BALA bila diundang...
-------------------------------------------------------------------------------
tanda2 sudah cukup untuk Allah menurunkan bala.
Daripada Ali bin Abi Thalib ra. Rasulullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:-
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang ( iaitu manusia payah untuk mengeluarkan zakat seolah-olah memberi zakat seperti mengeluarkan hutang)
4. Suami memperturutkan kehendak isteri (queen control)
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya (anak lebih menurut kehendak kawan walaupun menderhakai ibubapa)
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. (anak mula benci pada ayah atau suka menjauhkan diri daripada ayahnya)
8. Suara sudah di tinggikan di dalam Masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka (dari sudut akhlaq dan lain-lain).
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Arak sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh Kaum Lelaki).
13. Para artis (terutama artis wanita) disanjung-sanjung (dan dipuja)
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (para Sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.
HAdis Riwayat Tirmizi