Matlamat Penubuhan Kelab Bimbingan Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia

Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) Universiti Putra Malaysia ditubuhkan untuk melatih ahli-ahli kelab menjadi mahasiswa UPM yang berakhlak, bermoral dan mempunyai nilai-nilai murni supaya dapat memahami, menghayati dan melaksanakan peranannya sebagai mahasiswa yang dapat membangunkan agama dan negara dalam seluruh aspek kehidupan.