang cara pemikiran dan kehidupan yang anda inginkan,
sebagai contohnya jika kita seorang Akauntan, kita boleh katakan kepada diri
kita “Saya seorang akauntan yang baik, yang berkaliber, yang cemerlang dan
sebagainya”. Katakan dan bisikkan
kepada diri kita sendiri supaya minda separuh sedar kita dapat merakamkan
mesej tersebut kedalam keihdupan anda. Menurut beliau lagi, kejayaan
kita bergantung kepada sejauh mana tanggapan kita terhadap diri kita tentang
kemampuan kita. Oleh itu, amat penting
bagi kita untuk sentiasa meningkatkan tanggapan kita terhadap kemampuan kita
dan seterusnya terhadap diri kita sendiri Hubungi kami hari ini untuk meningkatkan Potensi Diri
Anda dan bersama menyumbang kearah
kehidupan yang lebih berharga untuk anda, keluarga dan masyarakat
disekeliling anda Contact
us today and discover how we can help you to Maximize your Personal
Potential and contribute to a better and
healthier life to those around us |
|
|
|
|
Tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati, Dear Friends Alamat e-mail tuan-tuan
telah dcadangkan sebagai pelanggan newsletter "MEMBINA INSPIRASI"
yang diedarkan secara PERCUMA. Jika terdapat kesilapan dan tuan-tuan
tidak ingin desenaraikan sebagai pelanggan newsletter ini, sila bals e-mail
ini dan type "unsubscribe" atau "keluarkan" pada kotak
subjek supaya alamat e-mail anda dapat dikelaurkan dari senarai e-mail
kami. Ini merupakan newsletter daripada HISHAM BIN JABAR yang
diterbitkan secara percuma mengandungi informasi mengenai PENGEMBANGAN DIRI. By
recommendations, your email address is currently being added as subscriber to
our mailing list for the monthly "MEMBINA INSPIRASI"
newsletter. If there is any mistake
and you DON'T want to be added to this list, please reply this message and
type unsubscribe in the subject box so your name will be removed from our
mailing list. This is , a free newsletter from Hisham bin Jabar
sharing the informations on PERSONAL DEVELOPMENT published
by Hisham in Jabar. This is a Rich
Text (HTML) e-mail. If you have difficulties in viewing this e-mail, go
to format and select Rich Text (HTML) to view this e-mail. Subscriber
Info: To REMOVE yourself from future mailings, please reply this message
and type unsubscribe in the subject box Our contact is; Hisham Jabar merupakan seorang Penceramah Inspirasi
bebas yang membincangkan topik-topik mengenai inspirasi dan motivasi Hisham Jabar is a freelance Inspirational Speaker
who speaks on topics about inspitrations and motivations. Kepada sesiapa yang mendapatkan khimat beliau untuk
memberikan ceramah, sila hubungi beliau;- For those who wish to have him as a speaker, please
contact him;- Fax ; 09-5361776 Phone : 019-3869145 E-mail : segip@tm.net.my
|