Laman Akademi Tentera Malaysia Dit UTM Skudai
-
PERMOHONAN MEMASUKI ATMA

ATMA DIT UTM SKUDAI
-





Cara Dan Syarat-Syarat Memasuki ATMA

KURSUS AKADEMI TENTERA MALAYSIA (ATMA)

· Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)
· Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik / Elektronik)
· Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
· Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi
· Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
· Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer)
· Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)
· Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal {Teknologi Marin})
· Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal {Aeroanutik})
· Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal {Automotif})
· Ijazah Sarjana Muda Sains (Nautika)



KELAYAKAN AKADEMIK BAGI KURSUS AKADEMI TENTERA MALAYSIA (ATMA)

1.Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta mendapat sekurang-kurangnya LIMA kepujian dalam mata pelajaran berikut :-

1.1 Bahasa Melayu

1.2 Matematik

1.3 TIGA mata pelajaran lain sebagaimana yang ditetapkan oleh setiap
         kursus

2. Syarat 1, 1.2, 1.3 hendaklah diperolehi dalam satu peperiksaan

3. Syarat 1 (1.1) boleh diperolehi dalam peperiksaan tambahan (Kertas Julai).
        Keutamaan diberi kepada calon yang memperolehi kepujian Bahasa Melayu.
        Pemohon yang berjaya ditawarkan tempat sekiranya tidak memiliki kepujian Bahasa
        Melayu di peringkat SPM diwajibkan untuk mendapatkan kepujian sebelum
        menamatkan pengajian di Universiti.

4. Bagi calon yang lulus Bahasa Melayu semasa mengemukakan permohonan
        mestilah mendapat EMPAT kepujian di dalam syarat 1.3.

* Lulus temuduga oleh ATMA



KEMASUKAN TAHUN PERTAMA

KEMASUKAN TAHUN PERTAMA BAGI KURSUS KERJASAMA

Pemohon perlulah mengisi borang permohonan Peringkat Lepasan SPM/SPMV yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.


CARA MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN

1. Borang Permohonan Peringkat Lepasan SPM/SPMV
A. Kemasukan Tahun Pertama

Borang permohonan boleh didapati dengan cara seperti berikut :-

Calon boleh memohon secara pesanan terus ke Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bank Simpanan Nasional apabila iklan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan.

Tarikh tutup : 2 minggu selepas keputusan peperiksaan SPM/SPMV diumumkan


2. Borang Permohonan Peringkat Ijazah Pertama

A. Kemasukan Terus (Kes Khas) peringkat Ijazah Pertama

Borang permohonan boleh didapati dengan cara seperti berikut :-

Calon boleh memohon secara pesanan terus ke Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bank Simpanan Nasional apabila iklan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan.

Tarikh tutup : Dua Minggu Selepas Diiklankan



Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pengambilan pelajar boleh didapati di alamat seperti berikut :-

Pendaftar
Pejabat Pendaftar (Pengurusan Akademik)
Unit Kemasukan dan Rekod
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
Johor

Telefon : 07-5576160 samb. 2463/2464
Fax : 07-5581791

Homepage : www.utm.my
E-mail       : intake3@utmjb.utm.my

ATAU
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) IPT
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tingkat 2 Blok J Utara
Pusat Bandar Damansara
50604 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2583449/3450
Fax       : 03-2554515

IKLAN KEMASUKAN

A. Peringkat Lepasan SPM/SPMV

Iklan kemasukan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di akhbar-akhbar tempatan. Calon adalah dinasihat supaya melihat siaran iklan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah sebagaimana yang dinyatakan di dalam Buku Panduan UPU.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang Permohonan Peringkat Lepasan SPM/SPMV : 2 minggu selepas keputusan
Peperiksaan SPM/SPMV Di umumkan.


Borang Permohonan Peringkat Ijazah Pertama : Dua Minggu Selepas Diiklankan



SYARAT KEMASUKAN

Pemilihan
  • Calun yang memenuhi syarat akan dipilih terlebih dahulu oleh Unit Pusat Universiti (UPU) dan Jawatankuasa Pemilih UTM. Seterusnya Lembaga Pemilihan Pegawai-Pegawai Angkatan Tentera akan memilih calon-calon yang layak yang disenaraikan oleh UPU dan UTM untuk diterima belajar di ATMA.
Syarat minimam bagi kemasukan ke ATMA adalah seperti berikut:-