Assalamualaikum,

Mengambil alih tugas polis atau Majlis Agama bunyinya sedap; tapi tak semudah yang dibayangkan. Ini true story berdasarkan pengalaman Fikir La Mahmud sendiri.

Di kawasan Seberang Jaya maksiat & jenayah makin menjadi-jadi. Oleh kerana pihak polis & majlis agama agak kekurangan anggota untuk mengawal kaw Seb Jaya yg makin hari makin sesak dengan segala jenis manusia, daripada Bangla, Indon hinggalah ke insan2 yang ntah apa kewarganegaraannya; maka kami anggota masyarakat tempatan mengambil inisiatif menubuhkan pasukan rondaan bertujuan membenteras maksiat & jenayah. Rondaan kami selalunya mendapat kerjasama pihak polis dan pihak surau & masjid. Saya telah terlibat dengan mereka sejak 5 tahun lalu. Melalui ruangan ini saya ingin berkongsi pengalaman suka duka tersebut.

Kisah #1: Mana Mayatnya?
------------------------

Ketika itu, kami baru sahaja selesai sembahyang maghrib di Surau; seperti biasa, sementara menunggu isyak, kami akan duduk2 di serambi luar bersembang mengenai hal semasa. Ketika itu ada bersama ialah Tok Imam, Pengerusi Surau, dan seorang sahabat berserta beberapa rakan lain.

Tiba2 datang dua orang hamba Allah, dalam 20-an; seorang berkopiah putih dan seorang lagi berpakaian agak kurang sesuai dgn suasana surau; jean hitam lusuh, t-shirt rock, rambut panjang merebang, pakai subang. Lepas jawab salam, saya tanya apa hal?. Dia tanya mana satu Tok Imam?; saya pun perkenalkan dia kpd Tok Imam. Selepas mereka salam dengan Tok Imam, kami tanya lagi apa hal?.

Si Mat Rock tu cakap "Pak Haji, ada mayat". Kami tanya mayat apa?. Dia cakap, slang indonesia tapi later confirm orang sabah. Yg sorang lagi tu bagitau yg isteri dia beranak dan anak tu mati, malam tadi lagi (pukul 10 mlm) tapi mayatnya tak tanam2 lagi. Ini dah dekat nak masuk isyak malam ni dah; dah dekat 24 jam. Jadi, kami tanya "MANA MAYATnya?".

"Ini dia..."; rupanya dia bungkus mayat tu bubuh dlm beg plastic brg yg kita beli kat supermarket tu, bawak mai surau, mai pakai huloq macam tu saja. Terkejut kami. Habis camna? check2 tengok ada surat sah mati dari Dr, bayi mati stillbirth. Dan ada permit pengkembumian semua. Habis tu, sebagai org Islam, nak kena sempurnakanlah mayat tu. Depa kat surau tengok kiri kanan, Tok Imam nak kena imam sembahyang isyak; habis siapa nak pi tanam mayat; dan nak pi dgn kereta siapa? kebetulan waktu tu kereta saya kat depan surau; jadi kereta mayatlah malam tu. Dipendekkan cerita, malam itu saya, pengerusi surau dan sahabat pi tanam mayat tu dekat satu kaw perkuburan di permatang pauh, yg 2 orang tu pun pergi sama. Kubur pula gelap, jadi saya pasang hi-beam lampu kat tepi kubur suluh kubur.

Lepas selesai semua, hantar balik 2 org tu, balik surau org dah habis sembahyang dah, tapi penuh kat luar tunggu kami. Lepas habis kami sembahyang, sorang hamba Allah bagi tau yg dia orang dapat info bahawa anak yg dilahirkan tu adalah anak luar nikah, dan mayat tu depa pakai main letak kat rak2 kasut kat luar rumah. Berderau darah kita orang.

Malam besoknya, lebih kurang 15 orang, kami pergi serbu rumah tu, kat Flat Sembilang Seberang Jaya. Marah punya pasal, kami ketuk pintu, then terus rempuh masuk; silap rumah tapi memang rumah budak2 Sabah; dalam rumah tu ada 6 or 7 lelaki dan 6 or 7 perempuan, tinggal serumah , perempuan dlm bilik (ada 3 bilik kalau tak silap), lelaki kat luar (ruang tamu). Tak taulah salah ke tidak ikut undang2, tapi yg attract out attention ialah poster2 3/4 bogel kat dinding rumah tu, kiri kanan dan kat mana saja mata memandang. Kata seorang abang tu (joke) "Kalau macam ni kita pun boleh tergoda ni". Kami ambik nama & IC mereka, dan beri amaran suruh pindah.

Lepas tu melalui maklumat yg diterima, kami ke rumah Flat yg kami cari; si mat rock yg datang mlm tadi tu namanya Ricky (kepala kat situ). Ketuk, beri salam, then terus rempuh masuk; dlm rumah tu, sama macam rumah tadi, dekat 10 org lelaki & 10 pompuan satu rumah. Pompuan duduk dlm bilik, lelaki kat luar. Sorang pompuan dlm bilik tu, masih terbaring baru bersalin, ngaku itu anaknya dan sibapa ada di Taiping, tak dapat datang; entah betul entah tidak.

Habis yg ngaku bapa mlm tadi siapa? Cari Ricky tak ada, tapi yg ngaku bapa tu ada, tak cakap banyak, nampak macam tak berapa betul aje. Mungkin dia confuse sebab cakap bahasa melayu pun tak berapa fasih. Bila tanya pasal apa lelaki & pompuan duduk serumah, mereka cakap agen mereka yg letak mereka serumah, tak ada pilihan.

Keesokannya, pihak surau contact Majlis Agama. Dua tiga hari kemudian, dengar cerita semua kena angkut.

Sekian Adanya.

(Sekiranya ada yg berminat, kisah2 yg lain akan menyusul).

Wassalam

Fikir La Mahmud