wasiat

Satu wasiat dari insan yang malang, di ceritakan kembali dan ditukar nama sebenarnya oleh Hasanah.

Aku menghadapi doktor pakar yang hampir sebaya dengan umurku, tapi tubuhnya tegap dan segar, dan aku hanya tinggal rangka sahaja. Ini kah yang dikatakan takdir dan suratan, bisik hati kecil ku. Walaupun begitu, seri wajah doktor itu dikelamkan oleh perasaan simpati dan belasnya. Dalam raut wajahnya dapat ku teka persoalan yang tidak terkeluar dari bibirnya. Namun dia hanya merenung sabar, memberi masa kepada ku untuk mengatakan yang paling utama dalam pemikiran ku. Ya, persoalannya, dari manakah aku dapati virus durjana yang memakan dan menakluki tubuh badan ku ini? "Lina jika kamu tidak pernah mendapat pemindahan darah, tidak pernah berkongsi jarum dan tidak pernah mengadakan perhubungan seks dengan lelaki lain selain dari suami mu, agaknya bagaimanakah kamu boleh mendapat jangkitan virus ini?". Ternyata aku telah menguji kesabarannya kerana dia sekarang bersemuka dengan persoalan yang telah pun aku dapati pengakuannya dari yang bertanggungjawab. Dan sebenarnya Puan doktor ini sudah pun maklum kerana semua itu sudah tertera didalam fail perubatan ku. "Puan doktor, semuanya sudah tertera di dalam fail kes saya". Doktor mengangguk kepalanya tanda pengertian dan terus memberi masa untuk ku meluahkan perasaan ku. Suamiku selama 17 tahun, yang memberikan benih-benihnya untuk ke sepuluh anak-anak kami. Pada zahir, kita tampak sebagai keluarga yang bahagia. Suami mencari wang dengan kerjanya sebagai kontraktor, sering sibuk dan keluar negeri kerana projek di bandar besar lebih besar untungnya. Dan aku, isteri misthali, megandung, membesarkan dan mendidik anak-anak sehingga kebanyakannya cemerlang di dalam akademik masing-masing. Suami ku mengatakan, anak-anak itu rezeki kurnian Tuhan. Dia seorang yang layak mengetuai keluarga, sembahyangnya tak tinggal, bahkan aku kerap dimarahi kerana melewatkannya. Begitu juga dengan kemampuannya sebagai seorang yang dinamakan lelaki, dan aku sebagai isteri yang baik, tidak pernah menolak, samada sore, lewat malam atau subuh hari. Aku mencintainya dan begitu juga dia, tapi dia telah menodai cinta kita dan yang paling keji, dia telah mengkhianati jasad ku dan seseorangnya anak lelaki kami yang berumur 3 bulan ini. Wahai anak ku, kau lambang keutuhan rumah tanggaku selama 17 tahun, dan kau jugalah yang membongkarkan rahsia keji ayahmu. Sejak kelahiranmu kau tidak pernah bebas dari cirit birit dan radang paru-paru. Dan aku yang belum sempat pulih dari melahirkan mu dirundung haru, sehingga pertahanan ku pun turut lemah dan akhirnya kita hampir tewas bersama mu dengan serangan hama-hama keji yang dihadiahkan oleh bapa mu. Anak ku, kau memiliki wajah handsome ayah mu, walaupun kecil dan nazak, aku dapat melihat mirip mu yang serupa. Mungkin, kuasa Allah s.w.t yang cepat menjemput mu kembali, melindungi mu dari noda dan dosa yang serupa. Atau Tuhan yang maha berkuasa masih mengasihani ku dan memberi ku harapan, yang aku akan di bantu oleh keujudan mu yang suci pabila ku diadili kelak. Anak ku, walaupun kau lahir dalam segala prasangka dan stigma kelahiran dan kematian mu, kaulah anak ku yang akan membantu ibu mu kelak. Sesungguhnya dalam setiap kedukaan, setiap malang, ada kekuatan yang boleh di intipkan. Tiada air mata dan tiada keluhan, dan Puan doktor, tiada kemarahan dan dendam dalam diri ku. Aku pasrah. Terima kasih atas kesabaran dan kelembutan mu. Oh, suamiku? Di mana dia sekarang? Puan doktor dia menerima yang dia HIV positif tapi dia mengatakan dia tidak ada AIDS". Suami ku tampan, kesana kemari dengan trooper atau mercedez, kesibukan ketara dengan panggilan dari handsetnya. Sekarang baru ku tahu bahawa kebanyakannya adalah berurusan dengan projek-projek di atas ranjang. Memang dengan gaya, rupa dan wangmu, kau tak akan kesepian di perantauan. Tambahan pula sekarang, gadis-gadis ramai yang hanya menangih tongkat mu tampa perlu dibayar. Pernah dulu aku mengigatkan mu supaya jangan mendekati pelacur-pelacur, takut mendapat penyakit, dan kamu mengatakan dengan yakin yang kamu tidak perlukan khidmat mereka. Betul suamiku, kamu tidak memerlukan khidmat mereka kerana sekarang ramai wanita-wanita Melayu yang sudah sama hanyut dan hilang pedoman sebagai mana ramai lelaki-lelaki Melayu juga. Aku tau suamiku, bahawa kau jaga aktiviti-aktiviti keji mu dengan baik dari pengetahuan ku, kerana KAU LEBIH TAKUT KEPADA ISTERI MU DARI KAU TAKUT KEPADA TUHAN. Dan apabila kau mengakui apa yang telah kamu buatkan, kata mu TUHAN MAHA PENGASIH DAN MAHA PENGANGPUN. Dan, sekarang ku tau suami ku ke secerut rantau, membahagikan hadiah istimewanya kepada wanita-wanita yang giankan nikmat terlarang. Mungkin mereka layak menerimanya, tetapi apakah nasib wanita malang yang akan bakal bergelar isteri nya sesudah ku menghembus nafasku yang terakhir. "Puan doktor, ku tinggalkan pesan kepada mu, lakukan sesuatu,,,,,,,,,aku sudah tak terdaya lagi,,,,,,,,,,,,,,,,".