HARI PERTAULIAHAN KADET DIPLOMA KTU 99
 
 

NAZLAN SHAH dan Mohd Haniff Mohammad (kanan) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Kolej Tentera Udara, Alor Setar semalam.

Tahniah

Setelah tiga tahun menjalani latihan, 27 graduan, termasuk enam wanita, yang mengikuti skim pegawai kadet siswa melalui program berkembar TUDM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima watikah tauliah di Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas, Alor Setar, semalam.

Pengurniaan watikah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dalam ucapannya baginda mahukan TUDM memanfaatkan segala aset yang ada bagi mengawal keselamatan ruang udara negara.

Turut hadir di upacara tersebut Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah; Menteri Pertahahan, Datuk Abang Abu Bakar Mustapa; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zahidi Zainuddin dan Menteri Besar, Tan Sri Sanusi Junid.

Sementara itu, Leftenan Muda Nazlan Shah Zainal terpilih sebagai pemenang terbaik keseluruhan dan menerima Piala Sultan Ahmad Shah sementara Leftenan Muda Mohd. Haniff Mohammad terpilih pemenang akademik ketenteraan terbaik.